saya nak ucapkan terima kasih banyak2 kat cikgu2 yang pernah mengajar saya sejak dari hari pertama saya jejakkan kaki saya kat sekolah...

sesungguhnya, bekerja sebagai guru sememangnya amat mulia...
kalau boleh, saya pun nak jadi seorang guru jugak bila besar kelak...

mula2, saya nak mengucapkan terima kasih kepada guru-guru tadika Pimpin pada tahun 1998...
kemudiannya, saya juaga ingin merakamkan setinggi2 penghargaan kepada guru-guru di SK.ST.ANTHONY:
-encik Albert Bong
-Cikgu Siti Fasmawatie
-Cikgu Polin
-cikgu Gloria
-Cikgu jOtY
-cikgu Daniel
-Cikgu Aisyah
-guru2 lain yang pernah mengajar saya...
Seterusnya, terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Doria Han selaku guru tuisyen saya selama 3> tahun, Cikgu Nurul dan Cikgu Rudy yang mengajar subjek math mod n add math kini...
Tidak lupa juga kepada guru2 SMK Bandar Bintulu yang tidak letih memberi ilmu kepada diri saya dan rakan2 saya... Guru-guru berikut adalah:
-Cikgu Junaidah selaku guru kelas tingkatan 4A dan juga mengajar subjek Bio...
-Cikgu Amilia, bekas guru tingkatan 4A semasa cikgu Junaidah cuti bersalin...
-Cikgu Leong Siew Choon, guru Physics yang tidak pernah penat mengajar kelas kami berulang2 kali. Beliau juga merupakan guru kelab fotografi yang sememangnya arif dalam bidang fotografi di sekolah...
-Cikgu Hasrul yang sememangnya amat spotting habis!! Beliau pernah memimpin kumpulan edurace SMKBB dan atas pimpinan dan sokongan yang diberikan, kumpulan kami berjaya mendapat nombor dua...
-Cikgu Nur Azimah Chong, guru Chemistry yang lemah-lembut dan baik hati...
-Madam Tay yang pernah menjadi guru add math kelas kami... Kini, beliau diganti oleh Cikgu Ling Lee Chong yang juga merupakan guru koperasi...
-Cikgu Lee Siew Wan yang memang bijak dalam menyusun kata2... Guru Bm ini juga pernah dinobatkan sebagai guru cemerlang.
-Ustazah Nur Kamilah yang selalu mengambil berat tentang pelajar2nya...
-Cikgu Lau Ruen Hing yang sentiasa menceriakan kelas kami...
-Cikgu Chua See Loi, guru sejarah yang pandai mengambil perhatian pelajar untuk belajar...
secara jujurnya, saya suka mata pelalajaran sejarah ketika ulangkaji di kelas beliau... beliau menggunakan pelbagai kaedah yang menarik semasa sesi ulangkaji...

-Cikgu Larissa yang fasih bertutur English...
pokonya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pendidik SMKBandar Bintulu...
Sesungguhnya, jikalau saya menyatakan semua nama guru yang pernah mengajar saya, setebal buku dokumentasi barangkali jawapannya...
jadi, sebelum saya noktahkan coretan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru... tidak lupa juga, kepada semua guru2 di engkabang, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua insan yang bergelar sebagai guru...

....Selamat Hari Guru....
