Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 05:07:53 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 04:56:27 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: aktiviti kadet peringkat sekolah  (Read 1452 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Celestine Michael
SMK Bau
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 58



« on: July 30, 2009, 07:45:29 PM »

boleh cikgu-cikgu sekalian memberi beberapa cadangan aktiviti kadet yang boleh diadakan di sekolah sama ada membabitkan pihak polis atau pihak guru sahaja. aktiviti yg bermain difikiran sy adalah sprti pertandingan kawat, program rakan cops, cegah jenayah dan berkhemah. ada tak aktivit lain yg sy tidak ketahui, maklum sj lah agak br dlm bidang nie.
Logged

Celestine Michael
Guru Akademik
SMK Bau
Sain Anak Akong
SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed
Teacher
Senior Member
*

Fame: 47
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 348



« Reply #1 on: July 31, 2009, 04:53:45 PM »

Tertarik hati nak memberi sedikit pandangan secara peribadi untuk cikgu Celestine..semasa jadi kadet polis pada zaman persekolahan dulu, kami juga terlibat dlm aktiviti masyarakat spt gotong-royong dan tanam pokok2 di tepi jalan/kawasan kampung. Saya cadangkan cikgu rancangkan aktiviti lain spt ceramah/bengkel motivasi tentang dadah, mencegah jenayah, bimbingan karier, dll dgn menjemput pegawai2/ kaunselor/pakar motivasi sebagai mentor/penceramah ke sekolah. Boleh juga buat kempen derma darah..

Saya rasa banyak lagi aktiviti lain yg boleh dirancang dan harap rakan lain dlm forum dpt memberi idea-idea lain.
Logged
Norden Anak Tikot
SMK Kidurong
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5



« Reply #2 on: August 01, 2009, 11:40:26 PM »

Hye Smiley Saja nak tumpang lalu. He..he..

Kat sini saya ada dua cadangan. Yang pertama, perkhemahan intensif kadet polis. Tujuan adalah untuk melatih budak-budak kawad tanpa senjata. Pakej 3 hari 2 malam. Jumaat-ahad.

Yang kedua, perkhemahan kadet polis peringkat sekolah msg2. Untuk pengisian waktu, buat 5 aktiviti yang sinonim dengan perkhemahan kadet polis peringkat negeri dan atau peringkat kebangsaan. 5 aktiviti tersebuat ialah, kawad tanpa senjata, ronda pandu arah, mara/jalan lasak, rentas halangan dan menembak. bleh selitkan juga ikhtiar hidup (masakan rimba)

sekian
Smiley
Logged

Norden Anak Tikot
Guru Akademik Biasa
SMK Kidurong, Bintulu
Ali Bin Likal
SK Batang Lassa
Headmaster
Full Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 145


ALI BIN LIKAL


« Reply #3 on: August 02, 2009, 01:19:19 AM »

Cadangan saya untuk aktiviti kadet polis atau mana-mana persatuan unit beruniform,itu pun jika dapat dilaksanakan.
1. Kalau boleh buat inovasi kepada aktiviti yang biasa dilakukan.Buat pertandingan kawat kaki sesama mereka yang dibahagikan kepada kumpulan kecil yang mana mereka sendiri uruskan(guru sebagai pemudahcara sahaja): Dengan ini kita dapat memupuk pelbagai kemahiran generik :-,antara lain ialah kepimpinan,disiplin diri,motivasi diri untuk menang bukan setakat penyertaan sahaja dan kerjasama di antara kumpulan.
2. Buat akiviti yang mencabar ketahanan pelajar: contohnya "abseiling","flying fox".
3. Buat aktiviti yang dapat menyeronokkan pelajar sambil belajar:"Mencari harta karun"(Kemahiran menggunakan kompas),"Flora dan Fauna" dan sebagainya.
Bukan apa,kalau pelajar asyik dengan aktiviti-aktiviti yang biasa mereka lakukan maka bosanlah mereka.Biarlah aktiviti yang dijalankan kreatif dan selamat kerana kita banyak permainan tradisional yang hampir pupus.Apa salahnya pertandingan membuat layang-layang,dan pertandingan permainannya sekali. Bolehkan?
Logged
Azrulazlan
SMK Santubong
Teacher
Senior Member
*

Fame: 10
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 458


Friendship Through Airwave!!


WWW
« Reply #4 on: August 25, 2009, 09:01:53 PM »

Saya rasa aktiviti seperti pengenalan senjata api dapat sedikit sebanyak menarik minat ahli kadet. Namun begitu, untuk memperkenalkan senjata api di peringkat  sekolah rasanya agak sukar memandangkan terlalu banyak prosedur perlu diikuti. Ahli kadet hanya berpeluang untuk belajar mengenai senjata api apabila mereka menyertai perkhemahan kor kadet polis peringkat bahagian, negeri mahu pun kebangsaan.

Namun cikgu boleh juga memikirkan beberapa aktivit-aktiviti lain seperti kemahiran menggunakan kompas, rentas halangan dan sebagainya. Itulah yang berlaku di sekolah saya, ahli kadet kurang berminat untuk menghadiri GERKO dengan alasan boring. Selang seminggu kami akan mengadakan aktiviti kawad kaki dan inilah yang menyebabkan ahli kadet saya tidak mahu menghadiri GERKO pada setiap hari Rabu.
Logged

Azrulazlan bin Haji Ahad
Guru Kanan Teknik & Vokasional
SMK Bako, Kuching (Disember 2010)
My Callsign : 9W8GAZ
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #5 on: September 21, 2009, 06:08:33 PM »

Hye Smiley Saja nak tumpang lalu. He..he..

Kat sini saya ada dua cadangan. Yang pertama, perkhemahan intensif kadet polis. Tujuan adalah untuk melatih budak-budak kawad tanpa senjata. Pakej 3 hari 2 malam. Jumaat-ahad.

Yang kedua, perkhemahan kadet polis peringkat sekolah msg2. Untuk pengisian waktu, buat 5 aktiviti yang sinonim dengan perkhemahan kadet polis peringkat negeri dan atau peringkat kebangsaan. 5 aktiviti tersebuat ialah, kawad tanpa senjata, ronda pandu arah, mara/jalan lasak, rentas halangan dan menembak. bleh selitkan juga ikhtiar hidup (masakan rimba)

sekian
Smiley
Memang bagus cadangan dan idea cikgu Norden..semestinya aktiviti dapat dijalankan pada peringkat sekolah. Tentu menyeronokkan pelajar dalam kadet ni. Terima kasih.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Dawson Ador
SK Batu Lintang
Teacher
Master Member
*

Fame: 95
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1396



« Reply #6 on: September 22, 2009, 02:03:33 AM »

Terima kasih kepada semua guru atas info yang diberi. Perkongsian maklumat yang amat penting untuk pelajar dan juga guru-guru sekolah di Malaysia. Terima kasih sekali lagi SALAM 1 MALAYSIA.
Logged

SK Batu Lintang
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21283
Latest: apparnesadoUM
Stats
Total Posts: 254487
Total Topics: 21168
Online Today: 302
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 13
Guests: 269
Total: 282
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.1 seconds with 27 queries.