1.Berdasarkan novel yang anda baca, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.(7m)
Berdasarkan novel Terminal Tiga yang telah saya baca, pengarang telah memaparkan pelbagai latar tempat dalam karyanya.
Latar tempat rumah keluarga Rimpa di pedalaman Sabah. Tempat Rimpa dapat bertemu semula dengan ayahnya yang telah meninggalkan rumah selama sepuluh tahun. Tempat inilah Rimpa dibesarkan oleh ibunya.
Latar tempat Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur. Tempat Rimpa bersama-sama dengan rakan-rakannya, Azlina, Sabri, dan Jasmin mengikuti kuliah tentang kesusasteraan. Di sinilah tempat Rimpa mengikut kursus penulisan kreatif.
Latar tempat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang. Tempat Rimpa terkandas selama beberapa jam kerana penerbangan ke Kota Kinabalu ditangguhkan sebagai akibat Jerebu.
Latar tempat rumah Bang Maily. Tempat Rimpa menumpang sebaik sahaja tiba dari Kuala Lumpur pada waktu malam.

TERMINAL TIGA
(4) Pelbagai latar masyarakat dapat dikutip dalam sesebuah novel. Berikan contoh latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (8m)
LATAR MASYARAKAT
Berdasarkan novel Terminal Tiga yang saya baca, pengarang telah memaparkan pelbagai latar masyarakat dalam novel tersebut.
Masyarakat bandar mementingkan pendidikan merupakan latar yang diutarakan oleh pengarang. Sebagai contoh, Bang Maily merupakan masyarakat bandar yang mementingkan pendidikan. Oleth itu, Bang Maily menggalakkan Rimpa melanjutkan pengajiannya, iaitu penulisan kreatif. Rimpa ingin mengubah kehidupan keluarganya yang miskin
Latar masyarakat novel ini juga merujuk sebilangan ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Ayah Rimpa merupakan ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab kerana mengabaikan kewajipannya menjaga keluarga. Ayahnya telah menghilangkan diri selama sepuluh tahun.
Konsep integrasi nasional juga digarap oleh penulis untuk menunjukkan amalan masyarakat dalam novel tersebut. Tiada masalah yang tercetus antara masyarakat Malaysia Timur, iaitu Rimpa dengan teman-teman sekuliahnya dari Semenanjung Malaysia seperti Azlina, Jasmin dan Sabri.
Kepelbagaian sosioekonomi masyarakat sabah ialah latar yang cuba ditonjolkan oleh pengarang. Masyarakat bandar menceburi dalam bidang kolar putih ( pejabat). Bang Maily bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kebudayaan negeri Sabah. Masyarakat luar bandar menceburi dalam bidang pertanian. Ibu Rimpa mengusahakan tanaman kubis, tomato dan asparagus

1.Huraikan empat pengajaranyang terdapat dalam novel yang anda pelajari. (

Jawapan:
-kita hendaklah gigih berusaha untuk memperoleh kejayaan. contoh…
(Rimpa berusaha dengan gigih untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan semata-mata untuk mengubah hidup keluarganya dan mengasah bakat yang sedia ada. Walaupun menghadapi kekangan wang, tetapi Rimpa tetap pendiriannya untuk melanjutkan pelajaran.
-kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain.
(Bang Maily merupakan seoarang yang baik hati kerana sering memberi bantuan kepada Rimpa. Beliau sering menggalakkan Rimpa melanjutkan pelajaran di ASK. Selain itu, Bang Maily membantu Rimpa mengurus permohonana biasiswa.)
-kita hendaklah mentaati perintah tuhan
(setelah memeluk agama Islam, Rimpa tidak lupa akan tanggungjawab menunaikan sembahyang lima waktu di mana-mana sahaja ketika dia berada.)
-kita hendaklah mengenang budi/ jasa orang terhadap kita.
(Rimpa perlu mengenang jasa Bang Maily yang telah berusaha menggalakkan Rimpa melanjutkan pelajaran dan membantunya dalam urusan permohonan biasiswa./ Rimpa perlu mengenang jasa Ruzaini yang sering mengutus surat kepada Rimpa untuk menceritakan perkembangan kampung dan keluarganya.)