Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 06:57:30 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Maklum balas sekolah dari Ujian Pra 2 (UPSR dan PMR) 2009  (Read 1085 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Nur Muhd Aiman Abdullah
Bidang Matematik
SPA, JPS
Senior Member
*

Fame: 21
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 233



« on: August 19, 2009, 09:29:21 PM »

Semua setiausaha peperiksaan sekolah,

Ujian pra2 UPSR bagi tahun 6 telah selesai dijalankan.  Adalah diharapkan data keputusan murid bagi setiap mata pelajaran telah dimasukkan dalam SAPR16. (Guna SAPR16 yang masih baru supaya pengeksportan data tak kelam kabut bagi pihak yang menerimanya).
Sila berurusan dengan penyelaras di PPD masing-masing bagaimana untuk penghantaran text failnya.  Jangan tunggu kerana JPN akan memanggil penyelaras PPD bila-bila masa sahaja selepas tamat ujian Pra 2 peringkat PMR.
Kata sepakat tempoh hari adalah dua minggu dari tarikh ujian pra semua data dari sekolah telah dikumpulkan oleh semua PPD.
Surat makluman perkara tersebut akan menyusur tidak lama lagi.

Selain itu, seperkara lagi yang berkait adalah tentang tapak analisis item yang telah diedarkan.
Lengkapkan dan serahkan kepada PPD masing-masing.  Gabungkan data semua murid bagi sekolah yang mempunyai lebih dari satu kelas bagi satu-satu mata pelajaran.

Rakan-rakan di PPD perlu mengabungkan semua data tapak analisis dari sekolah di bawah jagaan masing-masing mengikut mata pelajaran dan kertas pada tapak tersebut.


harap maklum

There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
penyelarasan sap untuk ujian pra2.pdf
« Last Edit: September 08, 2009, 03:16:05 PM by Nur Muhd. Aiman » Logged

Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Sarawak
Siti Mariam bt Sulaiman
PPD Samarahan

Master Member
*

Fame: 170
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1628


ike ike go go, ori go go...


WWW
« Reply #1 on: August 19, 2009, 09:35:09 PM »

Samarahan dalam proses melengkapkan data SAP dan analisis item.. so far semua berjalan lancar. Petang tadi baru selesai Post Mortem Gerak Gempur UPSR 2 di PPD Samarahan melibatkan semua GB di dalam Daerah Samarahan.. Kami berharap tempoh yang ada digunakan sebaiknya untuk membantu pelajar yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang. Analisis Item juga sangat membantu di dalam menentukan topik mana yang perlu diberi penekanan pada setiap pelajar..
Logged

Siti Mariam Sulaiman
Penyelia, Teknologi & Vokasional
PPD Samarahan
082-627393
upasamarahan@gmail.com
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1964


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #2 on: August 19, 2009, 09:55:24 PM »

Terima kasih Cikgu Aiman di atas maklumat yang di sampaikan. Mohon juga SU Peperiksaan sentiasa menyimpan panduan konfigurasi yang disediakan oleh Cikgu Aiman, kerana setiap kali menggunakan sistem baru, konfigurasi perlu di ikuti seperti yang diarahkan. Juga ambil perhatian, seboleh-bolehnya menggunakan Office 2002/Xp atau Office 2003 di dapati banyak masalah timbul dengan sistem SAP yang menggunakan Office 2007. Pastikan juga kod peperiksaan yang diberikan di ikuti dengan betul. - Sekadar pandangan.
Logged

Kumaraveloo A/L Terpari @ Thirupathy
SMK Sri Aman, Sri Aman
Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh,sedarlah ianya proses menuju kematangan
Semanto Hj Ahi
PPD Meradong

Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 58



« Reply #3 on: August 28, 2009, 12:05:23 PM »

Salam tuan,

[i]PPD Maradong telah mengadakan "post mortem" pada 13 ogos 2009 berdasarkan SAPR 16 Bulan Julai PRA 2.  Melalui post mortem tersebut pihak GB di PPD Maradong didedahkan tentang pencapaian sekolah masing-masing.  Dalam tempoh 3 minggu sebelum UPSR yang sebenar,  pihak sekolah disarankan agar menggunakan pendekatan berdasarkan analisis item tersebut.  Pelajar yang lemah dikenalpasti dan perlu ada tindak susul yang berfokus dengan merujuk analisis item.  Pihak sekolah juga didedahkan kedudukan semasa berdasarkan 'ranking' Pra2 tersebut.  Dengan cara ini mereka dapat mengetahui kedudukan semasa dalam daerah masing-masing (SK & SJK).  Disamping itu juga,  pemantauan yang dibuat ke sekolah Daerah Maradong adalah berfokuskan kepada tindak susul yang dipersetujui bersama dengan  GB dalam mesyuarat tersebut.  Adalah menjadi harapan pihak PPD Maradong agar SAPR16 PRA2 ini menjadi panduan pihak sekolah untuk memperbaiki segala kelemahan para pelajar sebelum UPSR yang sebenar.  [/i]
« Last Edit: August 28, 2009, 12:07:29 PM by Semanto Hj Ahi » Logged

Semanto Hj Ahi @ Ali
Penolong Penyelia Unit Kurikulum,
PPD Meradong.
Samsudin Haji Drahman
Principal
Junior Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 70



« Reply #4 on: August 30, 2009, 12:34:58 AM »


Tahniah saya ucapkan kpd saudara Semanto atas tindakan yang telah dilaksanakan. Tindakan saudara merupakan tindakan yang berfokus. Saya mohon saudara dan kawan2 di PPD Meradong buat pemantauan ke sekolah2 enrolmen besar yang telah dipanggil ke bintulu pada 20 - 21 Ogos yang lalu. Teruskan perjuangan. Semoga berjaya.
Logged

Samsudin Haji Drahman
Pegawai Pelajaran Daerah
PPD Betong
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21288
Latest: Hui Chin
Stats
Total Posts: 254488
Total Topics: 21168
Online Today: 313
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 11
Guests: 205
Total: 216
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.1 seconds with 26 queries.