Ng Ai Fen
SMK Methodist
Teacher
Senior Member
Fame: 4
Offline
Gender: 
Posts: 220
org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!
|
 |
« on: May 09, 2008, 09:47:36 PM » |
|
DRAMA BERIKUT HASIL KARYA ENIZA JANI, ROZIANA DAHLAN, MOHAMMAD MAT DAUD DAN TALIB BIJAT
BABAK 1 : KECEWA
Masa : Pagi Tempat : Rumah Sewa Imran Muzik : Lagu ‘Bukan Aku Tak Cinta’ nyanyian Iklim
(Imran memegang sepucuk surat yang baru sahaja diterimanya)
Imran : Tidak...! ( menjerit ) Penipu! ( sambil mengoyakkan dan membalingkan surat yang berada di tangannya). Mana perginya janji-janjimu? Ah…!
(Lagu “Bukan Aku Tak Cinta” didendangkan. Imran menangis sambil teringatkan peristiwa perjanjian yang dibuat di antara dia dan keluarga Natasha)
Datuk Muqriz : Apa rancangan Imran sekarang? Imran : Sebenarnya Datuk saya terlalu mencintai Tasha, tapi saya hendak melanjutkan pelajaran ke universiti dulu. Selepas saya tamat belajar nanti, barulah saya akan mengambil Tasha sebagai isteri saya yang sah. Datin Sofea : Kalau habis belajar pun belum tentu dapat pekerjaan. Bagaimana hendak menyara Tasha? Dapat ke pelajaran kau tu menjamin masa depan satu-satunya anak kami? Datuk Muqriz : (Sambil merenung tajam pada isterinya). Eh, awak ni ke situ pula. (Mengalih pandangan pada Imran) Baguslah kalau kau ada rancangan begitu Imran. Imran : Saya akan bekerja dahulu Datin, lepas tu barulah saya akan pinang Tasha. Datin Sofea : Kamu bagaimana pula Tasha? Natasha : Tasha akan tunggu abang Imran, mama. Tasha akan sambung pelajaran di kolej walaupun tak dapat masuk universiti. Datuk Muqriz : Kalau begitu terpulanglah, kalau itu rancangan kalian. Papa setuju je asalkan puteri kesayangan papa ni bahagia bersama putera impiannya. (Datuk Muqriz berseloroh tetapi Datin Sofea diam membisu mendengar keputusan suaminya. Natasha dan Imran terlalu gembira dengan keputusan Datuk Muqriz sambil membayangkan keindahan hidup yang bakal mereka tempuhi bersama suatu hari nanti)
BABAK 2
ADEGAN 1 : PERTEMUAN DI PANTAI
Masa : Petang Tempat : Tepi pantai Muzik : Sentimental
(Suasana permai diiringi deruan ombak menghempas pantai)
Natasha : Im, cuba Im lihat ombak dan pantai tu. Imran : Ya, kenapa Sha? Natasha : Antara ombak dan pantai, mana yang lebih setia Im? Imran : Kenapa, Sha tanya Im begitu? Natasha : Kita bagai ombak dan pantai, kan? Lihatlah betapa setianya ombak menghempas pantai yang tidak pernah berubah. Imran : Apa Sha meragui cinta Im terhadap Sha ke? Sha, tiada cinta lain yang pernah singgah atau akan dapat merebut tempat Sha dalam hati ini. Natasha : Sha bimbang….Sha bimbang…Im. Sha bimbang kalau-kalau hubungan kita nanti akan… Imran : Janganlah Sha teruskan kata-kata itu. (Sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir Natasha) Yakinlah pada cinta Im. Selagi ada langit dan bumi, selagi ada bulan dan bintang, tiada apa yang dapat menghalang kita dari hidup bersama… Natasha : Benarkah bicaramu Im… Imran :Sha…hanya ajal maut dan kuasa Tuhan yang tidak mampu Im haling Sha. Percayalah Sha…(Sambil memegang tangan kanan Natasha dengan kedua-dua belah tangannya). Sha, berjanjilah yang Sha setia pada Im dan akan setia menanti Im walau apapun yang terjadi. Natasha: Baiklah Im, Sha berjanji. Sha akan sabar menanti Im hingga ke hari bahagia kita. (Sambil memegang tangan Imran).
ADEGAN 2 : PERTENGKARAN IBU DAN ANAK
Masa : Malam (Selepas 3 bulan Imran ke universiti) Tempat : Ruang Tamu Rumah Datuk Muqriz Muzik : Sentimental
Datin Sofea : Tasha, Mama mahu Tasha lupakan si Imran tu dan setuju untuk menerima lamaran, anak Datuk Khairul tu. Mereka akan menghantar rombongan untuk meminang minggu depan. Natasya : Mama, sampai hati mama buat Tasha macam ni. Mama telah menentukan masa depan Tasha tanpa keizinan Tasha, mama. Tasha hanya cintakan Imran, mama. Datin Sofea : Dah, Cukup! Imran, Imran, Imran. Muak mama dengar nama si Imran. Entah apa agaknya yang dia dah berikan pada Tasha sehingga Tasha begitu tergila-gilakan dia. Dah kena santau agaknya Tasha ni. Apalah sangat yang ada pada si Imran berbanding anak Datuk Khairul tu – kacak, kaya, bersopan-santun, berpelajaran tinggi dan pandai hormat orang tua. Natasya : Tapi mama, Tasha tidak cintakan dia.Tasha hanya cintakan Imran. Datin Sofea : Lagi-lagi Imran, Imran, Imran. Cinta, cinta, cinta! Jangan jadi buta kerana cintalah Tasya. Kau ingat hidup ni hanya cukup dengan cinta je ke? Hari-hari hidup dengan makan cinta je ye? Cinta boleh buat kau kenyang, beli rumah besar, beli kereta mewah, hidup senang? Hah! Natasha : Tapi… (Natasya terdiam sampai menangis). Datin Sofea : Dah, dah tak ada tapi-tapi lagi. Tasha kena dengar cakap mama, itu keputusan mama. Muktamad! (Natasha yang menangis teresak-esak tiba-tiba pengsan). Datin Sofea : Papa!!! Tasha pengsan…(Datin Sofea menjerit memanggil suaminya Datukn Muqriz. Datuk Muqriz yang berada di dapur terkejut mendengar jeritan isterinya segera ke ruang tamu) Datuk Muqriz : Apa dah jadi ni.. Datin Sofea : Saya..saya cuba paksa Tasha kahwin dengan anak datuk Khalid.. Tiba-tiba dia pengsan. Datuk Muqriz : Mama ni… biarlah dia buat pilihan sendiri. Nah! Apa dah jadi dengan anak kita ni? ( Datuk Muqriz terus mengendong Tasha ke bilik dan membiarkan anaknya berehat. Sementara datin mengekori di belakang.)
(Setelah sejam berlalu, Natasha mulai sedar. Datin yang berada di sisinya terus menyapa. Dia masih lagi dengan pendiriannya untuk menjodohkan Tasha dengan orang lain. Namun, nadanya lebih lembu. Tasha yang masih lemah memalingkan mukanya ke tempat lain) Datin Sofea : Tasya dah bangun? Tasha…mama hendak lihat kau hidup bahagia. Hidup senang. Tasha sayang, cinta boleh dipupuk, cinta akan datang selepas kamu kahwin nanti. (Tasha masih membisu seribu bahasa.)
BABAK 3 MAJLIS AKAD NIKAH
Masa : Pagi Tempat : Rumah Natasya Muzik : Lagu ‘ Pengantin Baru’ (Majlis akad nikah Natasya sedang berlangsung. Pihak pengantin perempuan sedang menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki). Datin Sofea : Papa..rombongan pengantin lelaki dah sampai. Datuk Muqriz : marilah kita ke menjemput mereka. (Apabila tiba di muka pintu.) Datin Sofea : Papa!!! Betul kea pa yang saya nampak ni? Itu Imran papa. Imram. (Datuk Muqriz yang sudah tahu perkara yang sebenar hanya tersenyum kepada isterinya.) Datin Sofea : (Dengan suara yang terketar-ketar datin mempersilakan rombongan pihak pengantin lelaki masuk). Silakan Datuk Khalid, Datin Zaiton dan semua yang hadir. (Tidak lama kemudian, Datin Sofea memberi arahan kepada Tok Kadi). Tok Kadi, sila mulakan majlis akad nikahnya sekarang. (Natasya terkedu, tidak sanggup untuk memandang wajah bakal suaminya). Tok Kadi : Aku nikahkan akan dikau Natasya binti Muqriz dengan (Kurang jelas kedengaran di telinga Natasha) bin Khalid dengan mas kahwinnya RM80 tunai. Pengantin Lelaki : Aku terima nikahnya Natasya binti Muqriz dengan mas kahwinnya RM80 tunai. Tok Kadi : Sah? Saksi-saksi : Sah, sah.
(Natasya tersentak kerana suara itu amat dikenalinya. Dia tidak pasti apa yang terjadi sambil air matanya bergenang di kelopak mata, dia cuba mencari kepastian. Dia berasa itulah saat yang paling membahagiakan dalam hidupnya).
- TAMAT-
|