Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 04:43:10 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 03:24:16 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: pengajaran karangan: topik makanan seimbang  (Read 1678 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: May 09, 2008, 11:42:56 PM »

Makanan Seimbang

Apakah itu makanan seimbang?

1. Mengikut sumber terbaru dari U.S. Food and Drug Administration, makanan seimbang mestilah mengandungi:

   •     6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi.
   •     3-5 hidangan dari kumpulan sayuran hijau.
   •     2-4 hidangan dari kumpulan buah-buahan.
   •     2-3 hidangan dari kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang.
   •     2-3 hidangan dari kumpulan hasilan tenusu iaitu susu, keju dan dadih.
   •     Lemak dan minyak hendaklah diambil sedikit yang mungkin.

Kepentingan makanan seimbang

1. Daya tahanan yang tinggi daripada serangan penyakit
-Tiamina (Vitamin B1)
Biji bunga matahari, makanan dari bijirin dan kekacang kering
Perlu untuk metaboliesma karbohidrat dan otot. Meningkatkan fungsi saraf dengan sempurna.
- Riboflavin (Vitamin B2)
Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan
Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.
-Niasin (Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.
Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).


2. Tumbesaran kanak-kanak
-makanan seimbang penting untuk anak-anak sejak kecil lagi mampu meningkatkan pertumbuhan fizikal serta memperbaik keupayaan mental mereka.
-amalan memberikan pemakanan seimbang yang mencakupi karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral kepada anak-anak secara konsisten dapat mencegah serangan penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis ketika mereka dewsa kelak.

3. Pesonaliti yang cergas dan meyakinkan
-makanan seimbang sudah tentu memberi manfaat kepada seseorang
- seseorang akan kelihatan sihat dan cergas serta mempunyai produktiviti tinggi dalam pekerjaan ataupun pengurusan.
-sudah tentu syarikat gergasi tidak akan memilih calon yang sering sakit ataupun mempunyai masalah kesihatan sebagai pekerja mereka.

4. Menjimatkan kos perubatan
-apabila sihat, sudah tentu kos perubatan boleh diminimukan
-pada zaman moden, ramai institusi keluarga terpaksa memperuntukkan kos perubatan untuk setiap bulan. Sekiranya amalan makanan seimbang dipraktikkan, sudah tentu  insititusi keluarga tidak perlu pening kepala untuk memikirkan wang untuk membeli ubat ataupun pembedahan. Kadangkala kos pembedahan membelanja beribu-ribu ataupun berpuluh ribu.



Faktor-faktor pengabaian makanan seimbang
1. Tahap kesedaran makanan seimbang yang rendah
-masyarakat kurang sedar tentang kepentingan makanan seimbang kerana kurangnya pendedahan.
-kempen kesedaran makanan seimbang juga dilaksanakan secara bermusim. Jadi, tidak hairanlah semangat mengamalkan makanan seimbang mudah luntur dengan begitu cepat.

2.  Budaya makanan segera
-promosi makanan segera yang begitu menyelerakan sudah tentu meluntun hati pembeli untuk mencubanya. Selain itu, masyarakat yang dihimpit dengan lambakan tugasan harian nescaya memilih jalan pintas untuk mengisi perut yang kosong. Makanan segera bukan sahaja memudahkan dari aspek penyediaan malah menjimatkan masa, wang dan tenaga.

3.  Tekanan sosioekonomi
-kadangkala terdapat juga sebilangan institusi keluarga yang daif dalam kehidupan sukar untuk mengamalkan makanan seimbang.
-tekanan pekerjaan yang menelan masa yang panjang sudah tentu sukar bagi seseorang menyediakan makanan yang seimbang.


Kekurangan makanan seimbang
1. Serangan Penyakit/penyakit kronik
Niasin (Vitamin B3) -
Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.
Lebih Dos:
Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah jantung.

Piridoksin (Vitamin B6)
Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang
Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.
Kekurangan:
Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan.
Lebih dos:
Kerosakan pada sistem saraf.


2. Kurangnya produktiviti dan tidak bersemangat
-makanan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang mudah menghidap penyakit dan sudah tentu mengganggu produktiviti mereka.
-keadaan ini sudah tentu merugikan syarikat yang mengaji pekerja yang kurang produktif.

3. Meningkatkan kos perubatan
-badan yang tidak sihat sudah tentu akan memerlukan rawatan. Sekiranya penyakit kronik yang dihidap, kos perubatan juga berlipat ganda.
-keluarga yang kurang mampu nescaya bergantung kepada pihak kerajaan. Keadaan ini telah membebankan pihak kerajaan yang terpaksa memperuntukkan lebih banyak utnuk pembiayaan  kos perubatan rakyat.


 GUNA DAN AMALKAN PRINSIP-PRINSIP PEMAKANAN SIHAT

Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli keluarga dipenuhi adalah dengan mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu :

   •    Makan pelbagai jenis makanan
     Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan  mendapat semua khasiat makanan yang diperlukan. Gunakan Piramid  Makanan sebagai panduan untuk memilih makanan sekeluarga.

   •    Makan bijirin dan kekacang secukupnya
     Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan  serat terutamanya bijirin atau hasil bijirin mil penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun.

     Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ianya juga kaya dengan  protin dan mempunyai kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang  adalah kacang soya, kacang pis dan kacang dhal.

   •    Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
     Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang  rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin  C, asid folik, zat besi dan kalsium yang kesemuanya penting untuk  kesihatan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga kaya dengan serat.  Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk  melawaskan pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit  sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus (diverticular  diseases). Serat juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit  jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.

   •    Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
     Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang  berlebihan daripada makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat  badan. Jika berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan makanan  dan tingkatkan aktiviti fizikal.

   •    Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
     Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu  menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K.  Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan.  Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan  sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan  berat badan anda bertambah. Lemak yang berlebihan meningkatkan  risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah  kesihatan yang lain.

   •    Kurangkan pengambilan garam dan gula
     Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan  garam dan gula dan lebihkan makanan segar. Jika menggunakan kicap  atau sebarang sos, garam tidak perlu ditambah di dalam masakan.  Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum menambah garam. Kurangkan  juga penggunaan gula dalam penyediaan minuman dan kuih muih.

   •    Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari
      Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal  suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan  untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika kita  melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Minumlah air sebanyak enam  hingga lapan gelas sehari. Dan dalam keadaan-keadaan tertentu  seperti bekerja di dalam bilik berhawa dingin, minumlah air dengan  banyak walaupun tidak merasa dahaga.


KESIMPULAN
Makanan seimbang amat penting dalam kehidupan manusia yang sihat. Justeru, masyarakat perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang dan mengamalkan amalan ini untuk sepanjang hayat.


Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Dylen De
SK Bintulu
Teacher
Hero Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2202


is in the games


« Reply #1 on: May 09, 2008, 11:47:30 PM »

Banyak artikel yang cikgu pos kan...Great!
Well done....
Harap pelajar dan guru mendapat menambah pengetahuan ... Cheesy
Logged

Dylen Dedo
SK Sg Duan Mukah
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21283
Latest: apparnesadoUM
Stats
Total Posts: 254486
Total Topics: 21168
Online Today: 302
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 10
Guests: 264
Total: 274
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.106 seconds with 26 queries.