Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 05:06:38 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 04:56:27 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Pendedahan peribahasa(7 latihan peribahasa dan jawapan) jangan lepaskan peluang!  (Read 1054 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: May 11, 2008, 03:57:21 AM »


Latihan peribahasa

set a
Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Razak telah bertaubat dan tidak mahu minum arak lagi setelah dia tahu akan keburukannya meminum minuman keras.

(ii) Harga yang terdapat di kedai pakaian itu ialah harga tetap dan tidak boleh ditawar-tawar lagi.


(iii) Walaupun Shamsul sangat lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris tetapi berkat kerajinan dan ketekunannya dia lulus juga dalam peperiksaan itu.

set b

Pak Mahat memang orang susah. Hidupnya………………………. Dia terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarganya. Jika dia tidak bekerja, anak-anaknya tidak dapat makan pada hari itu. Walau bagaimanapun, keluarganya hidup aman dan damai. Kalau ada berlaku perselisihan antara anak-anaknya, perkara itu tidak berpanjangan dan akhirnya mereka akan berbaik semula kerana……………………..Pak Mahat mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, Pak Mahat selalu menabung dan berjimat cermat ketika berbelanja;………………….. Dia berharap agar duit simpananya cukup untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anaknya nanti.

set c

Mohsin dan Melati memiliki anak kurang upaya. Banyak orang yang mengetahui bahawa mereka menghadapi kesukaran menjaga anak mereka yang kurang upaya. Walaupun banyak orang yang cuba menyelami kesukaran mereka, beban sebenar permaslahan itu hanya dapat dirasai oleh suami isteri tersebut. Kesukaran yang dilalui oleh mereka setiap hari menyebabkan mereka terbiasa dengan masalah tersebut. Walaupun anak mereka kurang upaya, mereka menjaganya dengan penuh kasih sayang.

set d

(i) Corak pentadbiran syarikat itu mula berubah apabila syarikat itu diambil alih oleh pengarah syarikat yang baharu.
(ii) Amin tidak lagi mempercayai kata-kata Daniel kerana Daniel pernah membohonginya dulu.
(iii) Salim telah diamanahkan menjaga harta-harta milik arwah abangnya tetapi Salim tidak amanah kerana dia telah menjual  kesemua harta tersebut untuk dirinya seorang.

set e

Hati Mak Som makin terhiris oleh cerita orang kampung bahawa anaknya Hadi tidak lulus peperiksaan di universiti dan oleh sebab itulah Hadi terpaksa bekerja di kebun. Hadi cuba menenangkan perasaan orang tuanya. Dia yakin akan tindakan yang dilakukannya. Biarlah orang kampung mencela, mengejek, atau memperkatakan apa-apa saja tentang dirinya, sedikitpun tidakk memberikan kesan kepadanya. Sebenarnya Mak Som dan Pak Sahak  berasa bimbing jikalau pekerjaan yang dilakukan oleh Hadi hanya sia-sia dan tidak mendatangkan hasil, malah merugjikan dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, Hadi tetap tegas dnegan pendiriannya. Dia berjanji akan melakukan pekerjaan itu dengan sungguh-sungguh sehingga berjaya.

set f

Masih ada orang yang memperkatakan majlis perkahwinan itu walaupun majis itu sudah lama berlalu, kata orang……………………… Semua orang kampung mengatakan bahawa Mak Tijah menjual anak. Hantaran kahwinnnya sahaja berpulluh-puluh irbu. Jika berita itu benar, masakan kebanyakan orang memperkatakannya,……………… Mak tijah memang mata duitan. Selepas dibelikan motosikal oleh menantunya, Mak Tijah meminta dibelikan kereta pula. Nampaknya Mak Tijah………………………….

set g

(i) Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza
(ii) Musuh yang sangat dekat dan berada dalam lingkungan sendiri
(iii) mengikut nafsu masing-masing
(iv) setiap manusia tetap akan melakukan kesalahan
(v) maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
(vi) membuat kerja dengan tidak bersungguh-sungguh atau sambil lewa.

set h

(i) Masyarakat di kawasan perumahan itu mengamalkan sikap…………………………….. kerana sibuk dengan rutin harian dan tidak pernah bertegur sapa.
(ii) Nasihat yang diberikan oleh emak keapda anaknya………………….kerana dia sedikit pun tidak menghiraukannya.


(iii) Pada Musiam perayaan, ada Segelintir pemandu teksi yang………………………..dengan mengenakan tambang yang tinggi keapda pelanggannya.


SENARAI PERIBAHASA YANG BOLEH DIGUNAKAN.
NO   PERIBAHASA   CATATAN
1   melepaskan batuk di tangga   tidak bersungguh-sungguh kerja
2.   ada udang di sebalik batu   terdapat niat yang tersirat semasa melakukan sesuatu
3.   bumi mana yang tidak ditimpa hujan   sesiapa juga pernah melakukan kesalahan
4.   beraja di mata, bersultan di hati   terlalu mengikut nafsu
5.   musuh dalam selimut   musuh yang terdekat dengan kita
6.   rambut sama hitam, hati lain-lain   semua orang pendapat berlainan
7   menangguk di air yang keruh   mengambil kesempatan semasa kekacauan
8.   seperti hujan jatuh ke pasir   kerja yang sia-sia
9.   bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing   mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil berat orang lain
10.   Belakang parang diasah lagikan tajam   berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya
11.   harga mati   harga tetap(tiada diskaun)
12.   sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan   sesal dan membaiki kesalahan diri sendiri
13.   air dicincang tidak akan putus   hubungan yang tidak akan terputus
14.   kais pagi makan pagi, kais petang makan petang   kehidupan sederhana.
15.   sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit   berjimat-cermat
16.   bagai menatang minyak yang penuh   menyayangi seseorang dengan penuh kasih sayang
17   alah bisa tegal biasa   sudah biasa dengan keadaan
18.   berat mata memandang, berat lagi bahu memikul   orang yang menanggung lebih merasai kesusahan
19.   sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu   sekali ditipu, kali kedua akan lebih berhati-hati
20.   sekali air bah sekali pantai berubah   terdapat perubahan secara mendadak
21   Harapkan pagar, pagar makan padi.   tidak amanah
22   Alang-alang berdakwat biar hitam/alang-alang mandi biar basah   melakukan sesuatu biarlah sehingga sempurna
23   bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh   kerja yang sia-sia
24   anjing menyalak bukit mahukan rumah   perbuatan orang jahat yang mencela orang baik, tetapi orang baik tidak akan mendapat keburukan
25   makin murah makin menawar   sikap tamak
26   tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata   kalau tak melakukannya, tiada orang yang akan mengumpatnya.
27   rumah siap pahat berbunyi   menyatakan pendapat walaupun keputusan telah diputuskan
Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Monna Kiaw
SMK Bandar Bintulu
Student
Veteran Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 537



« Reply #1 on: July 11, 2008, 11:03:22 PM »

Set A
i) sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan   
ii) harga mati
iii) Belakang parang diasah lagikan tajam   
« Last Edit: July 11, 2008, 11:06:08 PM by Monna Kiaw » Logged

Monna Kiaw
Form 6AA
SMK Bandar Bintulu
Monna Kiaw
SMK Bandar Bintulu
Student
Veteran Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 537



« Reply #2 on: July 11, 2008, 11:08:52 PM »

set b

Pak Mahat memang orang susah. Hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang . Dia terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarganya. Jika dia tidak bekerja, anak-anaknya tidak dapat makan pada hari itu. Walau bagaimanapun, keluarganya hidup aman dan damai. Kalau ada berlaku perselisihan antara anak-anaknya, perkara itu tidak berpanjangan dan akhirnya mereka akan berbaik semula kerana air dicincang tidak akan putus. Pak Mahat mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, Pak Mahat selalu menabung dan berjimat cermat ketika berbelanja; sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Dia berharap agar duit simpananya cukup untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anaknya nanti.


Logged
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« Reply #3 on: July 12, 2008, 08:20:37 AM »

Latihan A. Jawapan baik dan tepat. teruskan usaha anda Cheesy
Logged
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« Reply #4 on: July 12, 2008, 08:24:58 AM »

Jawapan latihan B juga tepat dan teruskan usaha anda. Adik perlu cuba semua latihan dan cikgu akan cuba sedaya upaya semak. Terima kasih kerana mencuba.
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21283
Latest: apparnesadoUM
Stats
Total Posts: 254487
Total Topics: 21168
Online Today: 302
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 12
Guests: 273
Total: 285
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.107 seconds with 26 queries.