Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
Fame: 4
Offline
Gender: 
Posts: 236
org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!
|
 |
« on: May 09, 2008, 09:38:01 PM » |
|
Berikut merupakan hasil skrip drama komedi: peminangan puteri gunung ledang DARAHNYA TERTUMPAH
Hasil karya:Tony Jawa SMK LUBOK ANTU, SRI AMAN Marina Rahmad SMK KIDURONG, BINTULU Dayangku Saurai KOLEJ TDTH BUJANG, MIRI NG AI FEN, SMK METHODIST, SIBU
BABAK 1
MASA : Pagi TEMPAT : Bilik Peraduan Raja Ahmad MUZIK : Engkau Laksana Bulan (Suasana kecoh di dalam bilik peraduan Raja Ahmad apabila ayahanda baginda, iaitu Sultan Mahmud dan Tun Mamat cuba menangkap Raja Ahmad.)
SULTAN MAHMUD: Tangkap, Tun Mamat, tangkap! Jangan bagi dia keluar pintu, cepat! TUN MAMAT: (Berlari-lari ke arah pintu) Baik…baik, tuanku. RAJA AHMAD: Jangan ayahanda, jangan…anakanda tidak mahu, anakanda takut… tolong anakanda ayahanda… (berlari-lari sambil menangis dan keluar lari melalui tingkap) SULTAN MAHMUD: (Masih berlari-lari) Cuma sedikit sahaja andakanda, cuma satu pain saja. Anakanda... (Akhirnya berhenti dalam keadaan termengah-mengah). TUN MAMAT: ( Juga turut berhenti) Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, patik rasa Kita tidak berjaya hari ini untuk mengambil darah tuanku Raja Ahmad. SULTAN MAHMUD: Yalah! Kalau begini, kita perlu mencari helah untuk mendapatkan darah anakanda itu. Nanti beta fikirkan jalan lain, kerana beta telah mati akal pada hari ini kerana perlakuan anakanda Raja Ahmad. Beta mesti dapatkan juga puteri itu, walau dengan dua atau tiga pain darah anakanda beta yang dia mahu!Harimau di hutan lagi kutangkap, inikan pula cicak mangkarung! (kedua-dua mereka pun keluar dari bilik peraduan itu.)
BABAK 2 MASA : Pagi TEMPAT : Pejabat Sultan Mahmud MUZIK : Ku Tanam Selasih
ADEGAN I (Kelihatan Sultan Mahmud duduk termenung di pejabat baginda dan masuk Tun Mamat setelah mengetuk pintu bilik)
TUN MAMAT: Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, apakah perkara yang tuanku ingin sampaikan kepada patik? SULTAN MAHMUD: Ha, Tun Mamat. Sebenarnya beta telah mendapat satu cara untuk mendapatkan darah anakanda beta. Jadi, beta panggil Tun Mamat menghadap ini adalah untuk pergi bersama-sama beta berjumpa dengan anakanda Raja Ahmad. TUN MAMAT: Silakan tuanku.
ADEGAN 11
( Sementara di bilik peraduan Raja Ahmad, baginda sedang menonton cerita kartun Pingu. Kemudian masuk Tun Mamat) TUN MAMAT: (Nada sedih)Ampun Tuanku Raja Ahmad, ayahanda tuanku sedang gering tuanku. Sudah beberapa hari baginda bersedih dan tidak mahu santap. Sekarang ni, baginda mahu berjumpa dengan tuanku. RAJA AHMAD: Apa? Ayahanda gering? (separuh menangis) Adakah ayahanda akan pergi juga meninggalkan beta seperti bonda dulu, Tun Mamat? Ayahanda…(sambil berlari menuju ke bilik peraduan Sultan Mahmud lalu memeluk Sultan Mahmud yang sedang berbaring.) RAJA AHMAD: Ayahanda, ayahanda, bangun ayahanda! Maafkan anakanda jika anakanda yang menyebabkan ayahanda gering. SULTAN MAHMUD: (Berpura-pura sakit dan terbatuk-batuk) Tidak anakanda, eh…betul anakanda, sebenarnya doktor telah mengatakan bahawa umur ayahanda tidak panjang. Cuma tinggal 14 hari lagi. Kalau anakanda tidak memberi darah anakanda, maka tinggallah anakanda di dunia ini seorang diri. Kesiannya anakanda nanti! RAJA AHMAD: Oh! Ayahanda, janganlah ayahanda tinggalkan anakanda seorang diri. Ambillah berapa gelaspun darah anakanda, (sambil menunjukkan beberapa bahagian badannya) di sini, di sini, semua tempat, jika ayahanda mahu. Anakanda rela berkorban,demi kasih anakanda kepada ayahanda.
(Tun Mamat diberi isyarat oleh Sultan Mahmud untuk memanggil doktor istana yang sudah bersedia bagi mengambil darah Raja Ahmad. Tidak lama kemudian proses pengambilan darah Raja Ahmad pun selesai.)
BABAK 3 MASA : Petang TEMPAT : Bilik Peraduan Sultan mahmud MUZIK : Putus Sudah Kasih Sayang
(Kelihatan Sultan Mahmud sedang tersenyum di atas sebuah kerusi sambil menonton televisyen. Di tangan baginda ada ‘sepain’ darah Raja Ahmad.) SULTAN MAHMUD: (Berkhayal dan menyanyi kecil-irama lagu Madu Tiga) Senangnya dalam hati, Apabila beristeri lagi, Bagaikan dunia, hai beta yang punya… (Berhenti menyanyi sambil menekan-nekan telefon) Ha, biar beta mesej rakan- rakan beta yang Puteri Gunung Ledang sudah berada digenggaman beta. (Selesai menekan-nekan telefon, Sultan Mahmud menekan suiz televisyen pula. Kelihatan di kaca televisyen berita sedang disiarkan). BERITA: Selamat petang para penonton sekalian, Berita terpantas hari ini. Seorang puteri telah menghidap penyakit sopak di seluruh tubuhnya, telah merayu kepada orang ramai untuk menderma darah jenis “VIP”. Oleh itu, kepada penonton yang ingin menderma darah jenis ini, sila hubungi talian 07252525. Maaf, itu talian pizza hut. Talian sebenarnya ialah 010101 atau SMS ke 007. Sekian, berita terpantas hari ini. Berkhidmat Untuk Negara. TUN MAMAT: (Datang dalam keadaan kelam-kabut) Ampun Tuanku…ampun tuanku…ampun tuanku… SULTAN MAHMUD: Sudah, sudah! Berapa kali nak sebut ampun ni! Ha, Tun Mamat apa dia? Kamu nampak seperti ayam berak kapur saja. TUN MAMAT: (Masih dalam keadaan serba salah) Sebenarnya… sebenarnya tuanku, maafkan patik tuanku. Kalau apa yang patik khabarkan ini boleh menyebabkan tuanku terkejut. SULTAN MAHMUD: Apa dia Tun Mamat? Cakaplah cepat! TUN MAMAT: Patik rasa, eloklah tuanku baca sendiri surat khabar ini. Tuanku fahamkanlah sendiri ceritanya. (sambil menyerahkan surat khabar kepada Sultan Mahmud). SULTAN MAHMUD: (Membaca dengan suara yang kuat dan termengah-mengah) Puteri Gunung Ledang… Merayu orang ramai… Menderma darah jenis “VIP”… Kerana menghidap penyakit sopak?!!! Alamak…malangnya nasib beta, Berpenyakit sopak rupanya puteri tu… Oh, anakanda! Ayahanda berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah selama ini dan mementingkan diri sendiri. Ayahanda sanggup memaksa anakanda memberikan darah untuk Tuan Puteri Gunung Ledang hanya semata-mata kasih sayang ayahanda yang tidak bertempat. Maafkan ayahanda... (Sultan Mahmud akhirnya pengsan dan darah Raja Ahmad yang dipegangnya akhirnya jatuh lalu tertumpah ke lantai) -TAMAT-
|