Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 04:41:51 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 03:24:16 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Pengajaran prosa klasik kezaliman membawa padah (soalan dan jawapan)  (Read 454 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: May 09, 2008, 11:18:16 PM »

KEZALIMAN MEMBAWA PADAH

1.  Siapakah Tun Jana Khatib? Mengapakah beliau dibunuh oleh Paduka Seri Maharaja? (3m)
Jawapan: Tun Jana Khatib merupakan orang Pasai. Tun Jana Khatib mahir dalam bidang ilmu khayal lillah dan tauhid dua belas alam. Tun Jana Khatib dibunuh oleh Paduka Seri Maharaja kerana menilik pokok pinang di hadapan permaisuri. Oleh itu, Paduka Seri Maharaja terlalu murka( marah)  akan perbuatan Tun Jana Khatib.

2.  Pada pendapat anda, apakah tindakan Paduka Seri Maharaja itu wajar? Berikan alasan-alasan yang munasabah untuk menyokong jawapan anda.
Jawapan: Pada pendapat saya, tindakan Paduka Seri Maharaja itu tidak wajar. Alasan yang munasabah untuk menyokong jawapan saya ialah Paduka Seri Maharaja sepatutnya menyiasat dan mengenalpasti  sama ada Tun Jana Khatib sengaja atau tidak menunjukkan kebolehannya di hadapan permaisuri. Selain itu, Paduka Seri Maharaja seharusnya bertindak secara rasional dan tidak menyalahgunakan kuasanya untuk membunuh orang sesuka hati. Tindakan Paduka Seri Maharaja terlalu kejam dan baginda patut menyayangi semua insan di dunia ini tanpa merampas hidup mereka.

3. Apakah masalah yang dihadapi oleh Singapura ketika pemerintahan Paduka Seri Maharaja? Apakah ikhtiar baginda untuk menyelesaikan masalah tersebut? (3m)
Jawapan:  Masalah yang dihadapi oleh Singapura ialah rakyat Singapura telah diserang oleh ikan todak. kebanyakan mereka telah terkorban akibat serangan ikan todak. Ikhtiar baginda untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah rakyat Singapura perlu berkubukan betis di tepi pantai. Namun demikian, ikhtiar baginda menyebabkan lebih ramai yang terkorban.

4.  Berdasarkan petikan prosa klasik tersebut, buktikan bahawa budak kecil itu seorang yang bijaksanaan.(2m)
Jawapan. Berdasarkan petikan prosa klasik tersebut, budak kecil itu seorang yang bijaksanaan kerana dia telah mencadangkan penggunaan batang pisang untuk menghalang serangan ikan todak. Akhirnya, serangan ikan todak dapat diatasi apabila batang pisang digunakan.

5. Pada pendapat anda, adakah tindakan Paduka Seri Maharaja membunuh budak itu wajar? Berikan alasan-alasan yang munasabah untuk menyokong jawapan anda. (3m)
Jawapan:  Pada pendapat saya, tindakan Paduka Seri Maharaja membunuh budak itu tidak wajar. Alasan yang munasabah untuk menyokong jawapan saya ialah budak tersebut telah berbakti kepada negara sehingga menyelamatkan nyawa rakyat singapura. selain itu, Paduka Seri Maharaja perlu menghargai kebijaksanaan budak kecil tersebut dan mendidiknya kerana budak kecil ini bakal menjadi pemimpin. Paduka Seri Maharaja membunuh budak itu tidak wajar kerana budak  tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap baginda.

6. Sikap suka menabur fitnah dan menghasut orang lain merupakan sikap yang amat keji dan merugikan kita. Buktikan pernyataan ini dengan memberi satu contoh berdasarkan petikan di atas dan satu contoh lagi berdasarkan seluruh prosa klasik ini (3M)
Jawapan:Berdasarkan petikan di atas, Paduka Seri Maharaja telah menerima hasutan daripada pembesar sehingga sanggup membunuh budak kecil yang tidak berdosa. Pembesar telah menjelaskan bahawa kebijaksanaan budak kecil akan membawa padah terhadap baginda. Berdasarkan seluruh prosa klasik, Raja Iskandar Syah telah menerima hasutan daripada gundik-gundik sehingga menjatuhkan hukuman sula ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa.

7.Andaikan anda ialah Raja Iskandar Syah, apakah yang akan anda lakukan sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap anak Sang Rajuna Tapa? (3M)
Jawapan:  Andaikan saya ialah Raja Iskandar Syah, perkara yang akan saya lakukan sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap anak Sang Rajuna Tapa ialah saya akan menyiasat perkara sebenar. Saya akan berjumpa dengan anak Sang Rajuna Tapa untuk mengetahui perkara yang sebenar. Sekiranya dia melakukan kesalahan, saya akan memaafkannya kerana saya terlalu mencintainya.
8. Ceritakan rancangan Sang Rajuna Tapa yang membawa kepada kemusnahan negeri Singapura,(3m)
Jawapan:  Rancangan Sang Rajuna Tapa ialah Sang Rajuna telah mengirim surat kepada kerajaan Majapahit dan bersubahat dengan mereka untuk memusnahkan negeri Singapura. Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota Singapura kepada askar Majapahit. Semasa peperangan, Raja Iskandar Syah telah meminta Sang Rajuna Tapa mengagihkan beras kepada rakyat. Namun demikian, Sang Rajuna Tapa berpura-pura memberitahu Raja Iskandar Syah bahawa tiada bekalan beras untuk rakyat.
9. Pada pendapat anda, adakah tindakan Sang Rajuna Tapa itu wajar? Mengapa? (3m)
Jawapan:  Pada pendapat saya, tindakan Sang Rajuna Tapa itu tidak wajar. Hal ini disebabkan rakyat Singapura yang tidak berdosa telah terkorban dalam peperangan ini. Selain itu, Sang Rajuna Tapa perlu berbincang dengan Raja Iskandar Syah dan meminta baginda menyiasat semula perkara yang sebenar. Tindakan Sang Rajuna Tapa juga tidak wajar kerana Sang Rajuna Tapa tidak seharusnya mengaitkan urusan keluarga dengan urusan negara.

Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21283
Latest: apparnesadoUM
Stats
Total Posts: 254486
Total Topics: 21168
Online Today: 302
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 10
Guests: 265
Total: 275
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.092 seconds with 27 queries.