Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 04:41:18 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 03:24:16 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Pengajaran Drama jangan bunuh rama-rama (soalan dan jawapan, buku latihan)  (Read 432 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: May 09, 2008, 11:16:34 PM »

1. Jelaskan permintaan permaisuri kepada raja itu. (3m)

Jawapan: Permintaan permaisuri kepada raja itu ialah permaisuri ingin seekor rama-rama yang cantik untuk menghiaskan dirinya. Selain itu, permaisuri ingin raja sendiri sahaja menangkap rama-rama tersebut kerana raja sangat mahir dalam bidang ini. Permaisuri ingin raja menunaikan hasratnya sebagai perempuan yang paling yang cantik di dunia ini.

2.Pada pendapat anda, adakah permintaan permaisuri wajar? Berikan alasan-alasan munasabah untuk menyokong jawapan anda. (3m)
Jawapan: Pada pendapat saya, permintaan permaisuri tidak wajar. Permaisuri seharusnya menyayangi setiap makhluk yang bernyawa di dunia. Selain itu, permaisuri perlu sedar akan kecantikan seseorang gadis bukanlah dinilai dari aspek luaran tetapi dinilai dari aspek sifat dalaman seseorang. Permaisuri seharusnya mengambil berat aspek keselamatan raja semasa di hutan. Hal ini disebabkan nyawa raja mungkin terancam kerana binatang buas.

3.Berdasarkan petikan, huraikan sikap permaisuri dengan memberi bukti yang sesuai (3)
Jawapan: Berdasarkan petikan, sikap permaisuri ialah seorang yang mementingkan diri. Sikap permaisuri dapat dibuktikan melalui keinginan permaisuri menjadi perempuan tercantik sehingga mengorbankan nyawa rama-rama. Di samping itu, permaisuri tidak menyayangi raja. Permaisuri yang leka terhadap kecantikannya sehingga mengabaikan kecelakaan yang bakal menimpa ke atas raja sekirannya berada di hutan.

1. Bagaimanakah  Badut menjadi seorang tukang lawak? (3M)

Jawapan: Badut menjadi seorang tukang lawak setelah bertemu dengan seekor rama-rama. Kisah ini bermula apabila permaisuri beria-ia raja sendiri menangkap rama-rama semata-mata memenuhi hasratnya menjadi wanita yang paling jelita. Justeru, raja telah masuk ke hutan semata-mata menangkap rama-rama yang paling unik dan istimewa. Tidak lama kemudian, raja telah berjaya mengejar seekor rama-rama yang cantik. Tiba-tiba, raja tergelincir dan terjatuh ke dalam telaga dan pada masa itu air dalam telaga sedang bergelegak. Raja meminta pertolongan kerana terlalu panas dan tidak tahan. Ahirnya, rama-rama yang dikejar oleh raja punlah datang dan menggunakan sayapnya untuk mengipas air yang sedang mendidih tersebut sehingga sejuk. Raja  berjaya melepaskan diri daripada kecelakaan tersebut dan baginda juga terdengar azan.  Raja berazam menjadi badut untuk membalas budi rama-rama dan menceriakan anak yatim piatu.

2. Seandainya anda Badut, apakah yang akan anda lakukan untuk menebus kesalahan anda selain menjadi seorang tukang lawak?(3m)
Jawapan:  Seandainya saya Badut, tindakan yang saya lakukan  untuk menebus kesalahan saya selain menjadi seorang tukang lawak ialah saya akan merangka satu rang undang-undang supaya rakyat saya tidak memburu dan membunuh rama-rama. Selain itu, saya juga akan mewartakan beberapa tempat sebagai habitat rama-rama dan tidak boleh diteroka. Saya juga akan menjadi seorang raja yang baik dan tidak terlalu mementingkan diri sendiri. Saya akan cuba membantu golongan yang amat memerlukan pertolongan saya.

3. Jelaskan Perbezaan dan persamaan yang wujud antara orang Tawanan dengan Askar. (3m)
Jawapan: Perbezaan orang Tawanan dengan  askar ialah tempat asal mereka. Orang Tawanan tinggal di tepi sungai manakala askar tinggal di tepi sawah padi.  Perbezaan antara dua watak ini ialah kedua-dua perwatakan berlainan. Tugas askar ialah askar perlu menangkap orang. Orang tawanan merujuk rakyat sesebuah negara telah ditangkap kerana negaranya berjaya ditawan. Persamaan antara orang Tawanan dengan askar ialah mereka mempunyai Tuhan yang sama.

4. Pada pendapat anda, apakah mesej utama yang ingin disampaikan oleh  penulis melalui petikan di atas?(3m)
Jawapan:  Pada pendapat saya, mesej utama yang ingin disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas ialah semua insan yang berada di dunia ini adalah sama taraf di sisi Tuhan. Rahmat Tuhan akan diberikan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, manusia tidak perlu bersaing untuk mendapat kebaikan Tuhan. Selain itu, manusia tidak seharusnya bersengketa antara satu sama lain kerana masing-masing merupakan saudara.

5. Mengapakah orang Bertapa berkata “Ribu tahun hamba bertapa, Embun rahmat belum tercapai? (3m)
Jawapan: Orang Bertapa berkata “Ribu tahun hamba bertapa, Embun rahmat belum tercapai kerana Orang Bertapa belum cukup ikhlas untuk menerima rahmat Tuhan. Di samping itu,  Orang Bertapa mudah digoda oleh godaan syaitan sehingga dia mudah terpengaruh dengan gadis yang jelitawan itu. Orang Bertapa belum lagi mengetahui cara-cara yang betul untuk mendapat rahmat Tuhan

6. Apakah nasihat-nasihat yang akan anda beri kepada Orang Bertapa agar dia dapat mencapai apa yang dihajatinya? (3m)
Jawapan: Nasihat yang akan saya beri kepada Orang Bertapa ialah saya akan menyedari fikiran Orang Bertapa agar dia mengetahui rahmat tuhan hanya diperoleh melalui keikhlasan hati. Selain itu, saya akan menyeru Orang Bertapa supaya kerap melakukan kerja kebajikan agar hatinya tenteram dan tidak mudah terpengaruh oleh godaan syaitan. Saya juga akan menasihati Orang Bertapa supaya berjumpa dengan imam agar dia mengetahui hala tuju yang betul mendapat rahmat tuhan.

7. Jelaskan persoalan dan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas(3m)
Jawapan: Persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah keimanan dan ketakwaan melawan keinginan nafsu yang terbatas. Orang Bertapa yang tidak ikhlas hatinya dalam soalan mencari keimanan menyebabkan dirinya menghadapi penderitaan dan kesusahan yang berterusan sepanjang hayatnya. Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah golongan yang masih tercari-cari akan erti dan kebenaran hidup. Orang Bertapa masih tercari-cari rahmat tuhan.
8. Apakah perubahan kehidupan Mek Bongsu berdasarkan petikan di atas (3m)
Jawapan: Perubahan kehidupan Mek Bongsu berdasarkan petikan di atas ialah Mek Bongsu merupakan anak petani telah menjadi isteri kepada saudagar Syah Alam. Setelah berkahwin Mek Bongsu telah menjalani kehidupan yang mewah dan tidak perlu melakukan apa-apa. Walau bagaimanapun, Mek Bongsu mulai rasa bersalah kerana malas dan tidak melakukan sebarang kerja yang berfaedah. Akhirnya dia membuat keputusan menjadi marhaen  dan menyebar ajaran agama.

9. Kemewahan dikatakan akan menyebabkan seseorang itu lupa diri. Pada pendapat anda, apakah yang harus kita lakukan agar hidup bermakna walaupun hidup mewah? (3m)
Jawapan:  Perkara yang harus kita lakukan agar hidup bermakna walaupun hidup mewah ialah kesederhanaan dalam kehidupan. Selain itu, kita perlu membantu orang yang memerlukan pertolongan kita. Kita juga perlu selalu mengingati diri kita bahawa kemewahan dan kekayaan bukan penentu kebahagiaan dalam hidup.

10. Huraikan perwatakan Mek Bongsu. Apakah sifat yang ada pada Mek Bongsu yang harus anda contohi?(3m)
Jawapan: Perwatakan Mek Bongsu ialah seorang akan petani yang cantik. Mek Bongsu telah berkahwin saudagar Syah Alam. Sifat yang ada pada Mek Bongsu  dan harus dicontohi ialah Mek Bongsu tidak mementinkgan status dan kemewahan hidup. Selain itu, Mek Bongsu mengetahui kebahagiaan hanya diperoleh dari Tuhan. Oleh itu, sifat ini perlu saya contohi agar membawa kebaikan dalam hidup.

11.  Siapakah Tuk Mah? Apakah sebabnya Tuk Mah menjadi bidan? (3m)
Jawapan: Tuk Mah ialah bidan dan bomoh. Tuk Mah menjadi bidan kerana Peran. Tuk Mah menjadi bidan setelah tiga hari tiga malam tidak sedar diri. Setelah bangun, Tuk Mah dinasihati supaya berkhidmat untuk kampung, iaitu sebagai bomoh dan Peran.

12. Pada pendapat anda, mengapakah Tuk Mah sanggup meninggalkan segala kemewahan dan mengikut Peran hidup merantau? (3m)
Jawapan: Pada pendapat saya, Tuk Mah sanggup meninggalkan segala kemewahan dan mengikut peran hidup merantau ialah Tuk Mah terlalu mencintai Peran. Selain itu, Tuk Mah ingin hidup bersama-sama dengan Peran. Tuk Mah juga bercita-cita menjadi pelakon dan penari. Kemungkinan Tuk Mah ingin menjalani kehidupan yang baru dan penuh bermakna.
13. Huraikan dua nilai kemanusiaan berdasarkan petikan drama di atas dan dua nilai kemanusiaan yang lain berdasarkan seluruh drama tersebut. (4m)
Jawapan: Nilai kemanusiaan berdasarkan petikan drama di atas ialah nilai belas kasihan. Peran mengambil berat dan simpati akan penduduk kampung sehingga sanggup menetap di kampung mereka. Nilai tolong-menolong sesama manusia. Peran dan Bidan Tuk Mah mengambil keputusan untuk tinggal di sebuah kampung dan menolong penduduk buta di kampung itu. Nilai kemanusiaan yang lain berdasarkan seluruh drama tersebut ialah baik hati. Rama-rama sanggup menyelamatkan nyawa Badut yang ingin membunuhnya. Nilai Kesederhanaan dalam hidup juga terdapat dalam petikan tersebut. Bidan Tuk Mah dan Mek Bongsu sanggup meninggalakn kemewahan dan kekayaan demi mendapat ketenangan jiwa dan mencari erti hidup yang sebenar.


Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21283
Latest: apparnesadoUM
Stats
Total Posts: 254486
Total Topics: 21168
Online Today: 302
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 11
Guests: 265
Total: 276
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.093 seconds with 27 queries.