Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 05:44:58 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Today at 07:56:42 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: SELAMAT HARI MALAYSIA KE-46 - 16 SEPTEMBER  (Read 1202 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Wilter Hawell
PPD Kanowit

Super Member
*

Fame: 534
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3790


Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan


« on: September 16, 2009, 02:13:34 PM »

Sesetengah warga Malaysia mungkin tidak sedar bahawa hari ini adalah ulang tahun penubuhan Persekutuan Malaysia ke-46. Hari ini juga ada yang langsung lupa tentang ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-76.

Satu tarikh tetapi ada dua peristiwa penting berlaku pada hari ini - 16 September. Tanggal 16 September bagi masyarakat awam adalah seperti hari biasa. Sebab hari ini bukan cuti umum sebagaimana kita bercuti untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos.

Jadi tidak hairanlah jika 16 September tidak membawa apa-apa makna bagi kebanyakan rakyat di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka lebih mengingati 31 Ogos daripada 16 September. Tetapi tarikh ini memberi makna yang besar kepada kebanyakan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Hari ini genap 46 tahun Sabah dan Sarawak merdeka melalui penubuhan Malaysia. Sejak 2008, tanggal 16 September setiap tahun akan diingati sebagai Hari Malaysia.

Dengan perisytiharan ini diharap mengubah sikap kurang sedar oleh sebilangan besar rakyat tentang tarikh pembentukan Malaysia. Ini terjadi kerana kita lebih mengingati tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 berbanding dengan tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada 16 September 1963. Tetapi Singapura keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Barangkali untuk rakyat mengingati tarikh ini maka wajar 16 September dijadikan hari cuti umum di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi mengenang hari penubuhan Malaysia.

Lebih-lebih lagi tiada program sambutan secara besar-besaran dianjurkan di seluruh negara pada tarikh tersebut sejak dahulu lagi. Oleh itu bukan pelik tarikh bersejarah ini berlalu tanpa timbul rasa perbezaan dengan hari-hari biasa. Oleh kerana tarikh 16 September jatuh dalam bulan Ramadan, umat Islam berpuasa maka tiada sambutan diadakan.

Jika tahun-tahun terdahulu, Hari Malaysia disambut - itu pun kerana meraikan majlis penutupan Bulan Kemerdekaan dan ia hanya diadakan di negeri yang menjadi tuan rumah sambutan itu sahaja. Liputan yang diberikan oleh pihak media juga kurang meluas.

Apakah benar sesetengah rakyat negara ini tidak menghargai tarikh bersejarah 16 September 1963? Jangan salahkan pandangan bahawa kita sendiri mendiskriminasi tarikh 16 September berbanding tarikh 31 Ogos, sedangkan kedua-dua tarikh itu sama penting dalam lipatan sejarah negara.

Atau rakyat Malaysia lebih mengingati 16 September sebagai tarikh cadangan penubuhan kerajaan baru seperti dicanangkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tahun lalu.

Mujur tarikh itu tidak mencipta sejarah kerana ia hanya satu impian Anwar semata-mata. Sebab itu, kerajaan wajar mengangkat Hari Malaysia setaraf dengan tarikh 31 Ogos agar tarikh terbentuknya negara kita lebih dihayati, dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat.

Hubungan antara kaum yang dilihat agak longgar sejak dua tahun kebelakangan ini perlu dipulihkan.

Jika tarikh 16 September dijadikan cuti umum maka elok hari tersebut diadakan acara yang memupuk perpaduan kaum termasuk melibatkan kaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Tarikh terbentuknya Malaysia perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Tarikh itu wajar dikenang sebagai detik bersejarah kepada Malaysia kerana ia merupakan hari lahirnya sebuah negara baru di rantau ini.

Pada 16 September 1963 , Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan penubuhan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Persekutuan Tanah Melayu.

Pembentukan Malaysia itu membolehkan Singapura, Sabah dan Sarawak memperoleh kemerdekaan daripada British melalui Malaysia.

Berdasarkan geopolitik Asia Tenggara pada tahun-tahun 1960-an, penyatuan itu lebih bertujuan untuk menjamin perpaduan, kemakmuran dan keselamatan bersama terutama daripada ancaman komunis.

Dalam proses pembentukannya, gagasan itu ditentang oleh Filipina dan Indonesia. Beberapa tahun lalu Manila mengisytihar tidak akan menuntut Sabah yang berada dalam Malaysia.

Tetapi berlainan dengan Indonesia, masih ada api dalam sekam yang masih berbara. Dalam kempen pembersihan rakyat Malaysia di Indonesia sejak tiga minggu lalu pemerhati politik Datuk Hashim Suboh berpandangan, rakyat kita perlu sentiasa kekal matang, cerdik, bijaksana dan rasional.

"Rakyat Indonesia khususnya politikus, karyawan media, pemimpin NGO dan mahasiswa sebenarnya baru mula bernafas dalam udara demokrasi.

"Mereka yang ghairah tentang hak, ketelusan dan keterbukaan ini akan lambat-laun menyedari bahawa di alam realitinya bangsa Indonesia tidak boleh dimajukan dengan sajian politik retorik semata-mata," jelas Hashim ketika dihubungi.

Dalam konteks hubungan Malaysia-Indonesia, kata beliau, adalah penting untuk kita tidak lagi bersentimental dengan mereka. Buang jauh-jauh hubungan secara abang-adik kerana kita dan mereka pasti mudah terguris dan tercalar oleh sesuatu perkara berbanding dengan pola hubungan bersama rakan-rakan yang berdiri sama tinggi.

Kini terbukti penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia adalah suatu keputusan yang tepat dan terbukti membawa rahmat besar kepada rakyat dan kedua-dua negeri.

Dengan bukti kemajuan dan nikmat pembangunan yang dikecapi hari ini, tidak ada pihak boleh menafikan kewajaran penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

Kestabilan politik, kemakmuran sosial dan kemajuan ekonomi yang dikecapi sejak merdeka menerusi Malaysia 46 tahun lalu, jelas berjaya mengubah landskap kedua-dua negeri di Pulau Borneo itu.

Menurut Hashim yang juga Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, kejayaan memajukan negara secara seimbang tanpa membiarkan mana-mana negeri atau daerah tertinggal, daif dan kelihatan seolah-olah terabai dan dipinggirkan mestilah dijadikan matlamat utama mana-mana kerajaan dan mereka yang diangkat menjadi pemimpin kerajaan.

Konsep federalisme perlu dihayati sepenuhnya biarpun kita bersaing habis-habisan di pentas politik. Sementara politik dan demokrasi perlu dimatang dan dimurnikan, Malaysia sesungguhnya kini memerlukan persekitaran politik yang lebih kondusif, cerdik, beradab dan saling menghormati di antara kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

"Bagi Sabah dan Sarawak mungkin telah tiba masanya parti-parti politik berasaskan negeri dinaikkan taraf atau diserapkan menjadi parti politik bertaraf nasional jika benar kita semua inginkan Malaysia yang satu dan holistik," kata Hashim.

Kecenderungan untuk melihat Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai entiti yang berada dalam petak atau kompartmen yang berasingan telah terhakis dengan cukup jelas sebaik-baik sahaja kita menghentikan penggunaan istilah Malaysia Barat untuk merujuk Semenanjung dan Malaysia Timur untuk Sabah dan Sarawak.

"Ia tambah dimantapkan lagi apabila Kerajaan Persekutuan membuat keputusan menyeragamkan waktu yang memberikan kesan psikologi yang cukup besar kepada seluruh rakyat tentang 'kesatuan' kita.

"Pada masa yang sama kelonggaran peraturan kemasukan rakyat dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak turut membantu melenyapkan perasaan 'keterasingan' yang amat tidak perlu itu.

"Supaya perasaan itu terus terhapus mungkin lebih wajar perkataan Semenanjung juga tidak perlu digunakan lagi selepas ini. Sebaliknya kita boleh terus merujuk identifikasi geografi kepada negeri atau bandar yang telah kita gunakan dengan selesa di luar perkataan Sabah dan Sarawak," jelas Hashim.

- UTUSAN
Logged

Wilter Hawell
UPA, PPD Kanowit
"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya"
Jason Yeoh
SJK Nam Hua
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 21



« Reply #1 on: September 16, 2009, 05:58:22 PM »

Memang saya setuju kita patut menyambut Hari Malaysia. Memang betul masa sekolah dulu, ada di ajar oleh cikgu sejarah saya yang HAri Penubuhan Malaysia mula-mula ialah 31 Ogos 1963 tetapi dilewatkan pada 16 September atas sebab konfrontasi. Mungkin kita patut lihat pada usia Malaysia yang sebenar. In fact Hari Kebangsaan Bagi Malaysia bukanlah yang ke 52 tetapi 46.

Just my 2 cents  Smiley
Logged

Jason Yeoh
Guru
SJK Nam Hua
Azlina Mat Jamil
SMK DATO HARUN, JALAN BERNAM 8,
Teacher
Master Member
*

Fame: 59
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1960


sentiasa ingin berada satu langkah di hadapan


WWW
« Reply #2 on: September 16, 2009, 06:05:28 PM »

Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Persetujuan/kebenaran memerdekakan Tanah Melayu telah dperolehi dari London pada Februari 1957.Tarikh 31 Ogos 1957 telah dipilih atas cadangan datuk mantan Perdana Menteri Kelima berdasarkan ilmu falak.
Logged

SMK DATO HARUN,
JALAN BERNAM 8,
45500 TANJUNG KARANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(Mulai 1 Disember 2009)
  RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
Liza Anak Man
SK Kidurong
Teacher
Junior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 63


Berdoa, serta berusaha


« Reply #3 on: September 16, 2009, 06:50:21 PM »

Salam 1Malaysia...Selamat Hari Malaysia
Logged

Liza Ak Man
Guru
SK Kidurong
PPD Bintulu
Starting 1st.Dec.09
Wilter Hawell
PPD Kanowit

Super Member
*

Fame: 534
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3790


Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan


« Reply #4 on: September 16, 2009, 07:04:45 PM »

Salam 1Malaysia...Selamat Hari Malaysia

Selamat hari Malaysia

Logged
Muhammad Yaasin
SK Ulu Pelagus
Teacher
Junior Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 53


ign0rance is a blissfully -happy holidays-


« Reply #5 on: September 16, 2009, 07:14:38 PM »

berdoa & berharap agar Malaysia akan tetap terus cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia!

saya bangga menjadi anak Malaysia!
     i'm proud to be Malaysian!
Logged

Guru Data
Guru Akademik
SK Ulu Pelagus, Kapit

-a skul like n0 0thers.PeACe 2 aLL VieWeRs-
Entusan Ugas
SK Nanga Tada
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 33


BE THE BEST,BEAT THE REST


« Reply #6 on: September 16, 2009, 08:19:01 PM »

Selamat Hari Malaysia.....dan salam 1 Malaysia untuk semua rakyat Sarawak dan Sabah....
Logged

Entusan Ugas
Guru
SK KABO HILIR,SARATOK
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #7 on: September 16, 2009, 08:54:49 PM »

Terima kasih cikgu atas perkongsian info ini. Selamat Hari Malaysia Ke 46....Salam 1 Malaysia. Saya Berbangga Menjadi Anak Malaysia.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Wilter Hawell
PPD Kanowit

Super Member
*

Fame: 534
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3790


Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan


« Reply #8 on: September 16, 2009, 09:03:59 PM »

Terima kasih cikgu atas perkongsian info ini. Selamat Hari Malaysia Ke 46....Salam 1 Malaysia. Saya Berbangga Menjadi Anak Malaysia.

Saya anak Malaysia..... Cool Cool
Logged
Kiu Toh Seng
SMK Kwong Hua

Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 144


Brave Run In Front


« Reply #9 on: September 16, 2009, 09:04:51 PM »

Ya. saya setuju kita patut mementingkan hari pembentukan Msia 16 Sept 1963 juga. Sarawak patut ada cuti umum pada 16 Sept. Dan hari ini, juga merupakan hari ulang tahun ke-6 saya bergelar seorang Guru. Saya bersama-sama rakan setahun posting pada 16 Sept 2003. Salam 1 Msia kepada semua warga pendidikan dan Selamat Hari Raya kepada semua rakan pendidik yang beragama Islam.
Logged

SMK Kwong Hua, Sibu
Teng How Ching
SMK Kapit, Kapit
Teacher
Full Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 148



« Reply #10 on: September 16, 2009, 09:07:53 PM »

Teruskan perjuangan anda yang murni itu... God bless you! Shocked
Logged

Teng How Ching
SMK Kapit
Wan Zainal Abiddin B. Wan Hosen
SK Singat
Teacher
Full Member
*

Fame: 95
Offline Offline

Posts: 148



« Reply #11 on: September 16, 2009, 09:10:42 PM »

Salam semua..

Saya amat bersyukur kerana dilahirkan pada tanggal keramat bersamaan 16 sept.  Adake hadiah dari guru2 engkabang utk diri saya Wink.

Setakat ini dapat hadiah dari Cekom (celcom) har har..a.



Logged
Mazlan Bin Hj Mohamad Hanis
SK Bako
Headmaster
Full Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 114



« Reply #12 on: September 17, 2009, 12:34:29 AM »


* Selamat menyambut Hari Malaysia ke -46- pada 16 September.

* Hari Penubuhan Malaysia memang bersejarah.

* Hari ini patut dijadikan Cuti  Umum bagi seluruh  Negara.

* Saya ada menulis  sebuah sajak sempena hari Malaysia ini pada 2003 ( Antologi Suara - suara Merdeka ).

*  Nanti saya akan download di sini.

* Saya bangga menjadi Anak Malaysia.

                                               **T.Q.**
Logged

MAZLAN B.M.H.M.
U.O.L. 2003
"VENI VIDI VINCI"
 ( I Came, I Saw, I Conquered ).
Jamaludin Bin Md Hasan
SMK Merbau Miri
Teacher
Novice Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 26


dibawah lindungan Tuhan


« Reply #13 on: September 17, 2009, 08:09:08 AM »

Salam Malaysia...
Logged

Support the environment starting from school
Minggu Ujak
PPD Kapit

Senior Member
*

Fame: 16
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 255


Nitihka singkang dunya


« Reply #14 on: September 17, 2009, 08:30:22 AM »

Salam 1 Malaysia....

Logged

Minggu Ujak
PPD Kapit
Mohammad Mathias Abdullah
SK Bau
Headmaster
Full Member
*

Fame: 9
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 113



« Reply #15 on: September 17, 2009, 08:34:37 AM »

Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Persetujuan/kebenaran memerdekakan Tanah Melayu telah dperolehi dari London pada Februari 1957.Tarikh 31 Ogos 1957 telah dipilih atas cadangan datuk mantan Perdana Menteri Kelima berdasarkan ilmu falak.

menyertaiHuh? or bersama-sama MENUBUH malaysia pls check me
Logged

MMA
SK Bau Taman Mutiara
Jalan Jambusan Bau
Mohamad Rizuan Bin Sarbini
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 39
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1186


smrizuan


WWW
« Reply #16 on: September 17, 2009, 11:31:27 AM »

happy malaysia day!
Logged

MOHAMAD RIZUAN BIN SARBINI
Ketua Unit
Unit Pengurusan Akademik
PPD SIMUNJAN
John Muda Anak Bantin
SK Lambir Village
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 17



« Reply #17 on: September 17, 2009, 08:14:15 PM »

Sejarah adalah sejarah. Terima kasih kerana mengingatkan sejarah penubuhan Malaysia. Tahniah kepada cikgu kerana celik sejarah. Mari kita laungkan Malaysia! Malaysia! Malaysia!
Logged

John Muda Anak Bantin   
PK 1
SK Lambir Village, Miri
Habsah Ibrahim

Ultimate Member
*

Fame: 286
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 5769


Kuching


« Reply #18 on: September 26, 2009, 09:41:42 PM »


* Saya ada menulis  sebuah sajak sempena hari Malaysia ini pada 2003 ( Antologi Suara - suara Merdeka ).

*  Nanti saya akan download di sini.

* Saya bangga menjadi Anak Malaysia.
                                               **T.Q.**


Terima kasih banyak cikgu Mazlan. Cuma nak perbetulkan istilah "download", sepatutnya upload jika nak muatkan di sini.... dengan kata lain "muatnaik".
......rasanya Cikgu Mazlan tersilap taip agaknya.
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.139 seconds with 26 queries.