Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
Fame: 4
Offline
Gender: 
Posts: 236
org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!
|
 |
« on: May 11, 2008, 03:57:21 AM » |
|
Latihan peribahasa
set a Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut. (i) Razak telah bertaubat dan tidak mahu minum arak lagi setelah dia tahu akan keburukannya meminum minuman keras.
(ii) Harga yang terdapat di kedai pakaian itu ialah harga tetap dan tidak boleh ditawar-tawar lagi.
(iii) Walaupun Shamsul sangat lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris tetapi berkat kerajinan dan ketekunannya dia lulus juga dalam peperiksaan itu.
set b
Pak Mahat memang orang susah. Hidupnya………………………. Dia terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarganya. Jika dia tidak bekerja, anak-anaknya tidak dapat makan pada hari itu. Walau bagaimanapun, keluarganya hidup aman dan damai. Kalau ada berlaku perselisihan antara anak-anaknya, perkara itu tidak berpanjangan dan akhirnya mereka akan berbaik semula kerana……………………..Pak Mahat mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, Pak Mahat selalu menabung dan berjimat cermat ketika berbelanja;………………….. Dia berharap agar duit simpananya cukup untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anaknya nanti.
set c
Mohsin dan Melati memiliki anak kurang upaya. Banyak orang yang mengetahui bahawa mereka menghadapi kesukaran menjaga anak mereka yang kurang upaya. Walaupun banyak orang yang cuba menyelami kesukaran mereka, beban sebenar permaslahan itu hanya dapat dirasai oleh suami isteri tersebut. Kesukaran yang dilalui oleh mereka setiap hari menyebabkan mereka terbiasa dengan masalah tersebut. Walaupun anak mereka kurang upaya, mereka menjaganya dengan penuh kasih sayang.
set d
(i) Corak pentadbiran syarikat itu mula berubah apabila syarikat itu diambil alih oleh pengarah syarikat yang baharu. (ii) Amin tidak lagi mempercayai kata-kata Daniel kerana Daniel pernah membohonginya dulu. (iii) Salim telah diamanahkan menjaga harta-harta milik arwah abangnya tetapi Salim tidak amanah kerana dia telah menjual kesemua harta tersebut untuk dirinya seorang.
set e
Hati Mak Som makin terhiris oleh cerita orang kampung bahawa anaknya Hadi tidak lulus peperiksaan di universiti dan oleh sebab itulah Hadi terpaksa bekerja di kebun. Hadi cuba menenangkan perasaan orang tuanya. Dia yakin akan tindakan yang dilakukannya. Biarlah orang kampung mencela, mengejek, atau memperkatakan apa-apa saja tentang dirinya, sedikitpun tidakk memberikan kesan kepadanya. Sebenarnya Mak Som dan Pak Sahak berasa bimbing jikalau pekerjaan yang dilakukan oleh Hadi hanya sia-sia dan tidak mendatangkan hasil, malah merugjikan dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, Hadi tetap tegas dnegan pendiriannya. Dia berjanji akan melakukan pekerjaan itu dengan sungguh-sungguh sehingga berjaya.
set f
Masih ada orang yang memperkatakan majlis perkahwinan itu walaupun majis itu sudah lama berlalu, kata orang……………………… Semua orang kampung mengatakan bahawa Mak Tijah menjual anak. Hantaran kahwinnnya sahaja berpulluh-puluh irbu. Jika berita itu benar, masakan kebanyakan orang memperkatakannya,……………… Mak tijah memang mata duitan. Selepas dibelikan motosikal oleh menantunya, Mak Tijah meminta dibelikan kereta pula. Nampaknya Mak Tijah………………………….
set g
(i) Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza (ii) Musuh yang sangat dekat dan berada dalam lingkungan sendiri (iii) mengikut nafsu masing-masing (iv) setiap manusia tetap akan melakukan kesalahan (v) maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan (vi) membuat kerja dengan tidak bersungguh-sungguh atau sambil lewa.
set h
(i) Masyarakat di kawasan perumahan itu mengamalkan sikap…………………………….. kerana sibuk dengan rutin harian dan tidak pernah bertegur sapa. (ii) Nasihat yang diberikan oleh emak keapda anaknya………………….kerana dia sedikit pun tidak menghiraukannya.
(iii) Pada Musiam perayaan, ada Segelintir pemandu teksi yang………………………..dengan mengenakan tambang yang tinggi keapda pelanggannya.
SENARAI PERIBAHASA YANG BOLEH DIGUNAKAN. NO PERIBAHASA CATATAN 1 melepaskan batuk di tangga tidak bersungguh-sungguh kerja 2. ada udang di sebalik batu terdapat niat yang tersirat semasa melakukan sesuatu 3. bumi mana yang tidak ditimpa hujan sesiapa juga pernah melakukan kesalahan 4. beraja di mata, bersultan di hati terlalu mengikut nafsu 5. musuh dalam selimut musuh yang terdekat dengan kita 6. rambut sama hitam, hati lain-lain semua orang pendapat berlainan 7 menangguk di air yang keruh mengambil kesempatan semasa kekacauan 8. seperti hujan jatuh ke pasir kerja yang sia-sia 9. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil berat orang lain 10. Belakang parang diasah lagikan tajam berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya 11. harga mati harga tetap(tiada diskaun) 12. sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan sesal dan membaiki kesalahan diri sendiri 13. air dicincang tidak akan putus hubungan yang tidak akan terputus 14. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kehidupan sederhana. 15. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit berjimat-cermat 16. bagai menatang minyak yang penuh menyayangi seseorang dengan penuh kasih sayang 17 alah bisa tegal biasa sudah biasa dengan keadaan 18. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul orang yang menanggung lebih merasai kesusahan 19. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu sekali ditipu, kali kedua akan lebih berhati-hati 20. sekali air bah sekali pantai berubah terdapat perubahan secara mendadak 21 Harapkan pagar, pagar makan padi. tidak amanah 22 Alang-alang berdakwat biar hitam/alang-alang mandi biar basah melakukan sesuatu biarlah sehingga sempurna 23 bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh kerja yang sia-sia 24 anjing menyalak bukit mahukan rumah perbuatan orang jahat yang mencela orang baik, tetapi orang baik tidak akan mendapat keburukan 25 makin murah makin menawar sikap tamak 26 tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata kalau tak melakukannya, tiada orang yang akan mengumpatnya. 27 rumah siap pahat berbunyi menyatakan pendapat walaupun keputusan telah diputuskan
|