Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 04:40:25 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 03:24:16 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: LAPORAN KMLDP Ke-3 (JULAI - OKTOBER 2009)  (Read 513 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Melek Bin Arbi
PPD Mukah

Senior Member
*

Fame: 35
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 331



« on: July 20, 2009, 07:32:30 AM »

Semua Pengetua & Guru Besar,
SMK / SK / SJKC ........................
Daerah Mukah.
(u.p: Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Sekolah) .

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2.    Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sarawak selaku Urus Setia Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Berasaskan Sekolah akan mengumpul laporan ke-3 pelaksanaan latihan guru berasaskan sekolah di sekolah tuan untuk bulan Julai hingga Oktober 2009. Sebagaimana yang telah ditaklimatkan, kursus yang telah dan bakal diadakan sepanjang tahun 2009 hendaklah berdasarkan fokus dengan wajaran berikut (i) Peningkatan Pengetahuan Profesionalisme (60%), (ii) Peningkatan Kemahiran Profesionalisme (20%) dan (iii) Nilai dan Amalan Profesionalisme (20%).

3.    Sehubungan itu, Setiausaha LDP sekolah tuan adalah dimohon untuk membuat pelaporan tersebut dan memajukan ke Pejabat Pelajaran Daerah Mukah ini dengan mengemelkannya ke alamat emel berikut : melekarbi@gmail.com pada atau sebelum 14 September 2009 (Isnin).

4.    Semua pelaporan bagi kutipan ke-3 ini hendaklah menggunakan Tapak Kutipan Maklumat Latihan Dalam Perkhidmatan (KMLDP) yang baharu, iaitu KMLDP_SEK_Ver 3[1].0 seperti dilampirkan. Sukacita diingatkan lagi agar pihak tuan tidak mencampurkan kutipan maklumat ini dengan fail kutipan KMLDP pertama dan kedua yang lepas.

Surat yang berkaitan akan menyusul. Terima kasih.

There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
KMLDP_SEK_Ver3[1].0.xls
Logged

Melek Bin Arbi
PPD Mukah
Selehah Ali
SK Kampung Teh
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 18



« Reply #1 on: July 20, 2009, 02:48:22 PM »

Terima kasih atas info terkini dan akan diambil tindakan seterusnya. Smiley
Logged

Selehah Ali,
SK Kampung Teh,
96400 Mukah.
Melek Bin Arbi
PPD Mukah

Senior Member
*

Fame: 35
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 331



« Reply #2 on: September 13, 2009, 12:01:10 AM »

Buat rakan2 yang telah memuatturun & melengkapisikan kan tapak KMLDP terbaharu tersebut terima kasih diucapkan. Sila ambil maklum & tindakan sewajarnya berkaitan dgn perkara berikut :

MESYUARAT PENYELARASAN DAN BENGKEL KUTIPAN MAKLUMAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (KMLDP) BERASASKAN SEKOLAH FASA 3 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Dengan ini dimaklumkan bahawa satu mesyuarat penyelarasan serta bengkel KMLDP Fasa 3 peringkat PPD Mukah akan diadakan seperti ketetapan berikut :
   
Tarikh   28 September 2009 (Isnin)
Masa   0830 - 1630
Tempat    Pusat Kegiatan Guru Mukah

3.   Sehubungan dengan itu, kehadiran Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (SULDP) Berasaskan Sekolah dari sekolah tuan adalah diwajibkan untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan dan bengkel KMLDP Fasa 3 yang dijadualkan di atas. Kerjasama pihak tuan adalah dipohon untuk memberi pelepasan kepada guru tersebut untuk hadir pada tarikh dan masa yang telah dinyatakan.

4.   Semua  SULDP sekolah dikehendaki membawa bersama semua (1) kutipan maklumat LDP yang telah dan akan dijalankan di sekolah dari Julai hingga Oktober 2009 dengan menggunakan Tapak Kutipan Maklumat Latihan Dalam Perkhidmatan (KMLDP) yang baharu, iaitu KMLDP_SEK_Ver 3[1].0 yang boleh dimuat-turunkan dari alamat URL berikut http://forum.engkabang.net/index.php/topic,33242.0.html, (2) Rumusan Analisis Matriks Kajian Keperluan Latihan LDP Secara School Based (Lampiran C) yang telah dilengkapisikan oleh SU LDP sekolah, (3) Instrumen Kajian Keberkesanan LDP Secara School Based 2009 (bagi sekolah yang belum menghantarnya), (4) komputer riba dan extension wire, (5) senarai isu atau permasalahan yang dihadapi oleh sekolah semasa mengendalikan LDP Berasaskan Sekolah, dan (6) kad pelaporan latihan (kad biru).

Salam hormat.
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21283
Latest: apparnesadoUM
Stats
Total Posts: 254486
Total Topics: 21168
Online Today: 302
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 10
Guests: 263
Total: 273
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.106 seconds with 27 queries.