Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 04:31:07 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 03:24:16 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: PROBLEM SURAT KURSUS 'LAST MINUTE'  (Read 1597 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Kullin Djayang
SMK Engkelili
Teacher
Junior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 54



« on: July 17, 2009, 10:55:23 AM »

Sebenarnya kita semua selalu menerima surat atau mesej untuk turun taklimat @ Kursus pada saat akhir (Last Minute). Perkara ini memang banyak memberikan masalah kepada guru dan sekolah terlibat. Antaranya pengurusan Sit In dan penyediaan bahan untuk ditinggalkan kepada pelajar semasa ketiadaan guru khasnya bagi kelas peperiksaan.

Kepada semua pihak atau personelia yang berkaitan dengan perkara ini, sila ambil perhatian serius agar para guru tidak menjadi mangsa keadaan, jika sesuatu yang negatif berlaku.

Pelajar Didahulukan, pencapaian diutamakan.
Logged

Up! Up! Engkelili

UBK SMKE 09
Nur Halinna Bt Abdul Rahman
SK Putrajaya Presint 11(3), Putrajaya
Teacher
Junior Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 56



« Reply #1 on: July 17, 2009, 11:13:18 AM »

Saya pernah dipanggil SEMASA MENGAJAR DI DALAM KELAS untuk segera ke sebuah sekolah lain bagi menghadiri satu mesyuarat.

Macam mana tu?
Logged

Nur Halinna Abdul Rahman
SK Putrajaya Presint 11(3)
No. 1, Jalan P11/2,
Presint 11,
62300 PUTRAJAYA
Desmond Bin Muroh
SK Sg Entebu
Teacher
Full Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 140


Give Me A Smile Please.....


« Reply #2 on: July 17, 2009, 11:50:30 AM »

Saya pernah dipanggil SEMASA MENGAJAR DI DALAM KELAS untuk segera ke sebuah sekolah lain bagi menghadiri satu mesyuarat.

Macam mana tu?


memang menyusahkan ya cikgu?
kalau yang mengajar disekolah bandar mungkin masalah ini nampak kecil, jika tempat mesyuarat itu berdekatan, memang lebih malang nasib sekiranya mengajar disekolah luar bandar, ditambah lagi dengan pusat kursus yang berjauhan darpada tempat kursus yang mengambil masa sehinggaa 3-4 jam untuk sampai ke pusat kursus...
kesilapan yang mungkin kita lakukan ialah:
1.datang lewat
2.bahan kursus tidak dibawa.
3.persediaan untuk kursus tiada
dan banyak lagi perkara yang akan menggagalkan peserta kursus untuk memahami isi kandungan kursus..


Logged

Desmond Bin Muroh
Guru Akademik Biasa
SK Sg Entebu
Kullin Djayang
SMK Engkelili
Teacher
Junior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 54



« Reply #3 on: July 20, 2009, 10:57:28 PM »

Memang tidak dapat dinafikan banyak masalah timbul, khasnya bagi sekolah pedalaman antaranya :

i. Ada@tidak pengangkutan ke tpt kursus.
ii. Ada@tidak duit untuk pergi (Hulu sungai takda Bank)
iii. Perjalanan jauh memakan masa, risiko banyak bahaya, khasnya guru perempuan, kes pembunuhan guru perempuan di kapit yg terpapar di akhbar patut menjadi pengajaran.

"Berat mata memandang berat lagi bahu memikul." Guru di hulu sungai lebih tahu kesulitannya.

Fikir-fikirkanlah, apa pendapat tuan2/puan2/cik2?
Logged
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« Reply #4 on: July 20, 2009, 11:09:17 PM »

bagaimana pula kalau surat sengaja dilambat-lambatkan kerana tidak mahu guru yang terlibat pergi untuk sertai kursus atau latihan. apa pandangan anda?
« Last Edit: July 20, 2009, 11:24:39 PM by Joseph » Logged

Joseph (joransarawak)
SMK Lake Bau,
Sarawak
Guru Akademik Biasa
katherine5684
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 1



« Reply #5 on: July 22, 2009, 10:25:50 AM »

ya lar, saya pun mengalami keadaan macam ini dulu. menyebabkan saya kelam kabut. lari sini lari sana untuk bersiap sedia.
Logged
Mariani Bt Nyutan
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 4



« Reply #6 on: July 22, 2009, 06:49:51 PM »

macam tu jugalah yang berlaku di tengah-tengah KL ni. sama jer kelam-kabutnya. kalau kat Sarawak memang kita maklum susah dari segi transport ataupun kemudahan lain. kalau di KL ni susah kerana jalan yang jammed. Bagi yang tak tau jalan pulak silap-silap sampai ke tempat lain. Apa-apa pun cikgu, itulah cabaran. Cabaran yang berbeza dengan situasi yang berbeza.  Grin Grin
Logged
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #7 on: July 22, 2009, 07:06:39 PM »

Kalau dah surat kursus "Last Minute" jangan pula salahkan guru. Kadang-kadang ada PPD yang menyuruh guru beri surat tunjuk sebab kalau tak datang kursus. Kalau dah sekolah jauh dipedalaman, kerani pun turun  seminggu sekali susah jadinya. Kalau boleh paling lewat surat sampai  1minggu sebelum kursus. Inilah sepatutnya diamalkan oleh pihak pejabat kepada rakan guru, barulah adil. Bertolak ansur dalam menjalankan tugas, berulah kita dihormati. Terima kasih.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Mariani Bt Nyutan
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 4



« Reply #8 on: July 23, 2009, 06:19:30 PM »

Seharusnya semua harus prihatin tentang perkara ini kerana guru juga perlu merancang masa. Tempoh seminggu memang amat sesuai untuk menerima surat panggilan mesyuarat. sekurang-kurangnya guru dapat merancang tugasan yang akan diberikan kepada pelajar sekiranya tidak berada di sekolah atas urusan rasmi. Keadaan ini dapat membantu guru relief mengendalikan pelajar kelas kita kerana mereka ada tugasan yang perlu disiapkan daripada berborak kosong atau membuang masa begitu sahaja.
Logged
Haswandi Bin Marshron
SK Perpat
Teacher
Junior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 81


pohai tek???


« Reply #9 on: July 31, 2009, 02:39:47 PM »

Saya pernah dipanggil SEMASA MENGAJAR DI DALAM KELAS untuk segera ke sebuah sekolah lain bagi menghadiri satu mesyuarat.

Macam mana tu?



benda yang sentiasa berlaku...
bagi yang "terbiasa",,,,mereka sahaja yang mengerti...
kekadang...hal mintak sesuatu "data segera" pun begitu...
Logged

lalek na juak Huh
Siti Mariam bt Sulaiman
PPD Samarahan

Master Member
*

Fame: 170
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1628


ike ike go go, ori go go...


WWW
« Reply #10 on: July 31, 2009, 06:41:14 PM »

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada rakan semua,

Saya ingin memberi sedikit maklumbalas berkenaan dengan topik yang dibincangkan iaitu "Masalah Surat Kursus Saat Akhir"... Saya yakin bahawa tajuk ini merujuk kepada peserta kursus lewat menerima surat untuk hadir berkursus.

Saya hanya ingin menjelaskan beberapa perkara yang kadang-kadang diluar daripada kawalan kita supaya cikgu-cikgu sekalian juga faham kenapa kadang-kadang surat itu tiba lewat.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya sesuatu kelewatan ialah:

1. Masa yang diperuntukkan untuk memanjangkan perkara tersebut terhad.
2. Surat telah dikeluarkan awal tetapi kekerapan mengambil surat di PPD agak jarang (bagi lokasi jauh dari PPD).
3. Perubahan tarikh dari pihak penganjur mengakibatkan perancangan yang tidak efisyen.
4. Surat lewat di endorse oleh pentadbiran sekolah.

Kadang-kadang perkara sebegini memang tidak dapat kami elakkan terutama confirmation dari pihak penganjur kursus pada saat-saat akhir. Tetapi alternatif yang dilakukan oleh kami di Samarahan, kami akan membuat panggilan telefon ke sekolah memaklumkan tentang kursus tersebut dan menjadi tanggungjawab guru tersebut untuk segera mengambil tindakan. Sekiranya belum ada surat, sila dapatkan surat. Boleh bertanya dimana boleh dapatkan surat.

Pegawai meja yang menguruskan hal ehwal ini pun kadang-kadang outstation dan bila balik, bilangan hari nak menguruskan pengeluaran surat ni pun kurang. Fahamilah perkara ini bukan disengajakan.

Yang mencuit hati saya ialah, kalau berkenaan dengan Surat Hadir Berkursus, cikgu-cikgu bukan main lagi cepat dia tersentuh tetapi kalau Surat yang berkaitan dengan kutipan data, pulangan data dan sebagainya, seringkali alasan yang diterima... Tidak menerima surat so..........

Kalau timbul masalah sebegini di masa mendatang, ada baiknya cikgu cuba berhubung dengan pegawai meja yang bertanggungjawab dan bertanya dahulu. Harap anda berpuas hati dengan penjelasan saya.
Logged

Siti Mariam Sulaiman
Penyelia, Teknologi & Vokasional
PPD Samarahan
082-627393
upasamarahan@gmail.com
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« Reply #11 on: July 31, 2009, 07:11:43 PM »

Saya setakat ini tidak pernah terima surat panggilan kursus di saat-saat akhir, paling lewat pun 3 hari sebelum tarikh berkursus tapi tak ada masalah sebab sekarang kita terus pergi "check in" ke airport terus. Kadang-kadang semua pihak tidak boleh dipersalahkan sebab masing-masing kena melakukan tugas masing-masing. Kekurangan pegawai yang menguruskan sesuatu hal di pejabat menyebabkan kelewatan acapkali berlaku. Kadang kala seorang pegawai kena urus lebih daripada 10 perkara dalam satu hari, boleh pening kepala kalau kurang kecekapan dan keberkesanan dalam bekerja. Situasi ini samalah dengan guru-guru di sekolah, kadang-kadang sampai berbulan-bulan buku latihan menjadi penghuni sepi di tepi-tepi meja tapi tak tersemak sebab banyak kerja nak buat.

Untuk mengatasi masalah ini, selalu-selalulah berhubung dengan rakan yang sealiran atau pegawai di JPN atau JPD agar kita tidak selalu "ketinggalan bas". Biar ketinggalan surat panggilan jangan "ketinggalan bas".
Logged

Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Siti Mariam bt Sulaiman
PPD Samarahan

Master Member
*

Fame: 170
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1628


ike ike go go, ori go go...


WWW
« Reply #12 on: July 31, 2009, 07:19:06 PM »

Kadang-kadang semua pihak tidak boleh dipersalahkan sebab masing-masing kena melakukan tugas masing-masing. Kekurangan pegawai yang menguruskan sesuatu hal di pejabat menyebabkan kelewatan acapkali berlaku. Kadang kala seorang pegawai kena urus lebih daripada 10 perkara dalam satu hari, boleh pening kepala kalau kurang kecekapan dan keberkesanan dalam bekerja. Situasi ini samalah dengan guru-guru di sekolah, kadang-kadang sampai berbulan-bulan buku latihan menjadi penghuni sepi di tepi-tepi meja tapi tak tersemak sebab banyak kerja nak buat.

Untuk mengatasi masalah ini, selalu-selalulah berhubung dengan rakan yang sealiran atau pegawai di JPN atau PPD agar kita tidak selalu "ketinggalan bas". Biar ketinggalan surat panggilan jangan "ketinggalan bas".

Ini merupakan satu cadangan dan perkongsian yang sangat baik. Terima Kasih Cikgu Zul.. Kalau ada apa-apa kemuskilan, bertanyalah dahulu kepada pegawai berkenaan. Saling ingat-mengingati.
Logged
Haswandi Bin Marshron
SK Perpat
Teacher
Junior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 81


pohai tek???


« Reply #13 on: August 12, 2009, 04:27:04 PM »

macam mana sekolah yang berada di kawasan pedalaman?
Logged
Ramzi Bin Abu Seman
SK Ulu Entabai
Teacher
Junior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 56


Just Do It!


« Reply #14 on: September 01, 2009, 10:37:55 PM »

kalau di sekolah pedalaman....pihak ppd boleh gunakan kemudahan school net untuk menyampai mesej dengan segera...
Logged

Ramzi Bin Abu Seman
Guru
SK Ulu Entabai
Peter Lindong
SK Ulu Entabai
Teacher
Novice Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 35


Yeap...


« Reply #15 on: September 01, 2009, 10:54:59 PM »

Bagi saya gunakanlah segala kemudahan yang ada. Schoolnet amatlah penting bagi kami yang berada di kawasan pedalaman ni. Surat kursus atau surat panggilan mestilah bersesuaian masanya.  Roll Eyes
Logged

Nevermind
SK Ulu Entabai
Zimmerman Nudong
SK Nanga Kota
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 16


Bujang Pandak Penemu


« Reply #16 on: September 01, 2009, 11:09:43 PM »

kalau aku, surat last minit, aku pun last minit juga datang, orang nak marah ke, apa ke, aku suruh dia duduk kat situasi aku baru tau apa dia nak jawab..
Logged

Zimmerman Nudong
SK Nanga Kota
Peter Lindong
SK Ulu Entabai
Teacher
Novice Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 35


Yeap...


« Reply #17 on: September 01, 2009, 11:12:09 PM »

kalau aku, surat last minit, aku pun last minit juga datang, orang nak marah ke, apa ke, aku suruh dia duduk kat situasi aku baru tau apa dia nak jawab..
Saya yang menurut perintah cikgu. Kalau dah 2, 3 minggu lewat macam mana cikgu nak datang? Persoalan Grin
Logged
Ramzi Bin Abu Seman
SK Ulu Entabai
Teacher
Junior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 56


Just Do It!


« Reply #18 on: September 01, 2009, 11:18:55 PM »

Saya cadangkan pihak dari PPD boleh menyampaikan mesej atau maklumat kursus tentang selewat-lewatnya dua minggu sebelum kursus dijalankan. Ini membolehkan peserta kursus boleh membuat persediaan awal dan tindakan sebelum turun berkursus.
Logged
Siti Mariam bt Sulaiman
PPD Samarahan

Master Member
*

Fame: 170
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1628


ike ike go go, ori go go...


WWW
« Reply #19 on: September 01, 2009, 11:28:34 PM »

Saya cadangkan pihak dari PPD boleh menyampaikan mesej atau maklumat kursus tentang selewat-lewatnya dua minggu sebelum kursus dijalankan. Ini membolehkan peserta kursus boleh membuat persediaan awal dan tindakan sebelum turun berkursus.

Kami sedaya upaya untuk mengawalkan penghantaran surat ke sekolah.. pendek kata, kalau dapat setahun awal, setahun awal kami nak hantar tetapi kadang-kadang tu banyak perkara yang kita tidak dapat nak elakkan kerana kita di PPD juga mendapat surat untuk diambil tindakan lewat.. terutamanya berkenaan dengan kursus dan taklimat.. ada juga surat kita dah edar awal tetapi berlaku perubahan tarikh kemudiannya.. ni semua perkara yang perlu kami ambil maklum.

Berkenaan dengan kutipan data pula, (luar dari tajuk sedikit) kadang-kadang sudah dimaklumkan di dalam garis panduan tentang tempon pelaksanaan dan pelaporan maka sila ikuti garis panduan yang telah diberikan tanpa menunggu surat meminta kita melaporkan sesuatu. Garis panduan itu sendiri boleh dijadikan punca kuasa untuk melaksanakan sesuatu tindak susul.

Sebab itu juga digalakkan cikgu-cikgu untuk mempromosikan engkabang.net kepada rakan-rakan guru yang lain supaya memaksimumkan penggnaan engkabang bagi tujuan penyiaran berita. Disini juga kita boleh gunakan sebagai tapak untuk mendapat berita terkini..
Logged
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21283
Latest: apparnesadoUM
Stats
Total Posts: 254486
Total Topics: 21168
Online Today: 302
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 11
Guests: 274
Total: 285
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.489 seconds with 26 queries.