Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 06:42:39 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: KESAN-KESAN NEGATIF PENGGUNAAN NUKLEAR  (Read 2312 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« on: August 11, 2009, 06:51:47 PM »

http://www.geocities.com/neverw1nter_85/kesannegatif.html

Harapan atau Kehancuran

Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1994, bom atom pertama di dunia meletup dengan sinaran cahaya yang paling hebat di atas bangunan Dewan Galakan Industri. Ledakan itu dengan serta-merta merubah bandar Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur. 
Kesan letupan bom itu secara mendatar, 550 meter di atas kubahnya tidak memusnahkan terus bangunan itu. Rangkanya kini menjadi saksi tunggal hingga ke hari ini terhadap malapetaka itu.
 
KIRA-KIRA 137,000 orang dilaporkan terkorban di Jepun pagi tadi. Peristiwa yang berlaku lebih 40 tahun lalu di Hiroshima itu tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Kejayaan penyelidikan tiga tahun The Manhattan Project di Los Alamos, Amerika Syarikat, meninggalkan catatan hitam yang memilukan.
 
Bencana nuklear yang pertama di muka bumi ini pada jam 8.15 pagi hari ini, 44 tahun yang lalu, sukar untuk dilupakan. Kepada segolongan manusia, ledakan bom akibat tindak balas bahan utama satu kilogram uranium 235, adalah mimpi yang menakutkan dan tidak munasabah. Bagi yang lain, malapetaka daripada bom yang digelar Little Boy seberat 4,100 kilogram itu adalah suatu impian yang diharapkan. 

Tiga hari kemudian, bandar Nagasaki pula menjadi `padang jarak padang tekukur', dengan 78,000 orang dilaporkan terkorban akibat tindak balas bahan plutonium 239 yang dimuatkan dalam Fat Man.   
Daripada dua peristiwa ini, tidak boleh dinafikan bahawa kuasa nuklear adalah ancaman terbesar kepada kewujudan manusia di muka bumi serta mampu manjadi faktor yang menjejaskan keamanan dunia. Sebaliknya, teknologi ini penting dan mempunyai nilai yang tinggi, dengan faedah besar bagi ekonomi perusahaan. 
Dalam pada itu, pelbagai reaksi akan wujud apabila perkataan nuklear disebut. Walupun ia telah mengalami pelbagai peristiwa menarik sejak lebih 40 tahun lalu, agak menghairankan mengapa ramai yang masih takut dengan kematian yang disebabkan olehnya, sedangkan mekatian berlaku di mana-mana. Lombong arang batu pernah membunuh beratus-ratus pekerja manakala kemalangan jalanraya meragut beribu-ribu nyawa setiap tahun. 
Dapatkah kita mengetepikan sahaja kuasa nuklear sebagai sumber alternatif tenaga? Haruskah kita terus membakar bahan api daripada fosil seperti arang batu, gas dan minyak? Perlu disedari bahawa bekalan minyak di bumi ini tidak akan kekal selamanya. Bagi arang batu, ia menyebabkan pencemaran udara, memendekkan nyawa dan mewujudkan hujan asid. 

Walaupun wajar kita meragui nuklear adalah satu sumber tenaga yang amat merbahaya, tetapi perlu disedari bahawa bahaya itu wujud sebagai satu kemungkinan. Mungkin sebahagiannya kerana ketakutan mengenai perang nuklear. Secara tidak langsung, kegunaan nuklear secara aman ditafsirkan sebagai satu punca bahaya yang amat membimbangkan.
 
Mengenai bantahan yang banyak dikemukakan, terutama daripada pertubuhan alam sekitar, ketakutan dan tunjuk perasaan yang diadakan nampaknya lebih tertumpu kepada stesen janaelektrik berkuasa nuklear dan bukannya kemusnahan menyeluruh yang adisebabkan oleh nuklear. Harus disedari bahawa stesen janaelektrik tidak boleh meletup seperti sebutir bom. 

Yang perlu diragui ialah alat dan kelengkapan kuasa nuklear untuk tujuan pemusnahan dan dilonggokkan dengan banyaknya oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Soviet Union. Jika perang nuklear meletus, tiada stesen janaelektrik yang akan meletup, sebaliknya bumi ini! Jumlah penuh senjata yang telah dihasilkan kini beribu kali ganda daripada kekuatan bom atom yang meledak di Hiroshima dan Nagasaki. Buat sementara, kita masih boleh hidup dengan aman selagi negara yang saling mencurigai itu belum membuat kesilapan. 

Dalam pada itu, sikap pemimpin dunia mengenai senjata nuklear amat menyedihkan sejak kebelakangan ini. Selain pergeseran antara kuasa besar (walaupun beberapa persetujuan perlucutan senjata dicapai dan belum terlaksana), negara dunia ketiga sebaliknya tidak mahu ketinggalan untuk membuat senjata nuklear. Dalam masa mereka berusaha mencapai impian, sebahagian besar rakyat terpaksa menghadapi kemiskinan dan kelaparan. Contohnya ialah India dan Pakistan. 

Inikah layanan kerajaan dan pemimpin negara untuk rakyat yang memerlukan pembelaan? Walaupun menghadapi masalah kewangan, kedua-dua negara berlumba menghasilkan peluru berpandu buatan sendiri dengan keupayaan membawa bahan pemusnah berkuasa nuklear. Rakyat yang malang di kedua-dua negara itu makin terdedah kepada bahaya yang sengaja diwujudkan.   

Seperti kuasa dan bahan api yang lain, kuasa nuklear juga mempunyai bahaya dan risiko. Bagaimanapun, semuanya telah sengaja diperbesarkan sehingga menenggelamkan kemampuan dan manafaatnya.


Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #1 on: August 11, 2009, 06:56:18 PM »

Keselamatan 


Sisa daripada nuklear masih perlu dibuang dengan sempurna. Hingga kini, masih belum ada penemuan baru dalam teknologi pembuangan sisa untuk menjadikannya lebih selamat. Sebaliknya dari segi lain, pelbagai kemajuan telah dicapai hingga penjanaan elektrik menggunakan kuasa nuklear semakin selamat dewasa ini. Dalam pada itu, kemalangan yang dilaporkan berlaku di beberapa stesen janaelektrik di dunia sukar untuk diterima sebagai controh menperjelaskan bahawa kuasa nuklear tidak selamat.
 
Nahas yang belaku di stesen janaelektrik Chernobyl di Soviet Union pada April 1987 meninggalkan kesan buruk ke atas hidupan serta tanaman di kawasan sekitarnya dan di tempat lain pula dihujani oleh bahan radioaktif daripada loji berkenaan. Harus disedari bahawa kemalangan itu berpunca daripada kecuaian manusia dan penggunaan teknologi serta kelengkapan yang lama.
 
Daripada maklumat yang dikutip oleh pihak berkuasa nuklear Amerika Syarikat, sebanyak 33,475 kemalangan dilaporkan dalam tempoh 10 tahun lalu. Kemalangan yang dilaporkan di negara itu sejak kejadian buruk di stesen janaelektrik Pulau Three Mile (TMI) di Pensylvania disebabkan oleh punca yang paling kecil seperti skru kelengkapan tertanggal hingga ke kebocoran radioaktif. 

Memang diakui kemalangan yang berlaku semakin meningkat sejak selepas kejadian di TMI, iaitu 2,310 kes di 67 stesen berlesen pada 1979 (purata 34 kes bagi setiap stesen) menjadi lebih 5,000 kes di 82 stesen pada 1983 (purata 61 kes bagi setiap stesen). 

Bagaimanapun, stesen janakuasa nuklear dikatakan lebih selamat sekarang daripada keadaannya 10 tahun lalu. Kadar kemalangan yang dilaporkan semakin menurun, ekoran kemajuan teknoloji bidang berkenaan. Tahun lalu, hanya 2,296 kemalangan, kebanyakkannya kes-kes kecil, dilaporkan di 108 stesen berlesen. Ini menjadi purata 21 lapiran untuk setiap stesen, berbanding 34 kes pada 10 tahun lalu. 

Salah seorang pemenang Hadian Nobel berkata, negara di dunia ini mungkin terpaksa beralih daripada penggunaan bahan api fosil pada beberapa dekad akan datang. Carlo Rubia dari Itali, yang berkongsi Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1984 menggesa supaya dibangunkan segera pusat perlakuran (fusion) nuklear. Beliau yang kini mengetuai Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah dan berpangkalan di Geneva, menegaskan bahawa pilihan nyata dan tunggal kini ialah kuasa nuklear. 

Dewasa ini, tenaga nuklear menjadi pilihan akhir sebagai sumber selepas kuasa hidro, gas, minyak dan arang batu. Tetapi dari segi ekonomi penghasilan elektrik dengan tenaga nuklear lebih murah berbanding kos penjanaan dengan menggunakan arang batu. 

Dalam pada itu, sebahagian besar negara di dunia mula menilai semula kuasa nuklear berikutan suhu bumi yang semakin meningkat. Ini antara lain disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil, terutama di stesen jalanelektrik. Bukan sahaja proses pembakaran itu meningkatkan suhu dunia ini, malah ia turut mengeluarkan karbon dioksida dan gas lain yang mencemarkan udara. 

Kejadian tumpahan minyak dari kapal tangki Exxon Valdez di barat baru- baru menwujudkan kerosakan keapda ekosistem alam sekitar di bandar Valdez. Persekitaran yang rosak itu dijangka mengambil masa berpuluh tahun untuk pulih semula. Begitu juga dengan kerosakan akibat nahas nuklear yang akan pulih seperti sediakala selepas beberapa dekad. Ringkasnya, nuklear tidak seburuk seperti yang telah sengaja diperbesarkan. 
 
Penyelidikan mengenai perlakuran nuklear cara baru masih lagi dalam peringkat pembangunan. Walaupun masih ada keraguan ke atas dakwaan beberapa pihak bahawa kuasa boleh dihasilkan melalui perlakuran sejuk (cold fusion), tetapi adalah diharapkan semua itu akan menjadi kenyataan satu hari nanti kelak. Ini kerana proses dan teknologi perlakuran sejuk lebih mudah disediakan daripada kaedah yang ada sekarang dan ia tidak menghasilkan sisa radioaktif. 

Banyak pihak akan mendapat menafaat daripada kuasa nuklear jika ia digunakan dengan sebaiknya. Begitu juga sebaliknya, ramai yang akan menjadi korban jika nuklear disalahgunakan oleh Negara yang saling mencurigai antara satu dan lain. Adalah diharapkan supaya kesilapan di Hiroshima dan Nagasaki tidak akan berulang lagi.
Logged
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #2 on: August 11, 2009, 07:00:04 PM »

Bahaya Sinaran Radioaktif


Keratan akhbar yang ditunjukkan di atas merupakan kesan yang berlaku ke atas alam sekitar akibat dari ujian-ujian nuklear yang dilakukan oleh kerajaan Perancis di Kepulauan Pasifik Selatan baru-baru ini. Bahaya ujian-ujian ini dapat diterangkan dari peningkatan paras sinaran radioaktif seperti Iodin 131 yang terhasil daripada ujian nuklear, seterusnya akan menjejas kesihatan manusia. Hal sedemikian sepatutnya meningkatkan lagi kesedaran kita kepada bahaya ujian nukear yang dijalankan oleh mana-mana pihak.


Apakah kesan sinaran radioaktif ke atas tubuh manusia?


Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup teruja menjadi ion. Bentuk ion kemudiannya bertindakbalas dengan atom lain di dalam sel untuk menghasilkan kerosakan. Pada dos sinaran yang rendah seperti sinaran radioaktif yang kita terima dari alam sekitar, sel-sel berupaya memperbaiki kerosakan yang berlaku. Pada dos sinaran yang tinggi (sehingga 1 Gy), sel tidak berupaya untuk memperbaiki kerosakan sehingga menyebabkan sel mati atau tak normal. Sel tak normal kemudiannya membahagi untuk membentuk lebih banyak sel-sel lain. Dalam sesetengah keadaan, sel-sel ini menjadi sel kanser. Dengan demikian, salah satu kesan dari pendedahan sinaran radiokatif ialah risiko untuk mendapatkan penyakit kanser adalah lebih tinggi.
Pada dos melebihi 1 Gy, sel yang rosak tidak dapat diganti dengan cepat untuk menyebabkan sesetengah organ seperti saluran penghadaman tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Apabila keadaan seperti ini terjadi, maka penyakit yang berlaku dikenali penyakit sinaran radioaktif. Di antara gejala penyakit yang dapat diperhatikan dalam penglibatan saluran penghadaman adalah seperti loya, muntah dan lemah anggota badan yang terhasil akibat saluran pemakanan tidak dapat berfungsi untuk menyerap sumber pemakanan. Pada dos melebihi 4 Gy pula, fungsi ketahanan badan yang menentang jangkitan akan terjejas dan kebanyakan mangsa akan mati akibat jangkitan kuman.
Apakah sumber sinaran radioaktif yang boleh mengancam kesihatan manusia?
Mengikut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, setiap orang dewasa menerima sejumlah 0.36 Gy untuk keseluruhan tubuh setiap tahun. Kebanyakan sinaran radioaktif ini datangnya dari sumber radioaktif yang terdapat di sekeliling kita. Sumber sinaran radioaktif latar ini termasuklah sinaran kosmik (sinaran partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas), sinaran yang diinduksikan oleh sinaran kosmik (seperti pembentukan 14C dan 1H di dalam atmosfera oleh sinaran kosmik) dan sinaran semulajadi yang terdapat di dalam bumi (seperti uranium, thorium dan radon). Sinaran radioaktif latar ini merupakan lebih kurang 82% dari dos sinaran tahunan yang diterima oleh manusia. Walaupun sinaran radioaktif yang dihasilkan dari reaktor nuklear hanya menghasilkan kurang dari 1% jumlah sinaran tahunan yang dihadapi oleh seseorang individu, ujian-ujian nuklear seperti yang dilakukan di Kepulauan Muroroa Atoll dan kebocoran bahan radioaktif sampingan hasil dari proses penjanaan tenaga boleh menyebabkan sumber sinaran radioaktif persekitaran meningkat.


Apakah kanser-kanser utama yang akan berlaku akibat dedahan sinaran radioaktif?


Untuk kanak-kanak kanser yang paling cepat berlaku selepas dedahan sinaran radioaktif yang tinggi ialah leukemia terutama sekali leukemia mielositik akut dan kronik. Biasanya kanser ini muncul di antara 2 hingga 4 tahun selepas dedahan dan risiko kemunculan penyakit akan kekal dalam tempoh masa 10 tahun selepas dedahan pertama. Selain dari leukemia, kanser otak dan buah pinggang juga telah dilaporkan apabila kanak-kanak terdedah kepada sinaran radioaktif yang tinggi. Untuk orang dewasa, kanser yang kerap berlaku ialah kanser paru-paru, usus, pundi kencing, tulang dan kulit. Bagi wanita, kanser payu dara sering dilaporkan. Oleh kerana sinaran radioaktif latar ini tidak dapat dicegah, maka usaha untuk menghalang sebarang kejadian yang akan meningkatkan sinaran latar ini seperti ujian-ujian nuklear dan loji-loji nuklear perlu diharamkan.

Logged
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #3 on: August 11, 2009, 07:01:09 PM »

NUKLEAR DAN KESAN JANGKAANNYA KEPADA DUNIA


Bom atom yang di gugurkan di Hiroshima merupakan peningkatan kuasa pemusnahan daripada beberapa tan TNT kepada kekuatan yang setara dengan  ribuan tan TNT (kilotan). Bom hidrogen yang dihasilkan satu dekad kemudiannya merupakan peningkatan kekuatan daripada ribuan tan TNT kepada juta tan TNT (megatan). Dunia dijangkakan akan mempunyai senjata nuklear  berkekuatan 10,000  megatan  TNT.  Sebuah  bom termonuklear mempunyai  kuasa  letupan lebih  kuat  daripada gabungan seluruh  kuasa  letupan yang pernah digunakan  oleh manusia setakat ini, dalam setiap  pertempuran di sepanjang zaman.

Peletusan bom nuklear menghasilkan gelombang letupan, gelombang terma, sinaran gamma dan neutron, luruhan radioaktif, denyutan elektromagnet dan gangguan-gangguan atmosfera. Hampir setengah daripada jumlah tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui gelombang letupan. Gelombang letupan dihasilkan oleh peningkatan tekanan secara keraksaksaan yang berlaku di dalam bahan-bahan yang sedang mengewap. Melalui udara, gelombang letupan bergerak dengan kelajuan supersonik. Tubuh manusia boleh di asak mati oleh gelombang letupan sehingga ke tempat-tempat di mana tekanan lebihannya yang disebabkan oleh gelombang letupan, sekurang-kurangnya satu atmosfera melebihi tekanan biasa. Walaupun dilindungi oleh perisai terma atau perisai sinaran, manusia di sekitar tempat letupan boleh mati akibat daripada kerosakan-kerosakan terhadap paru-paru, yang disebabkan oleh gelombang letupan. Satu pertiga daripada  tenaga ledakan dibebaskan dalam bentuk kilat terma. Kilat terma menghasilkan suhu yang tersangat tinggi dan secara serta-merta menghantar gelombang terma yang bergerak dengan kelajuan cahaya. Suhu yang sangat tinggi ini  mengkondensasikan segala yang berada disekitar tempat ledakkan. Pada jarak yang lebih jauh, bahan-bahan pepejal akan menjadi cair. Pada jarak yang jauh sedikit lagi suhu mungkin cukup tinggi untuk menyebabkan kebakaran. Kesemua ini akan menyebabkan terjadi ribut api. Suhu akan meningkat tinggi, sehingga mereka yang berada ditempat-tempat perlindungan yang kukuh akan menjadi rentung atau mati kerana kekurangan oksigen Sebanyak 5% tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui pancaran sinar gamma dan neutron. Pada bom termonuklear pancaran sinaran awalan ini tidak memainkan peranan utama membunuh secara serta-merta, kerana kesan letupan dan kesan termanya lebih hebat.

     Denyutan elektromagnet yang dihasilkan oleh ledakkan bom nuklear tidak membahayakan manusia tapi ianya mampu memporak-perandakan sistem-sistem perhubungan moden yang mana lanjutan ini akan menyukarkan usaha-usaha penyelamatan mangsa. Selepas kesan serta-merta diatas berlaku pula luruhan radioaktif yang akan menyebabkan manusia menyerap dos sinaran yang boleh menyebabkan maut jika pendedahan berlaku dalam masa yang cukup lama terutamanaya jika berada dikawasan lapang. Satu megatan bom nuklear akan menghasilkan luruhan radioaktif yang boleh menyebabkan maut pada kawasan lingkungan 2000 km persegi. Kesan peperangan nuklear tidak terhenti dengan kematian dan kecedraan yang berlaku secara serta merta sahaja. Kerana bukti penduduk Hiroshima dan Nagasaki  yang masih hidup saki bakinya menunjukkan mereka menderita akibat dari kerosakkan dan kesan-kesan jangka panjang sinaran radioaktif yang terhasil. Antara kesan yang timbul adalah penyakit kulit, keguguran rambut, lukemia dan penyakit genetik semakin berleluasa selepas peperangan.

      Bagi yang selamat, mereka akan menyaksikan satu pemandangan yang amat mengerikan. Mayat-mayat manusia dan bangkai-bangkai mangsa sinaran yang sedang mereput, sisa-sisa buangan dan najis yang tidak terurus akan menjadi tempat pembiakan yang cepat bagi lalat dan segala jenis serangga yang lebih tahan sinaran. Keadan ini akan memudahkan penyebaran wabak penyakit. Mereka yang sakit tidak dapat dibantu dengan berkesan kerana infrastruktur perubatan dan kesihatan tidak teratur ataupun lumpuh. Sistem perhubungan, sistem pengangkutan dan pendek kata segala jenis perkhidmatan dan perbekalan makanan dan tenaga menjadi lumpuh. Bekalan air melalui sistem yang ada tidak dapat berfungsi lagi kerana telah dicemari dengan luruhan radioaktif yang menyebabkan air tidk selamat untuk di minum.

     Kesemua zarah-zarah halus terampai di atmosfera dianggarkan akan menghalang 99% cahaya suria daripada sampai ke permukaan bumi selama beberapa minggu, matahari pada tengaharinya seperti bulan purnama. Suasana gelap kesenjaan ini dijangka berlarutan sekurang-kurangnya enam bulan dan lapan bulan berikutnya suasana ini akan berkurangan sebanyak setengah kali ganda sahaja. Kegelapan ini akan menghentikan proses fotosintesis oleh tumbuhan menyebabkan banyak tumbuhan mati. Suhu yang terlalu rendah juga membunuh banyak hidupan dan menyebabkan rantaian makanan akan musnah serta tercemar. Mereka yang selamat akan mengalami kebuluran atau mati akibat keracunan radioaktif.

     30% sehingga 70% lapisan ozon akan musnah dan memerlukan masa yang lama untuk membinanya kembali. Cahaya ultra-lembayung akan memasuki bumi dengan kadar yang tinggi mampu menyebabkan kanser kulit dan kerosakkan mata. Negara-negara yang tidak terlibat juga akan mengalami kesan dari segi fizikal dan ekonomi kerana sisa radioaktif yang bertebaran di atmosfera berpindah disebabkan pergerakkan atmosfera.. Dari segi ekonomi, jika negara yang terlibat adalah negara yang merupakan sumber pengeluar bahan makanan, ternakkan dan pertanian maka perdagangan dan pemebekalan antarabangsa sudah tentu akan mengalami krisis. Telaga-telaga minyak yang musnah menyebabkan sistem bekalan minyak dunia terganggu. Sememangnya ini amat merugikan dunia.

    Kesemua di atas adalah kesan jangkaan yang dibuat oleh pakar-pakar nuklear yang sememangya telah dapat menjangkakan kesan berdasarkan eksperimen dan maklumat lepas yang diperolehi. Peperangan nuklear berpotensi untuk menyebabkan kemudaratan dan kemusnahan yang  menyeluruh dan mengancam penerusan kehidupan manusia.
 

Oleh Nurnajmi Bt. Muhammad Khatib
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21287
Latest: bonfochenceID
Stats
Total Posts: 254488
Total Topics: 21168
Online Today: 313
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 15
Guests: 204
Total: 219
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.097 seconds with 26 queries.