Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
Fame: 4
Offline
Gender: 
Posts: 236
org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!
|
 |
« on: May 09, 2008, 11:56:29 PM » |
|
soalan dan jawapan untuk cerpen: Tragedi dan Virus Zel untuk Abah
TRAGEDI
1. Apakah keputusan yang diputuskan oleh pihak mahkamah terhadap kes kemalangan yang menimpa Iswan? (3m) Jawapan: Keputusan yang diputuskan oleh pihak mahkamah terhadap kes kemalangan yang menimpa Iswan… -George tidak dibenarkan memandu kereta selama 5 tahun -menemui kaunselor psikologi bagi menguji sikap dan tindakannya -tidak dibenarkan mengambil minuman keras
2. Apakah peristiwa yang menimbulkan konflik kepada George Bulang?(3m) Jawapan: Peristiwa yang menimbulkan konflik kepada George Bulang… -Dia berasa bersalah dan menganggap dirinya sebagai pembunuh kepada rakan sendiri, Iswan -Dia amat sedih kerana kehilangan rakan sekolahnya yang sangat rapat dan mesra. -Dia menyesal dengan tindakan membawa kereta dalam keadaan mabuk.
3. Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada cerpen? (4m) Jawapan: Pada pendapat saya, pengajaran yang dapat diperoleh daripada cerpen… -jangan sesekali kita memandu dalam keadaan mabuk kerana boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. -kita hendaklah mengetahui bahawa seseorang hanya boleh memandu setelah mendapat lesen yang sah dan orang tersebut perlu memandu dalam keadaan yang penuh berhati-hati. -kita hendaklah sentiasa mematuhi segala peraturan yang disediakan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain. -kita perlulah mengakui kesalahan diri setelah kita melakukan kesalahan.
4. Siapakah Iswan yang dimaksudkan dalam petikan cerpen tersebut? (3m) Jawapan: Iswan yang dimaksudkan dalam petikan cerpen tersebut … -Iswan ialah anak kepada Pak Ismawan yang cukup istimewa -Dia seorang anak yang pandai mengambil hati dan menggembirakan keluarganya, jiran dan sahabatnya. -Dia selalu kelihatan riang dan tidak pernah memikirkan orang lain jahat.
5. Apakah sumbangan Iswan dalam bidang sukan? (3m) Jawapan: Sumbangan Iswan dalam bidang sukan … -dia merupakan pemain nombor empat dalam permainan badminton. -bintangnya dalam dunia sukan amat terserlah dan merupakan pemain harapan negara. -dia juga merupakan salah seorang pemain yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia kerana pernah menewaskan pemain dari dalam dan luar negara.
6. Selain faktor kelalaian dan memandu dalam keadaan mabuk, apakah faktor-faktor lain yang menyebabkan kemalangan di jalan raya? (3m) Jawapan: selain faktor kelalain dan memandu dalam keadaan mabuk, faktor-faktor lain yang menyebabkan kemalangan di jalan raya… -faktor pemandu itu sendiri kerana tidak mematuhi peraturan di jalan raya, memandu melebihi had laju, sikap mementingkan diri dan cara pemanduan yang membahayakan. -faktor cuaca juga turut menyumbangkan ke arah peningkatan kemalangan di jalan raya. -keadaan fizikal kenderaan juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya seperti brek yang tidak berfungsi, keadaan tayar yang tidak berbunga.
7. Selepas peristiwa tersebut, Pak Ismawan telah menerima undangan untuk berucap di suatu majlis. Pada pendapat anda, mengapakah agaknya Pak Ismawan menerima undangan tersebut? (3m) Jawapan: Pada pendapat saya, Pak Ismawan menerima undangan tersebut kerana… -Pak Ismawan ingin berkongsi pengalamannya atas kematian anaknya akibat perbuatan remaja yang memandu tanpa lesen dan memandu dalam keadaan mabuk. -Beliau juga berhasrat pengalamannya dapat memberikan kesedaran kepada golongan remaja betapa peritnya kehilangan seorang yang dikasihi kerana kelalaian memandu. -Pak Ismawan berharap ibu bapa yang lain perlu mengambil berat terhadap anak mereka agar tidak melanggar peraturan lalulintas.
8. Siapakh Pak Ismawan dalam cerpen berjudul “Tragedi”?(3m) Jawapan: Pak Ismawan dalam cerpen berjudul “Tragedi” … -seorang yang mengalami kesedihan kerana pemergian anak yang disayangi, iaitu Iswan. -setiap hari dia menangis dan berasa pilu terutama mengimbau kembali kenangan bersama Iswan. -Pak Ismawan seorang tabah dan pasrah menerima takdir Allah. -Beliau tidak menaruh perasaan dendam terhadap orang yang bertanggungjawab atas kematian anaknya itu.
Virus Zel untuk Abah
1. Apakah peristiwa yang menimpa mama satu dasawarsa(peristiwa) yang lalu? (3M) Jawapan: Peristiwa yang menimpa mama satu dasawarsa(peristiwa) yang lalu… -abah menceraikan mama dan berkahwin dengan Aunt Pah. -peristiwa tersebut telah menyebabkan mama dan Zel kehilangan abah dan terputus ikatan kasih sayang yang sejati. -mama telah ditinggalkan oleh abah dan menjadi ibu tunggal.
2. Apakah hubungan antara Zel dengan Abang Awi? (3m) Jawapan: Hubungan antara Zel dengan Abang Awi … -Zel dan Abang Awi merupakan adik-beradik tiri. -Abang Awi merupakan anak abah yang pertama daripada isteri yang kedua dan merupakan pegawai muda di MACPA. -Mereka memang rapat tetapi tidak sehaluan.
3. Apakah nilai dan pengajaran yang dapat diperoleh daripada cerpen tersebut? (4m) Jawapan: Nilai yang dapat diperoleh daripada cerpen tersebut… -Nilai hormat-menghormati ibu bapa. Nilai ini tergambar melalui watak Zel yang sangat menghormati dan menyayangi mamanya. - Nilai baik hati. Ibu Zel melarang Zel memusuhi ayah dan keluarga baru ayahnya.
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada cerpen tersebut … -kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup. Walaupun ibu Zel telah bercerai dengan suaminya, tetapi dia tetap tabah meneruskan hidupnya dan cuba sedaya upaya memberi layanan terbaik untuk Zel. -Kita patut melengkapkan diri dengan pengetahuan komputer. kita perlu mencontohi ibu Zel yang begitu mahir dalam bidang komputer sehingga berupaya memiliki syarikat komputer.
4. Apakah peristiwa yang menyebabkan Zel menghadapi konflik dalam petikan cerpen? (3m) Jawapan: Peristiwa yang menyebabkan Zel menghadapi konflik dalam petikan cerpen… -mama dan abahnya sudah bercerai. -Dia berasa malu untuk berhadapan dengan kawan-kawannya yang langsung tidak pernah bersimpati dan memberi semangat kepadanya. -Dia menganggap keluarga Aunt Pah telah merampas kebahagiaan keluarganya.
5. Nyatakan sikap mama dalam petikan di atas. (3m) Jawapan: Sikap mama dalam petikan di atas ialah… -ialah mama merupakan seorang ibu yang baik dan paling disayangi oleh Zel kerana tidak mempunyai sikap membalas dendam terhadap abah Zel. -bersikap terbuka dengan membiarkan Zel mempunyai hubungan yang rapat dengan bekas suaminya. -Mama mempunyai sikap penyayang kerana memberi layanan yang sama meskipun timbulnya pelbagai kerumitan dalam keluarganya yang sudah bercerai-berai.
6. Sekiranya anda Zel, apakah tindakan yang akan diambil untuk merapatkan semula hubungan antara mama dan papa? Jawapan: Sekiranya saya Zel, tindakan yang akan diambil untuk merapatkan semula hubungan antara mama dan papa… -saya akan memujuk mama dan abah supaya berbaik semula. -saya tidak akan berputus asa malah terus mencuba untuk meminta abah merujuk semula pada mama. -saya terus menunjukkan sikap berbaik-baik dengan kedua-dua belah pihak sepanjang masa.
7. Huraikan watak Zel?(4m) Jawapan: Watak Zel ialah -Zel merupakan gadis berusia 20 tahun. -Dia sangat sayang akan emaknya. -Zel merupakan seorang yang tegas pendiriannya. keenganannya untuk menerima pendapat abang tirinya, Awi tentang warna baju ayah. -seorang yang emosional atau mengikut perasaan. Dia marah terhadap keluarga ayah baru sehingga mencipta virus untuk menyerang program ZQ 1308. -Zel mudah bersedih dan marah, pada suatu ketika hendak mengganggu keluarga baru ayahnya dengan cara serangan virus komputer.
GLOSARI
1. Kempen menghapuskan CD/VCD cetak rompak nampaknya umpama menjirus air di daun keladi sahaja. 2. Beliau berkata, tindakan tersebut bukan bermakna kementerian hendak mengambil sikap lepas tangan. 3. Keadaan mula berubah apabila terdapat sesetengah pihak telah mengambil pendekatan dengan mengoptimumkan sumber yang sedia ada. 4. Anugerah ini adalah untuk melahirkan peniaga yang bertanggungjawab, kompetitif dan menyediakan perkhidmatan yang unggul. 5. Aktiviti memancing yang sihat ini secara tidak langsung telah menyemai minat rakyat terhadap memacing dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan kaki pancing. 6. Arus globalisasi dan modenisasi yang melanda dunia kini, memanifestasikan kepincangannya dalam kehidupan masyarakat sarwajagat. Saban hari, kehidupan kita penuh dengan pancaroba dan masyarakat berlumba-lumba mengejar kekayaan agar dipandang tinggi. Isu sosial berkaitan dengan keruntuhan akhlak remaja juga hangat diuar-uarkan dan tidak pernah lekang daripada mulut masyarakat mutakhir ini. 7. kerajaan dan masyarakat harus menggembleng tenaga untuk menjayakan saranan tersebut. Kerajaan harus mengorak langkah yang komprehensif lagi efektif agar dapat membentuk remaja berdisiplin, berbudi bahasa dan berhemah tinggi. Hal ini seterusnya dapat mendorong menjayakan aspirasi negara.
|