Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 05:06:49 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 04:56:27 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Pengajaran karangan yang bertemakan semangat patriotik!  (Read 2325 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: May 11, 2008, 04:03:14 AM »


PENGENALAN
KEMERDEKAAN
-rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan –kali ke-48.
-hari kemerdekaan 31 ogos sudah sampai di ambang hidup rakyat malaysia.
-pelbagai program diadakan: program perarakan dan pertandingan diadakan.
-berundurnya pihak penjajah dan diganti dengan pemerintahan oleh rakyat tempatan. Tempat jam 12.00 tengah malam, 31 ogos 1957 seluruh rakyat Malaysia berbangga kerana usaha membebaskan Negara daripada belenggu penjajah akhirnya mencapai kejayaan.
-Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah banyak mencurahkan jasa dan keringat serta pengorbanan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. Hasil pengorbanan dan jerit payah Perdana Menteri serta beberapa pemimpin yang lain, pada tahun 31 ogos 1957 Tanah Melayu telah diisytiharkan atau diproklamirkan bebas daripada penjajahan
-tarikh bersejarah yang penuh keramat ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat Malaysia terutama generasi yang masih ada yang mengalamai susah payah hidup pada zaman pemerintahan Jepun dan juga British.
-semangat patriotisme dan nasionalisme perlu menusuk jiwa mereka

Semangat Patriotisme
-perasaan taat setia merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau  penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun.
-sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun manusia.
-mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada cengkaman penjajah, kita tidak boleh mengharapkan orang lain sebaliknya sikap patriotik ini perlu lahir daripada kalangan anak watan sendiri.
-anak watan perlu berjuang menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara merdeka yang lain.
-rakyat perlu sedar akan bahawa tahun-tahun 1960-an merupakan suatu dekad harapan dan pengisian kemerdekaan….zaman mendung yang diselubungi oleh awan gelap.
-Negara kita boleh dikatakan lahir sebanyak dua kali. kelahirannya yang pertama dilambangkan oleh pengisytiharan kemerdakaan pada 31 ogos 1957. Harapan dan keriangan telah mengiringi pencapaian kemerdekaan pada hari yang mulia itu. pada September 1963 pula, negara ini telah dilahirkan semula harapan dan kegembiraan disulami pula dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Mujurnya, kesemua cabaran yang direntasi oleh negara ini akhirnya ditangai dengan kejayaan dan masih dikecapi oleh generasi masa kini.
-Hari Kemerdekaan yang diadakan setiap tahun haruslah disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang harga sebuah kemerdekaan. kita tidak ingin semangat cinta akan negara semakin pudar kerana kealpaan kita diulit kemewahan hidup dan pengaruh budaya dari luar. Oleh itu,  rakyat perlu bertanggungjawab dan beriltizam untuk memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara dan kekal buat selama-lamanya.

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK/PATRIOTISME

1. Penubuhan Sekolah Wawasan merupakan salah satu cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak watan
-jalan terbaik menyelesai dan menangani isu pemisahan kaum sejak peringkat awal
-pelaksanaan sistem berkenaan mampu memberi kefahaman awal tentang integrasi nasional dengan lebih cepat dan berkesan.
-memberi penekanan terhadap percampuran pelajar dari tiga aliran yang berbeza
-sekolah wawasan berkonsepkan tiga aliran sekolah iaitu sekolah kebangsaan, SJK Cina dan SJK Tamil yang ditempatkan dalam satu kawasan.
-setiap sekolah masih menggunakan bahasa pengantar masing-masing
-setiap jenis sekolah mengekalkan identiti asal sekolah masing-masing tetapi kelainannya ialah mereka digalakkan berkongsi kemudahan seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang
-keharmonian dan sikap menghormati pasti dapat dipupuk kerana pelajar berbilang kaum berkongsi kemudahan sama dalam kawasan yang sama
-konsep Sekolah Wawasan telah menyediakan ruang terbaik untuk generasi pelapis dari sekolah tiga aliran selain berinteraksi secara positif serta memperkasakan jalinan perpaduan.

2. Kepentingan Program Khidmat Negara sebagai perintis semangat patriotisme
-Program Khidmat Negara disasarkan untuk pelajar lepasan SPM
-bertujuan melahirkan warga yang berdisiplin, berdaya saing, berkarisma tinggi serta merupakan satu langkah yang murni dalam memupuk semangat patriotisme
-mekanisme penting dalam usaha membina integriti kaum
-pelbagai lapisan kaum disatukan dalam program ini
-menyemai sikap bertanggungjawab, toleransi, dan tolongan menolong antara satu sama lain dalam pelbagai elemen.
-fokus yang paling utama adalah untuk mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja
-Program Khidmat negara Ala Malaysia ini berbentuk program kemasyarakatan dan kesukarelaan yang membolehkan semua kaum berinteraksi antara satu sama lain
-program ini dapat mengurangkan polarisasi antara mereka dan merapatkan hubungan perpaduan di kalangan belia dan remaja Malaysia yang terlibat
-mendalami modul kenegeraan----memupuk semangat cinta kepada negara
 
3 Hari Perpaduan memupuk semangat patriotik
-Hari perpaduan disambut pada 16 september
-berdasarkan persetujuan jemaah menteri bertarikh 8 Julai 1992 sempena mengingati tarikh persekutuan Malaysia dibentuk dengan negeri-negerinya termasuk Sabah dan Sarawak yang bersatu di bawah satu bendera
-memupuk dan meningkatkan semangat patriotik yang ada dalam diri kita
-rakyat perlu sedar akan seseorang perlu saling menghormati antara satu sama lain, hidup aman dan harmoni
-melalui Hari Perpaduan ini rakayat perlu sedar akan kepentingan semangat patriotisme  merupakan tunjang keutuhan dan keselamatan negara.
-mengelakkan berlakunya tragedi yang meninggalkan titik hitam negara pada 13 Mei 1969 telah membuka mata semua pihak bahawa semangat patriotisme dan keharmonian amat penting untjk negara.
-Hari Perpaduan perlu diadakan setiap tahun adalah untuk menyedarkan masyarakat supaya janganlah menganggap bahawa perpaduan di negara ini telah mantap sehingga tidak perlu lagi berusaha untuk  mempertingkatkan semangat patriotisme yang sedia ada.
-sempena Hari Perpaduan, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti forum, ceramah, dialog, pameran, pertandingan menulis esei dan puisi yang bertemakan perpaduan kaum.

4. Semangat Patriotisme dalam konteks agama dan pendidikan moral memang digalakkan malahan diberi keutamaan
-ajaran Islam sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya menghormati hak orang lain, hak sesama Islam, hak jiran dan sebagainya.
-semangat patriotisme antara kaum dalam sesebuah masyarakat merupakan wahana yang membolehkan umat beribadat dengan aman dan selamat.
-selain pendidikan agama Islam, pendidikan moral yang diajar di sekolah juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
-pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai yang boleh bangkit memperjuang dan menjaga kedaulatan negara agar tidak mudah dibaham oleh mana-mana kuasa asing
-pepatah melayu, Bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

5. Dalam bidang pendidikan, saranan kerajaa agar mewujudkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah untuk menyemai semangat cinta dan dan taat kepada negara.
-melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi sebarang ancaman di negara ini.
-para pelajar sentiasa diingatkan tentang pentingnya semangat patriotisme antara kaum di Malaysia.
-Apabila pelajar tersebut dewasa, mereka akan sentiasa menghayati konsep yang terkandung dalam Rukun negara untuk sama-sama membangunkan negara.
-menghasilkan suatu gerakan nasional yang menjadi benteng bagi mempertahankan perpaduan negara.
-sekolah dan generasi muda menjadi sasaran kepada usaha untuk menyedarkan kepentingan semangat patriotisme negara.
-kelab Rukun Negara yang dicadangkan itu boleh muncul sebagai suatu persatuan penting di sekolah kerana dapat menjadi tempat untuk menyemai semangat patriotisme.

6. …Sambutan Perayaan secara beramai-ramai merupakan salah satu wahana integrasi rakyat pelbagai kaum untuk memupuk semangat patriotisme.
-mengeratkan silaturahim melalui penghayatan perayaan, peluang meraikan tetamu dengan lebih tersusun dan “bersungguh-sungguh”
-majlis rumah terbuka …berbilang kaum akan menyambut bersama-sama
-menikmati juadah bersama-sama
-hambatan duniawi dan masing-masing memikul pundak berat…jarang berpeluang bersama-sama…
-oleh itu, majlis rumah terbuka merupakan satu peluang keemasan sanak-saudara dan sahabat handai bertemu…
-berasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini dapat dilihat dalam sambutan Rumah Terbuka Malaysia. Semua pihak sama ada kerajaan, swasta atau orang perseorangan berganding bahu untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan itu. Kesepakatan rakyat Malaysia terserlah apabila mengendalikan majlis yang seumpama ini. Oleh yang demikian, program ini perlu diadakan lebih kerap dan diperluas ke seluruh negara.
-intergasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan semangat patriotisme antara rakyat
7.  Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Semangat Patriotisme boleh dipupuk.
-Semua aliran sekoalh menggunakan bahasa yang sama (bahasa Melayu) dan kurikulum yang sama.
-sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi patriotik
-kerajaan juga memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988.
-kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
-langkah Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran Sejarah dan Kajian Tempatan sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan pelajar.
-para pelajar diajar mengkaji, menyelidik dan menganalisis  peristiwa sejarah dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah.
-sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada para pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum.
-Kajian Tempatan dijadikan mata pelajaran teras bagi  semua murid sekolah rendah
-Kajian Tempatan mengandungi eleman-eleman pengetahuan sejarah dan geografi
-Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar
-Kementerian Pelajaran Malaysia “menghidupkan” kembali pengajaran mata pelajaran kesedaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah seperti pada akhir dekad 1970-an. Jawatankauasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu mencadangkan supaya mata pelajaran Kesedaran Sivik diajar di peringkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme dan bersatu padu.
-melahirkan rakyat yang berperwatakan positif.


Kesimpulan
-semangat patriotisme dapa membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi
-pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangun negara
-industri pelancongan dapat dikembangkan
-negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai
-negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai negara maju bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa negara tersebut.









Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21283
Latest: apparnesadoUM
Stats
Total Posts: 254487
Total Topics: 21168
Online Today: 302
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 12
Guests: 274
Total: 286
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.081 seconds with 27 queries.