Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 04:51:12 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 03:24:16 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: sistem penilaian satu delima  (Read 951 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« on: July 22, 2009, 07:38:00 PM »

Adakah ini sistem pendidikan yang boleh kita banggakan. Dalam menyiapkan folio pelajar tidak boleh gagal guru mesti pastikan semua pelajar buat kerja tersebut dengan apa cara sekalipun. walaupun sehingga dipaksa menyalin kerja rakannya pada saat akhir kerana tidak siapkan tugasan tersebut. seperti mana yang dapat dilihat sekarang  gurulah yang sediakan semua bahan dan pelajar hanya salin sahaja. itu pun masih tidak disiapkan.

apa pandangan anda dengan kelulusan yang dicapai oleh pelajar-pelajar ini.
Logged

Joseph (joransarawak)
SMK Lake Bau,
Sarawak
Guru Akademik Biasa
Wan Abdullah B. Wan Abdul Hamid
SK Tupong
Teacher
Senior Member
*

Fame: 25
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 247


Gambatte Kudasai


« Reply #1 on: July 22, 2009, 07:49:17 PM »

Di atas kertas murid itu bolehlah dikatakan lulus kerana dapat menyiapkan kerja/tugasan yang diberi. Namun hakikatnya kualitinya masih diragui kerana hasil kerja tersebut bukannya dibuat oleh murid itu sendiri. Kalau setakat menyalin bulat-bulat daripada kawan, isi kandungan nya dah tentulah tidak ada markah yang patut diberikan. Penilaian yang sepatutnya diberikan kepada murid tersebut cumalah pada kekemasan tulisan sahaja. Bukan penulisannya.
Pandangan peribadi saya begitulah seadanya.
Logged

Wan Abdullah
SK Rakyat Tupong, Petra Jaya, Kuching
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #2 on: July 22, 2009, 07:58:13 PM »

Memang tepat pandangan cikgu Wan Abdullah berkenaan subjek ini. Kalau diatas kertas memanglah murid ini lulus, hakikatnya adakah ini sebenarnya yang dikehendaki dalam ujian atau untuk menutup kelemahan guru. Kuantiti memang boleh dipertingkatkan kerana ianya boleh menaikkan peratus kelulusan. Tetapi kualitinya bagaimana cikgu, kalau disalin terus dari kawan isi kandungannya,bermakna murid ini tidak akan berfikir mencari jawapannya. Janji buat, asalkan lulus. Sama-sama kita fikirkan keberkesanan terhadap sistem penilaian ini.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1964


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #3 on: July 22, 2009, 08:01:44 PM »

Itulah realiti sistem pendidikan hari ini. Guru terpaksa membantu semata-mata untuk meluluskan pelajar tersebut sedaya upaya. Pelajar hari ini masih di manjakan oleh Sistem Pendidikan masa kini. Apabila peratus kelulusan menurun, gurulah yang dipersalahkan. Bagi pelajar, gagal dalam PMR masih boleh naik ke Tingkatan 4. Umpama tiada lagi sebarang rintangan yang perlu di lalui. Nasib baik UPSR tidak di mansuhkan. - Sekadar pandangan.
Logged

Kumaraveloo A/L Terpari @ Thirupathy
SMK Sri Aman, Sri Aman
Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh,sedarlah ianya proses menuju kematangan
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« Reply #4 on: July 22, 2009, 08:16:18 PM »

bagi saya perkara seperti itu tidak patut pun berlaku, tetapi ini arahan daripada penyelaras. maka terpaksalah guru kejar pelajar sampai ke saat akhir untuk siapkan tugasan tersebut.
Logged
Ramlee bin Kamis
SK Tawakal Satap
Teacher
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 50



« Reply #5 on: July 22, 2009, 08:29:27 PM »

pendemokrasian pendidikan objektifnya baik tetapi korbankan kualiti murid yang lahir hingga ke Tingkatan 5,  gagal macam manapun masih boleh sampai ke sana,  Huh Huh
Logged

Guru Data
SK Tawakal Satap
-tawakal perkasa, tawakal berjaya
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1964


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #6 on: July 22, 2009, 08:32:51 PM »

Tradisi amalan pendidikan di negara kita adalah guru memberikan segalanya kepada murid. Walaupun guru berusaha sedaya upaya membantu, tetapi pelajar masih lagi tidak berminat untuk menyiapkan folio yang menjadi sebahagian penilaian mereka untuk peperiksaan awam nanti. Lebih menyedihkan lagi, pelajar ini apabila di suruh menyiapkan folio, terus menghilangkan diri dan mengambil PJJ untuk berbulan-bulan sehingga di hari mengambil slip peperiksaan, muncul di sekolah bersama ibubapa dengan pelbagai alasan. Hanya guru itu saja yang dapat merasakan bertapa sakitnya hati... apabila analisa peperiksaan di keluarkan, pelajar ini menjadi antara punca penurunan peratus kelas/sekolah tersebut. Kemudian semasa di Tingkatan 4, mereka akan menghilangkan diri dan muncul semula di Tingkatan 5. Apakah daya kita sebagai guru menghalang mereka, tetapi kita juga yang akan dipersalahkan apabila Pengurusan Sekolah mendapati keputusan menurun, tanpa membuat postmortem.... Sekadar pandangan.

 
Logged
Ramlee bin Kamis
SK Tawakal Satap
Teacher
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 50



« Reply #7 on: July 22, 2009, 08:51:29 PM »

perkara sama berlaku di sr juga, tiba masa UPSR baru muncul muka, mcm magik pulak, kalau pndai takpa, ini memang pasti gagal.  ada pengalaman murid buat mcm ujian main2, esok ada lusa takda, mcm chipsmore, mmng wajar dpanggil dilemma,  Grin Grin
Logged
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« Reply #8 on: July 22, 2009, 11:38:46 PM »

Mungkin ramai lagi para pendidik boleh kongsikan pendapat anda.
Logged
Suhana Bt. Sarkawi
SMK Matang Hilir
Teacher
Full Member
*

Fame: 17
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 155


Not that wise but just teachable.. :)


« Reply #9 on: April 03, 2011, 03:31:36 PM »

Sistem pendidikan negara semakin tidak membina sahsiah pelajar dan selari dengan JERI.

Seolah-olah hanya mengutamakan gred dan markah ko-kurikulum. Penghayatan kurang.
Gred memang penting dalam matlamat ke Universiti, namun tanpa penghayatan, pelajar sebeginilah kurang cekap EQnya walaupun IQ tinggi.
Logged

Suhana Bt Sarkawi
' I have all the rights to choose'
Kow Pei Hoon
SMK Asyakirin Bintulu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16



« Reply #10 on: April 06, 2011, 09:22:04 PM »

Tiada gunanya jika pelajar dapat menghasilkan folio Pendidikan Moral yang hebat dan tampalkan gambar-gambar yang hanya untuk menyerikan folio. kebanyakan pelajar hanya tunjuk gaya untuk mengambil gambar tersebut, bukan benar-benar melakukan kerja amal atau tugasan seperti yang dinyatakan. apa gunanya pelajar menghafal semua  definisi nilai-nilai moral jika mereka tidak menghayati dan mempraktikkannya? Pd pandangan saya, tidak perlu susah-susah buat semua itu. tidak perlu wajibkan PM dalam peperiksaan SPM (membebankan pelajar juga) cukuplah sekadar perbincangan dalam kelas, seminggu sekali. Biarlah guru kelas dan semua guru mata pelajaran menilai kelakuan dan sahsiah pelajar berdasarkan nilai-nilai moral yang disenaraikan. kemudian beri gred untuk setiap nilai tersebut. sediakan sijil nilai-nilai moral untuk setiap pelajar apabila mereka menamatkan persekolahan dan sijil itu wajib dibawa untuk temuduga sama ada bertujuan melanjutkan pelajaran atau memohon kerja. Pastinya, masalah disiplin dapat dikawal serba sedikit jika sistem ini dilaksanakan.  Wink
Logged

Kow Pei Hoon
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« Reply #11 on: April 07, 2011, 10:05:45 AM »

persoalan asal yang kita bincang adalah adakah patut guru disuruh arahkan pelajar supaya salin mana-mana folio rakannya pada saat akhir untuk diberikan penilaian. apakah keesahan dan kesahihan penilaian
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21283
Latest: apparnesadoUM
Stats
Total Posts: 254486
Total Topics: 21168
Online Today: 302
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 12
Guests: 243
Total: 255
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.095 seconds with 26 queries.