Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 11:32:19 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 10:11:32 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]

[May 23, 2012, 09:30:31 PM]
 

Poll
Question: Adakah anda setuju engkabang di tambah dengan kemudahan chat?  (Voting closed: July 29, 2009, 10:51:23 PM)
Sangat Setuju - 13 (46.4%)
Setuju - 1 (3.6%)
Tiada Komen - 4 (14.3%)
Tidak Setuju - 2 (7.1%)
Sangat Tidak Setuju - 8 (28.6%)
Total Voters: 28

Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: @ Cadangan Penambahbaikan @  (Read 1770 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Siti Mariam bt Sulaiman
PPD Samarahan

Master Member
*

Fame: 170
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1628


ike ike go go, ori go go...


WWW
« on: July 15, 2009, 10:51:23 PM »

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Merujuk kepada tajuk atau subjek yang diutarakan, saya ingin mengusulkan satu cadangan penambahbaikan kepada portal engkabang.net yang semakin pesat kadar penggunaannya.

Engkabang.net mula menawarkan perkhidmatan sejak tahun 2007 kepada dunia pendidikan khususnya kepada guru-guru, kakitangan JPN, pelajar dan juga ibubapa. Ini merupakan satu usaha murni yang dilakukan oleh SPA bagi meningkatkan kemudahan kepada warga pendidik di Sarawak khususnya dan Sabah & Semenanjung amnya. Engkabang.net juga dicalonkan untuk pertandingan inovasi dan di harap engkabang.net mampu meraih pengiktirafan di peringkat KPM.

Sehubungan dengan itu, dengan adanya perkhidmatan yang ditawarkan, kehendak pengguna juga meningkat. Berdasarkan pemerhatian singkat, pengguna di kalangan guru di dalam engkabang lebih gemar untuk melayari engkabang untuk tujuan santai dan beramah-mesra di samping menambah kenalan rakan guru yang tidak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini. Engkabang telah memungkinkan segalanya. Terima Kasih engkabang. Terima kasih webmaster atas usaha berterusan ini dan terima kasih Portal Team.

Memandangkan sejak kebelakangan ini, acapkali kita di kejutkan dengan kontroversi-kontroversi yang dikaitkan dengan penggunaan engkabang.net.. Kontroversi ini kebanyakan nya wujud atas kehendak pengguna dan juga portal team yang menguruskan dan memantau penggunaan engkabang. Antara perkara yang sering kali menjadi bualan ialah:

1. Penggunaan bahasa yang tidak standard
2. Topik perbualan yang santai dan tidak mencerminkan dunia pendidikan
3. Post yang tidak berkualiti dan juga fame yang menjejaskan personaliti individu.

Di sini, saya ingin mencadangkan supaya pihak webmaster berbincang dan mengambil-kira saranan ini bagi menyelesaikan permasalahan di atas secara berhemah. Kita perlu akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pembangun portal engkabang tetapi kehendak pengguna juga perlu diambilkira bagi memastikan engkabang dapat terus maju seiring dengan kemajuan pendidikan kini. Apa salahnya jika pihak webmaster mewujudkan satu perkhidmatan tambahan di dalam engkabang iaitu ruangan chat yang mana membenarkan rakan guru untuk berbincang dan berkomunikasi secara santai sesama rakan guru dari daerah lain tanpa pra-syarat laras bahasa yang standard dan topik yang tidak mencerminkan dunia pendidikan. Option chat ini boleh dimungkinkan seperti apa yang ditawarkan oleh perkhidmatan facebook dan juga di dalam online community british council.

Pembangunan option chat ini merupakan satu usaha yang simbion kepada pengurus dan juga pengguna. Diharap dengan adanya ruangan chat ini, kontroversi di dalam engkabang dapat di kurangkan. Saling kebergantungan pembina dan pengguna dicapai secara mutual.

Disini, saya mengutarakab satu pool untuk mendapat maklumbalas serta komen dari pengguna engkabang sekalian. Sila vote mengikut kesesuaian peribadi dan sudi kiranya memberi tindak balas kepada post ini.

Ini merupakan satu cadangan sahaja. Sekiranya ia diambilkira, saya bersyukur dengan usaha kumpulan pembangun mengambilkira pandangan pengguna dan kehendak pengguna. Sekiranya pengguna lebih cenderung tidak bersetuju dengan cadangan ini, maka, cukuplah sekadar saya menyampaikan apa yang terlintas di fikiran.

Sekian, terima kasih.

Majulah engkabang seiring dengan transformasi pendidikan di Malaysia.
« Last Edit: July 15, 2009, 10:54:42 PM by Siti Mariam bt Sulaiman » Logged

Siti Mariam Sulaiman
Penyelia, Teknologi & Vokasional
PPD Samarahan
082-627393
upasamarahan@gmail.com
Azahar Bin Malek
SK Oyan Tengah
Teacher
Junior Member
*

Fame: 39
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 91


nplvam


« Reply #1 on: July 15, 2009, 11:06:30 PM »

dah vote...sgt setuju  Grin
Logged

Azahar Bin Malek
SK Oyan Tengah
Siti Mariam bt Sulaiman
PPD Samarahan

Master Member
*

Fame: 170
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1628


ike ike go go, ori go go...


WWW
« Reply #2 on: July 15, 2009, 11:17:45 PM »

kalau yang berminat untuk chat dan santai di sini rasanya lebih sesuai. cuma masih sedih kerana perkataan Guru Sarawak digunakan.

http://gurubujangswak.ning.com/

chat dan santai di maksudkan di dalam konteks saya ialah bukan hanya pada aktiviti PGBS tetapi lebih meluas seperti penggunaan bahasa ibunda, pengunaan bahasa sms untuk memudahkan penyampaian, satu ruang yang bersifatkan kurang taraf formalitinya tetapi masih tidak terlalu melampau.. PGBS itu merupakan sosial network yang berbeza. Sekadar memberi difinisi chat dan santai..
Logged
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« Reply #3 on: July 15, 2009, 11:22:41 PM »

saya sudah dapat lihat banyak post tentang bahasa dan pelbagai lagi dalam forum untuk perbincangan.kalau benar perlu wujudkanlah topik untuk perbincangan. cukuplah segala masalah dalam E-net, janganlah lagi jadikan suasana yang kurang senang lagi. mohonlah jasa baik. kalau ada apa pun hajat PM terus kepada webmaster untuk bincang terus dengan beliau.
Logged

Joseph (joransarawak)
SMK Lake Bau,
Sarawak
Guru Akademik Biasa
Siti Mariam bt Sulaiman
PPD Samarahan

Master Member
*

Fame: 170
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1628


ike ike go go, ori go go...


WWW
« Reply #4 on: July 15, 2009, 11:48:15 PM »

saya sudah dapat lihat banyak post tentang bahasa dan pelbagai lagi dalam forum untuk perbincangan.kalau benar perlu wujudkanlah topik untuk perbincangan. cukuplah segala masalah dalam E-net, janganlah lagi jadikan suasana yang kurang senang lagi. mohonlah jasa baik. kalau ada apa pun hajat PM terus kepada webmaster untuk bincang terus dengan beliau.

Cg Joseph, niat saya create pool ini untuk mendapat suara ramai. Kalau saya sahaja yang berhajat nak ada chat room tu, itu sudah berunsur kepentingan peribadi. Bukan saya seorang sahaja pengguna engkabang. Kita nak dengar suara umum. Macam penetapan Lulus Bahasa Inggeris SPM, Menteri pun minta pendapat rakyat, isu PPSMI, Mantan PM pun minta suara rakyat so saya rasa tidak la keterlaluan sekiranya pool ni diwujudkan untuk melihat suara pengguna juga. Kita ada 22482 keahlian. Kalau ramai yang setuju, mungkin webmaster boleh bawa cadangan ini di peringkat lebih tinggi tetapi kalau ramai pengguna mrasakan itu bukan satu keperluan, maka, thread ini di tutup sahaja. Noktah. Niat saya baik walaupun ada pihak yang menyalah-ertikan usaha ini. Tetapi tak mengapalah. Sekurang-kurangnya saya tidak lah seperti anjing yang menyalak pada bukit.
Logged
Alex Bajai
SK Sg. Tisang
Teacher
Full Member
*

Fame: 25
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 158


sayang bah itu masa kalau ditinggal-tingal


« Reply #5 on: July 15, 2009, 11:56:57 PM »

ambil kira pendapat dan keperluan semua orang..bagus cadangan ini.....saya sokong...
Logged

SK Sg. Tisang
km 8,jalan btu-miri,
97000,bintulu,
sarawak.

"keep me partying till da AM"
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« Reply #6 on: July 16, 2009, 12:04:22 AM »

maaf kalau terguris rasa. satu soalan yang ingin saya tanya, sebelum cikgu utarakan cadangan ini adakah cikgu sudah fikir dengan masak-masak apakah yang akan berlaku. sama juga seperti mana semasa cikgu nak wujudkan PGBS dahulu. saya tidak nafikan ramailah yang akan sorak tetapi hakikat sebenarnya adakah cikgu lihat pada keadaan sebenar dalam dunia kita sebagai pendidik yang sedikit sebanyak akan dipandang serong oleh masayaarakat. apa cikgu ini tak ada cerita lainkah? sewajarnyalah cikgu lihat pada forum pendidikan ini dan matlamat asalnya adalah untuk setidak-tidaknya mermartabatkan kita sebagai pendidik yang boleh dianggap sebagai model kepada masayaarakat dengan apa yang kita lakukan. rasanya kita harus utarakan pelbagai perkara yang boleh menunjukkan kita adalah pendidik yang tidak dikata "cakap tak serupa bikin". dalam kelas dengan pelbagai falsafah dan nilai moral tetapi bila di luar kita dilihat lebih teruk daripada mereka. sebab itu jugalah saya pernah katakan kalau nak juga pandai-pandailah untuk kita cuba selindungkan diri dan janganlah bawa bersama gelaran "CIKGU" itu bersama .maaflah saya berkata terus terang walaupun mungkin ada yang tidak senang dengan perkataan ini.
« Last Edit: July 16, 2009, 12:16:15 AM by Joseph » Logged
Siti Mariam bt Sulaiman
PPD Samarahan

Master Member
*

Fame: 170
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1628


ike ike go go, ori go go...


WWW
« Reply #7 on: July 16, 2009, 12:31:34 AM »

maaf kalau terguris rasa. saya soalan yang ingin saya tanya, sebelum cikgu utarakan cadangan ini adakah cikgu sudah fikir dengan masak-masak apakah yang akan berlaku. sama juga seperti mana semasa cikgu nak wujudkan PGBS dahulu. saya tidak nafikan ramailah yang akan sorak tetapi hakikat sebenarnya adakah cikgu lihat pada keadaan sebenar dalam dunia kita sebagai pendidik yang sedikit sebanyak akan dipandang serong oleh masayaarakat. apa cikgu ini tak ada cerita lainkah? sewajarnyalah cikgu lihat pada forum pendidikan ini dan matlamat asalnya adalah untuk setidak-tidaknya mermartabatkan kita sebagai pendidik yang boleh dianggap sebagai model kepada masayaarakat dengan apa yang kita lakukan. rasanya kita harus utarakan pelbagai perkara yang boleh menunjukkan kita adalah pendidik yang tidak dikata "cakap tak serupa bikin". dalam kelas dengan pelbagai falsafah dan nilai moral tetapi bila di luar kita dilihat lebih teruk daripada mereka. maaflah saya berkata terus terang walaupun mungkin ada yang tidak senang dengan perkataan ini.

Saya respon Cikgu Joseph, izinkan saya.

Bahagian mana masyarakat akan pandang serong dengan memohon mewujudkan ruangan chat? Cikgu, saya lihat portal British Council yang dihasilkan untuk pelajar-pelajar berkongsi cerita dan pandangan tentang perbezaan budaya dan masyarakat di setiap negara. Portal ini juga menyediakan ruangan chat untuk memudahkan pelajar-pelajar bertukar pandangan. Di portal seperti itu, tidak ada pihak yang memandang rendah tahap laras bahasa inggeris seseorang malah walau ada broken english, rakan sentiasa supportive. Perkara yang dibincangkan juga merupakan tajuk yang santai seperti hobi, kesukaan, bahasa percakapan dan macam-macam lagi.

Kita selalu menyatakan apa pandangan masyarakat pada golongan pendidik. Kita meletakkan pandangan umum sebagai keutamaan. Apa orang kata kalau saya buat ini. Apa orang kata kalau saya buat itu. Segalanya bermula daripada apa orang kata.. Itu mentaliti yang asyik meletakkan orang lain sebagai menentu ukur siapa kita dan jati diri kita. Masyarakat akan sentiasa mengata walau apa jua perkara yang terjadi di dalam dunia pendidikan ni.

Lihat anak murid zaman sekarang, kita tumpukan keutamaan pada bilangan A yang mereka dapat di dalam peperiksaan. That does matters. Bila kita meletakkan itu sebagai standard pengukuran, apa sudah jadi dengan anak didik sekarang. Tekanan, rebel, melawan, tidak beminat dengan pelajaran.. Kenapa? Kerana kita sudah lupa apa itu maksud pendidikan seperti satu ketika dahulu. Pendidik mendidik anak murid dari segala aspek, Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial. Tetapi sekarang, kita asyik menekankan Intelek sebagai penanda aras maju nya seseorang pelajar.

Bagi konteks guru pula, Cikgu tak boleh bercakap rojak, nanti pelajar pun akan cakap rojak. Cikgu tak boleh guna bahasa ibunda, itu tidak memartabatkan bahasa kebangsaan, cikgu tak boleh bertegur-sapa di dalam shout box kerana itu mencerminkan cikgu-cikgu di sini hanya meletakkan fokus mencari pasangan daripada mendidik. Bila semua perkara cikgu tak boleh buat, apa yang cikgu boleh buat yang betul dimata masyarakat? Kenapa kita terlalu meletakkan konsep "apa orang kata" mengatasi kemesraan hubungan manusiawi di kalangan guru. Saya berpendapat bahawa, sesuatu komuniti akan maju sekiranya wujud kerjasama dan suasana ceria di persekitaran bekerja. Ia akan menarik kita untuk datang kerja dengan suasana riang ria dan ikhlas melakukan tugas.

Maaf juga daripada saya cikgu atas penjelasan ini. Siapa yang memberi cikgu pembaris ukur menentukan personaliti saya sekiranya saya berkata sebegini? Adakah saya pendidik yang mencemarkan imej guru kerana mengutarakan cadangan ini?

Saya sedih, kemana perginya ahli-ahli engkabang yang satu ketika dahulu sangat aktif memberi buah fikiran dan pandangan, menceriakan engkabang, hilang setelah satu musim berlalu. Setiap musim akan menghasilkan nama-nama baru dan tidak banyak nama yang kekal. Persoalan saya, kemana perginya mereka-mereka ini? Adakah mereka-mereka ini pendidik yang mencemarkan imej guru di dalam portal ini? Saya tertanya-tanya? Pernahkah cikgu terfikir, kenapa cukup satu musim, akan bertukarlah kumpulan manusia yang memeriahkan engkabang.net? Pernahkah cikgu terfikir, kemanakah mereka ini menghilang dan kenapakah mereka ini menghilang? Pernahkah cikgu terfikir, adakah kata-kata saya memberi impak yang mendalam kepada rakan-rakan guru ini yang mengakibatkan mereka tidak mahu menjenguk engkabang semula. Pernahkah kita bertanyakan pada diri cikgu sebegitu? Saya sentiasa bertanyakan diri sendiri dan kini juga tetap bertanya, betulkah tindakan saya membalas komen cikgu, saya tak pasti tetapi adakah saya bertanggungjawab atas apa yang saya lakukan, Ya.
Logged
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« Reply #8 on: July 16, 2009, 12:45:16 AM »

Kalau itu fikiran cikgu, teruskanlah. apa yang saya nak jelaskan sudah saya nyatakan. saya bukannya jenis yang suka untuk bertegang urat untuk tegakkan kebenaran. kebenaran itu akan datang dari-Nya yang Maha Esa. cuma satu sahaja yang ingin saya nyatakan renungkanlah fikirkanlah. saya juga insan biasa seperti mana selalu saya katakan apa yang saya kata itu mungkin tidak betul. seperti mana dua perkataan ini harap jangan disalah sebut "TUHAN" "HANTU" segala yang baik daripada yang Maha Esa.
Logged
Mohd Sabli b Hj Badi
PPD Kapit

Hero Member
*

Fame: 152
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2634


kapitboy


« Reply #9 on: July 16, 2009, 12:46:26 AM »

Mohon izin untuk respon.

Adakah ini yang kita maksudkan dengan Cadangan Penambahbaikan? Saya mohon agar remove atau modify post sebegini kerana ia akan mengeruhkan lagi hubungan sesama kita....please..Saya mohon agar ianya dihentikan.

Saya menyeru sebagai rakan dan bukan sebagai Portal Team Member.
Logged

Mohd Sabli b Hj Badi
Guru Besar,
SK Ulu Yong, Kapit,
Pejabat Pelajaran Daerah Kapit
Leander Lim

Super Member
*

Fame: 58
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3306



WWW
« Reply #10 on: July 16, 2009, 12:48:48 AM »

Wrong place should go to suggestion board and not in here.  Wink

[MOVED]
Logged

Leander Lim Hock Kiong
Assistant Director (ICT & Computing)
Academic Management Sector
Sarawak Education Department
Tkt 4-5, Bangunan R.T.M
Jln P. Ramlee, 93614 Kuching
082247050(O) 082414599(F)
Mohd Sabli b Hj Badi
PPD Kapit

Hero Member
*

Fame: 152
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2634


kapitboy


« Reply #11 on: July 16, 2009, 12:51:34 AM »

Thanks.. what is going on here?
Logged
Syahrul Ramdzani bt. Hj Ahmad Sharkawi
SK Sg Kem Batu 18
Teacher
Senior Member
*

Fame: 47
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 277


Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima


« Reply #12 on: July 16, 2009, 04:54:28 AM »

mohon untuk bicara..
pada pendapat saya, ini baru hanya cadangan, bukan lagi pelaksanaan, beri saja pendapat bukan berbalah, kalau baik ambil, kalau tak setuju, letak ketepi dahulu, biarlah perkara ini akan ditentukan oleh pihak atasan,kalau dah ada cadangan barulah pihak atasan akan teliti dengan lebih mendalam berdasarkan cadangan ataupun bantahan yang telah diberikan oleh warga engkabang khasnya...saya rasa pihak yang mencadangkan tak akan terasa sekiranya cadangan ini ditolak...kerana ini hanyalah cadangan, suara ramai pasti diambil kira...berilah pendapat dan pandangan dari sudut positif...
terima kasih dan mohon maaf.
Logged

Syahrul Ramdzani Binti Haji Ahmad Sharkawi,
Guru Penyelaras Bestari,
Sek.Keb.Kem Batu 18, Bintulu
Zainal Bin Ripin
SK Hijrah Badong Daro
Teacher
Junior Member
*

Fame: 15
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 99


...zainal...


« Reply #13 on: July 16, 2009, 06:16:26 AM »

Saya respon Cikgu Joseph, izinkan saya.

Bahagian mana masayaarakat akan pandang serong dengan memohon mewujudkan ruangan chat? Cikgu, saya lihat portal British Council yang dihasilkan untuk pelajar-pelajar berkongsi cerita dan pandangan tentang perbezaan budaya dan masayaarakat di setiap negara. Portal ini juga menyediakan ruangan chat untuk memudahkan pelajar-pelajar bertukar pandangan. Di portal seperti itu, tidak ada pihak yang memandang rendah tahap laras bahasa inggeris seseorang malah walau ada broken english, rakan sentiasa supportive. Perkara yang dibincangkan juga merupakan tajuk yang santai seperti hobi, kesukaan, bahasa percakapan dan macam-macam lagi.

Kita selalu menyatakan apa pandangan masayaarakat pada golongan pendidik. Kita meletakkan pandangan umum sebagai keutamaan. Apa orang kata kalau saya buat ini. Apa orang kata kalau saya buat itu. Segalanya bermula daripada apa orang kata.. Itu mentaliti yang asayaik meletakkan orang lain sebagai menentu ukur siapa kita dan jati diri kita. Masayaarakat akan sentiasa mengata walau apa jua perkara yang terjadi di dalam dunia pendidikan ni.

Lihat anak murid zaman sekarang, kita tumpukan keutamaan pada bilangan A yang mereka dapat di dalam peperiksaan. That does matters. Bila kita meletakkan itu sebagai standard pengukuran, apa sudah jadi dengan anak didik sekarang. Tekanan, rebel, melawan, tidak beminat dengan pelajaran.. Kenapa? Kerana kita sudah lupa apa itu maksud pendidikan seperti satu ketika dahulu. Pendidik mendidik anak murid dari segala aspek, Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial. Tetapi sekarang, kita asayaik menekankan Intelek sebagai penanda aras maju nya seseorang pelajar.

Bagi konteks guru pula, Cikgu tak boleh bercakap rojak, nanti pelajar pun akan cakap rojak. Cikgu tak boleh guna bahasa ibunda, itu tidak memartabatkan bahasa kebangsaan, cikgu tak boleh bertegur-sapa di dalam shout box kerana itu mencerminkan cikgu-cikgu di sini hanya meletakkan fokus mencari pasangan daripada mendidik. Bila semua perkara cikgu tak boleh buat, apa yang cikgu boleh buat yang betul dimata masayaarakat? Kenapa kita terlalu meletakkan konsep "apa orang kata" mengatasi kemesraan hubungan manusiawi di kalangan guru. Saya berpendapat bahawa, sesuatu komuniti akan maju sekiranya wujud kerjasama dan suasana ceria di persekitaran bekerja. Ia akan menarik kita untuk datang kerja dengan suasana riang ria dan ikhlas melakukan tugas.

Maaf juga daripada saya cikgu atas penjelasan ini. Siapa yang memberi cikgu pembaris ukur menentukan personaliti saya sekiranya saya berkata sebegini? Adakah saya pendidik yang mencemarkan imej guru kerana mengutarakan cadangan ini?

Saya sedih, kemana perginya ahli-ahli engkabang yang satu ketika dahulu sangat aktif memberi buah fikiran dan pandangan, menceriakan engkabang, hilang setelah satu musim berlalu. Setiap musim akan menghasilkan nama-nama baru dan tidak banyak nama yang kekal. Persoalan saya, kemana perginya mereka-mereka ini? Adakah mereka-mereka ini pendidik yang mencemarkan imej guru di dalam portal ini? Saya tertanya-tanya? Pernahkah cikgu terfikir, kenapa cukup satu musim, akan bertukarlah kumpulan manusia yang memeriahkan engkabang.net? Pernahkah cikgu terfikir, kemanakah mereka ini menghilang dan kenapakah mereka ini menghilang? Pernahkah cikgu terfikir, adakah kata-kata saya memberi impak yang mendalam kepada rakan-rakan guru ini yang mengakibatkan mereka tidak mahu menjenguk engkabang semula. Pernahkah kita bertanyakan pada diri cikgu sebegitu? Saya sentiasa bertanyakan diri sendiri dan kini juga tetap bertanya, betulkah tindakan saya membalas komen cikgu, saya tak pasti tetapi adakah saya bertanggungjawab atas apa yang saya lakukan, Ya.

Saya menyokong 100% cadagan C.Siti Mariam

Bagi pendapat saya ini adalah cadangan yang baik. Kalau memberi cadangan dah tak boleh, entahlah susah nak cerita..
Logged

Zainal Bin Ripin
SK Hijrah Badong Daro
Widea Angela Binti Takip
SK Sungai Duan
Teacher
Super Member
*

Fame: 473
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3106


Love your enemies, for they tell you your faults.


« Reply #14 on: July 16, 2009, 06:27:48 AM »

Saya mohon mencelah di sini.Izinkan saya...
Satu cadangan tidak semestinya diterima dan tidak semestinya ditolak. Pertimbangaan sewajarnya harus dibuat secara rasional. Don't think too square...Buka minda hati kita. Selalunya kalau nak tahu kelemahan dan kekurangan diri sahabat baik tidak mungkin akan memberitahu secara jujurnya...tetapi musush paling ketat lah yang akan memberitahu secara jujurnya....sekadar pandangan biasa saya sahaja. Mohon maaf terlebih dahulu kiranya saya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak dalam post saya yang ini. Terima kasih...
Logged

Widea Angela Binti Takip
Guru Data Maklumat
SK Sungai Duan, Mukah
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« Reply #15 on: July 16, 2009, 07:46:09 AM »

Yang ramai suka itu belum tentu baik. yang ramai bantah itu juga belum tentu tak baik. renungkan dan fikirkan.
Logged
Onn Ibrahim
Teacher
Master Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1090



« Reply #16 on: July 16, 2009, 08:38:32 AM »

okey..... ini satu bab yang sangat menarik..... bagi saya fungsi chat adalah amat tidak bersesuaian bagi engkabang.net. banyak tempat lain kalau nak berchat..... facebook, ning, YM dan banyak lagi..... Amat tak perlu untuk tambah lagi option chat. Kita risau berkenaan penggunaan bahasa SMS dan sebagainya, dengan ada chat pula.... tidak nampak penambahbaikan. ....
Dan lagi satu..... kalau ada fungsi chat, silap-silap haribulan kena ban lak engkabang dengan websence.... sebab dah ada option chat.......

JADI VOTE SAYA IALAH SANGAT TIDAK BERSETUJU

p.s : kalau nak quote tu tak payah la ambik semua post.......... lambat page nak loading.... bayangkan kalau ada grafik lak..... Grin
« Last Edit: July 16, 2009, 08:40:41 AM by Onn Ibrahim » Logged

Onn Ibrahim Othman
SMK Bukit Damar
Siti Mariam bt Sulaiman
PPD Samarahan

Master Member
*

Fame: 170
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1628


ike ike go go, ori go go...


WWW
« Reply #17 on: July 16, 2009, 04:52:33 PM »

okey..... ini satu bab yang sangat menarik..... bagi saya fungsi chat adalah amat tidak bersesuaian bagi engkabang.net. banyak tempat lain kalau nak berchat..... facebook, ning, YM dan banyak lagi..... Amat tak perlu untuk tambah lagi option chat. Kita risau berkenaan penggunaan bahasa SMS dan sebagainya, dengan ada chat pula.... tidak nampak penambahbaikan. ....
Dan lagi satu..... kalau ada fungsi chat, silap-silap haribulan kena ban lak engkabang dengan websence.... sebab dah ada option chat.......

JADI VOTE SAYA IALAH SANGAT TIDAK BERSETUJU

p.s : kalau nak quote tu tak payah la ambik semua post.......... lambat page nak loading.... bayangkan kalau ada grafik lak..... Grin

This kind of respond I considered as matured and acceptable. Direct and crystal clear.

Enough said, well excepted and self reminded, if the verdict is well said, I will follow as what the team wants. No more future suggestion and I will only take.
Logged
Dayang Noorasmah
SK Datu Pengiran Mohamad
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 439
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 751


~D' gr8 aIm Of eDu iS Nt knWldgE bUt aCtiOn ~


« Reply #18 on: July 21, 2009, 04:45:49 PM »

Salam dan selamat sejahtera kepada semua,
Saya agak hairan dengan 'post-post' saya yang tiada berunsur konterversi, tiada menggunakan slanga bahasa Melayu Sarawak telah dicantas dengan sewenang-wenang(maafkan saya kerana menggunakan perkataan ini) oleh pihak yang tertentu. Bila dilihat secara keseluruhannya pada hari ini, saya masih melihat ada juga di kalangan rakan yang masih menggunakan slanga masing-masing di dalam 'post reply' mereka tetapi masih tidak ada diambil tindakan seperti yang dilakukan terhadap saya. Ini menyebabkan saya tertanya-tanya kenapa jadi begitu.... Bagi meleraikan kekusutan di fikiran saya ini, saya mencadangkan agar pihak yang berkenaan menambah satu 'thread' khas untuk menyatakan mengapa 'reply post' berkenaan dicantas. Ini juga akan membuka mata dan menjelaskan keadaan kepada sesetengah guru yang juga tertanya-tanya mengapa 'post reply' mereka hilang ataupun dicantas. Adalah diharapkan dengan adanya 'thread' itu nanti, tidaklah kesilapan yang sama akan berulang dan boleh menjadi pengajaran dan panduan kepada kita semua.
Maaf dan jutaan ampun saya hulurkan sekiranya pandangan saya ini menyinggung mana-mana pihak.
Logged

Dayang Noorasmah
Guru Akademik
SK Datu Pengiran Mohamad

Ignorance is not the worst enemy of knowledge...illusion of knowledge is
Mariani Bt Nyutan
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 4



« Reply #19 on: July 22, 2009, 07:47:50 PM »

saya baru lagi tapi nak mencelah juga. Nak sediakan ruangan chat agak menarik juga kerana guru juga perlukan perkara santai untuk dibincangkan. Kalau admin boleh aturkan, ruangan ini boleh dihadkan untuk guru sahaja. Apa-apa pun, keputusan yang dibuat oleh admin pastinya untuk kebaikan bagi semua orang.  Grin Grin
Salam ceria guru-guru sekalian.
Logged
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 12.248 seconds with 28 queries.