Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 04:36:08 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 03:24:16 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: PROGRAM PSBM, SMK METHODIST: SIBU  (Read 653 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: May 09, 2008, 10:35:28 PM »

                    SMK METHODSIT,SIBU

PROGRAM SAYANGILAH BAHASA MALAYSIA (PSBM)

1.0    Objektif  Program:

1. Program ini adalah bertujuan memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Malaysia.
2. Program ini  juga bertujuan meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata bahasa Malaysia
3. Program ini bertujuan melatih pelajar menggunakan perbendaharaan kata bahasa Malaysia mengikut laras yang betul.
4. Program ini  bertujuan meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam, Sijil Pelajaran Malaysia.

2.0   Penyataan Masalah:

1. Pelajar yang menyertai PSBM ini terdiri daripada pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa Malaysia.
2. Pelajar tidak dapat menyampaikan maklumat sama ada lisan atau bertulis dengan menggunakan bahasa Malaysia.
3.  Pelajar masih terikat dengan bahasa ibunda. Keadaan ini jelas terbukti dalam hasil penulisan mereka yang  tidak gramatis kerana masih terikat dengan susur galur bahasa ibunda.
4. Pelajar takut akan bahasa Melayu kerana sukar difahami dan rumit. Mereka tidak yakin akan keupayaan mereka menggunakan bahasa Malaysia.

3.0 Perancangan program PSBM

Program PSBM ini merupakan program yang dilaksanakan pada hujung tahun 2005
dan secara rasmi dipraktikkan pada tahun 2006.

Bulan   Perancangan   Tindakan   Catatan
Januari   Pelajar perlu mengisi biodata.



Proses pengajaran dan pembelajarn dijalankan seperti  kelas biasa.

Bulan Januari merupakan  tempoh yang digunakan untuk menganalisis penguasaan bahasa pelajar.pelajar kelas 5E dan 5F perlu mengisi biodata pelajar masing-masing   -Pengisian butir peribadi amat penting kerana memberi maklumat tentang penguasaan bahasa, bahasa atau dialek yang digunakan mereka, kegemaran bahan bacaan, kegemaran mata pelajaran

Bulan Februari    
Pelan tindakan bahasa Malaysia disediakan setelah kajian kes dilakukan.   Pelan tindakan bahasa Melayu Tingkatan lima untuk tahun 2006 sebagai rujukan untuk tahun akan datang.   Permasalahan pelajar agak ketara.
Pelbagai faktor dikenal pasti

Bulan Mac   Ujian bahasa dijalankan untuk menganalisis kelemahan dan kekuatan pelajar.   -Ujian bahasa untuk menguji
1 aspek kelemahan yang dihadapi
2. aspek kekuatan yang dimiliki   Pelajar lebih gemar guru menggunakan bahasa ibunda mengajar bahasa Malaysia.

Bulan April   Kelas Tambahan dimulakan.
Setiap minggu hari Jumaat 12.00pm- 1.00pm   -pengajaran komsas
-pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk mendapat teknik yang bersesuaian dengan keperluan pelajar.   -pelajar gemar teknik bercerita
-sumbangsaran
-mengajar tatabahasa yang asas
Bulan Mei   Peperiksaan khas dijalankan    -tujuan membina keyakinan dan mengembalikan minat mereka terhadap bahasa Malaysia   -latihan yang dilakukan akan dijadikan soalan peperiksaan. Apabila pelajar berupaya menjawab soalan, kelonggaran markah diberikan kepada mereka. Ujian ini bukan bertujuan menguji bahasa mereka. Sebenarnya bertujuan mendapat kepercayaan mereka terhadap guru dan mewujudkan persefahaman antara guru dan pelajar.
Suasana pembelajaran dapat dijalankan apabila pengajar dan pelajar memahami keperluan masing-masing. Hubungan dua hala ini amat penting.
Sekiranya ini diabaikan, segala perancangan hanya tinggal sebagai kertas kosong.
Bulan Jun  sehingga Bulan Oktober   Kelas tambahan seperti biasa
Ujian/ kuiz perlu kerap dilakukan untuk menggalakkan mereka membaca   Pelajar menggunakan rumus karangan yang dicipta oleh guru.    Pelbagai teknik diterapkan.

Skrip jawapan pelajar kumpulan PSBM akan dinilai oleh rakan sekerja untuk mendapat pandangan dan komen mereka.
Bulan November   PEPERIKSAAN AWAM SPM      

KEJAYAAN PROGRAM INI:
BIL   PERKARA   PENCAPAIAN SEMASA   PENCAPAIAN SPM TAHUN 2006
1.   KELAS 5E   31 PELAJAR

Gred 1 dan 2= 0 pelajar

Gred 3 sehingga gred 6= 3 pelajar

Gred 7 dan gred 8
=7 pelajar

Gred 9= 21 pelajar   31 PELAJAR

Gred 1 dan dan 2 = 0 pelajar

Gred 3 sehingga gred 6=15 pelajar

Gred 7 dan gred 8=
14 pelajar

Gred 9= 2 pelajar
2   KELAS 5F   35 PELAJAR

Gred 1 dan 2=0 pelajar

Gred 3 dan gred 6= 2  pelajar

Gred 7 dan Gred 8= 5 pelajar

Gred 9= 28 pelajar   35 PELAJAR

Gred 1 dan 2 = 0 pelajar

Gred 3 dan gred 6=13 pelajar

Gred 7 dan Gred 8= 20 pelajar

Gred 9= 2

PELAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TINGKATAN LIMA TAHUN 2007

KELAS 5E
Guru mata pelajaran: Cikgu Ng Ai Fen

BIL   ISU UTAMA   PENCAPAIAN SEMASA   OBJEKTIF   OPSYEN   PENUNJUK KEJAYAAN
1.   Kemahiran yang sedia ada
-Pelajar kelas 5E terdiri daripada pelajar yang lemah penguasaan bahasa. Kelemahan mereka terutamanya aspek tatabahasa dan perbendaharaan kata.
-mereka sukar memahami bahasa Melayu kerana pendedahan mereka tentang bahasa ini adalah kurang.
-Mereka bukan sahaja kurang memahami bahasa Melayu yang dituturkan oleh guru malahan tidak berupaya berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu.
-kebanyakan mereka berlatarbelakangkan sekolah aliran cina. Justeru, mereka tidak mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik. Keadaan ini seperti pelajar-pelajar tahun 2006.
   33 PELAJAR

Gred 1 dan Gred 2 = 0

Gred 3 dan Gred 6= 10  orang

Gred 7 dan Gred 8= 11 orang

Gred 9= 12 orang   1. Meningkatkan penguasaan tatabahasa dan hukum tatabahasa.

2. Meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu.

3. Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap bahasa Melayu.

4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam bahasa Melayu.
   1. Kelab bimbingan

2. Program pemulihan

3. Ganjaran kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan

4. Sewaktu pengajaran dan pembelajaran, penglibatan pelajar secara langsung. Misalnya, pelajar digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu.

5. Dwibahasa digunakan untuk memudahkan pemahaman mereka.

6. Amalan membaca untuk meningkatan penguasaan bahasa Mereka.
   33 PELAJAR

Gred 1 dan Gred 2 = 2 orang

Gred 3 dan Gred 6 = 17 orang

Gred 7 dan Gred 8=15
orang
2.   Kemahiran menjawab soalan
- mereka tidak mahir menjawab soalan kerana tidak mengetahui teknik menjawab soalan yang betul.
-terdapat juga pelajar yang enggan menulis jawapan mereka kerana perbendaharaan kata terlalu terhad.
-latihan pengukuhan yang kurang juga menyebabkan pelajar kelas ini lemah.      1 Meningkatkan kemahiran menjawab kehendak soalan.
2. Meningkatkan kemahiran memahami soalan.   1. Latihan tubi dan latihan pengukuhan perlu kerap diberikan agar pelajar dapat membiasakan diri dengan format-format soalan peperiksaan.
2. Menjelaskan dan memberi komen kepada pelajar terhadap hasil kerja mereka.
3. Menghargai hasil kerja mereka agar mereka berasa usaha mereka berbaloi.   
3.   Kesedaran pelajar terhadap peri pentingnya Bahasa Melayu
-Mereka tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu kerana menganggap bahasa Melayu merupakan mata pelajar yang sukar dipelajari.
-mereka tidak memahami keistimewaan mata pelajaran ini      1. Meningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran bahasa Melayu
2. Meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan mata pelajaran dalam SPM.   1. Membawa pelajar menonton wayang yang berkaitan dengan tema dan tajuk yang diajar.
2. Menceritakan isu semasa Bahasa Melayu
3. Aktiviti Bahasa Melayu
-lakonan dan permainan   




PELAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TINGKATAN LIMA TAHUN 2007

KELAS 5F
Guru mata pelajaran: Cikgu Ng Ai Fen
BIL   ISU UTAMA   PENCAPAIAN SEMASA   OBJEKTIF   OPSYEN   PENUNJUK KEJAYAAN
1.   Kemahiran yang sedia ada
-Pelajar kelas 5F terdiri daripada pelajar yang lemah penguasaan bahasa. Kelemahan mereka terutamanya aspek tatabahasa mereka.
-mereka sukar memahami bahasa Melayu kerana pendedahan mereka tentang bahasa ini adalah kurang.
-Mereka bukan sahaja kurang memahami bahasa Melayu yang dituturkan oleh guru malahan tidak berupaya berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu.
-kebanyakan mereka berlatarbelakangkan sekolah aliran cina. Justeru, mereka tidak mempunyai penguasaan bahasa Melayu yang baik
   27 pelajar

Gred 1 dan Gred 2= 0

Gred 3 sehingga gred 6=6 orang


Gred 7 dan gred 8= 8 orang


Gred 9=13 orang   1. Meningkatkan penguasaan tatabahasa dan hukum tatabahasa.

2. Meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu.

3. Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap bahasa Melayu.

4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam bahasa Melayu.
   1. Kelab bimbingan

2. Program pemulihan

3. Ganjaran kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan

4. Sewaktu pengajaran dan pembelajaran, penglibatan pelajar secara langsung. Misalnya, pelajar digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu.

5. Dwibahasa digunakan untuk memudahkan pemahaman mereka.

6. Amalan membaca untuk meningkatan penguasaan bahasa Mereka.
   27 pelajar


Gred 1 dan gred 2= 2 orang

Gred 3 sehingga gred 6=10

Gred 7 dan gred 8= 12
Gred 9= 3
2.   Kemahiran menjawab soalan
-mereka tidak mahir menjawab soalan kerana tidak mengetahui teknik menjawab soalan
-latihan pengukuhan yang kurang juga menyebabkan pelajar kelas ini lemah.      1 Meningkatkan kemahiran menjawab kehendak soalan.
2. Meningkatkan kemahiran memahami soalan.   1. Latihan tubi dan latihan pengukuhan perlu kerap diberikan agar pelajar dapat membiasakan diri dengan format-format soalan peperiksaan.
2. Menjelaskan dan memberi komen kepada pelajar terhadap hasil kerja mereka.
3. Menghargai hasil kerja mereka agar mereka berasa usaha mereka berbaloi.   
3.   Kesedaran pelajar terhadap peri pentingnya Bahasa Melayu
-Mereka tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu kerana menganggap bahasa Melayu merupakan mata pelajar yang sukar dipelajari.
-mereka tidak memahami keistimewaan mata pelajaran ini      1. Meningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran bahasa Melayu
2. Meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan mata pelajaran dalam SPM.   1. Membawa pelajar menonton wayang yang berkaitan dengan tema dan tajuk yang diajar.
2. Menceritakan isu semasa Bahasa Melayu
3. Aktiviti Bahasa Melayu
-lakonan dan permainan   


Laporan disediakan oleh,

____J________________
NG AI FEN
GURU MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21283
Latest: apparnesadoUM
Stats
Total Posts: 254486
Total Topics: 21168
Online Today: 302
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 9
Guests: 271
Total: 280
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.084 seconds with 27 queries.