KURSUS DALAM PERKHIDMATAN KDP 14 MINGGU PENINGKATAN PROFESIONALISME AMBILAN 2009Sumber :
http://apps.emoe.gov.my/kdp/mohon14mpp/kdp14mpp.cfmPemohon-pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
SYARAT DAN KELAYAKAN AM 3.1 Mempunyai pengalaman mengajar, sekurang-kurangnya 3 tahun pada 1 Julai 2009.
3.2 Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional).
3.3 Memiliki Ijazah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah.
3.4 Memiliki Sijil Perguruan Asas/Diploma Perguruan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi pegawai perkhidmatan pendidikan bukan siswazah/lepasan diploma.
3.5 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.
3.6 Telah disahkan dalam jawatan.
3.7 Tidak mengikuti sebarang Kursus Dalam Perkhidmatan yang lain semasa membuat permohonan termasuk Pendidikan Jarak Jauh KPM.
3.8 Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang akan mengganggu kehadiran semasa mengikuti kursus tersebut.
3.9 Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
3.10 Umur tidak melebihi 50 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2009.
PROGRAM KDP 14 MINGGU PRASARJANA MUDA PENGAJARAN BAGI GURU TERLATIH BUKAN SISWAZAH AMBILAN JUN 2009Sumber :
http://apps.emoe.gov.my/kdp/mohon14mpp/kdpoum.cfmSYARAT DAN KELAYAKAN AM PERMOHONAN2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS/PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan.
2.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 14 November 2009 iaitu lahir selepas 14 November 1964.
2.4 Telah disahkan dalam jawatan.
2.5 Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa.
2.6 Memiliki Diploma Perguruan atau Sijil Guru.
2.7 Pemohon yang sedang mengikuti KSPK atau KDP 14 minggu Peningkatan Profesionalisme atau Program PGSR tidak dibenarkan memohon.
2.8 Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
2.9 Pencapaian prestasi yang baik melebihi purata 85%. (Tahun 2006, 2007, 2008)
2.10 Telah membuat pengistiharan harta tidak melebihi 5 tahun di bawah peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
2.11 Peserta yang sedang atau pernah mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tajaan KPM bersama OUM seperti berikut TIDAK DIBENARKAN mengikuti program KDP 14 Minggu PraSMP.
* Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran B.I sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian (BETESL)
* Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian (BEMATH)
* Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian (BESC)
* Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dengan Kepujian (BECE)
* Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dengan Kepujian (BEEE)
* Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Mekanik) dengan Kepujian (BEME)
2.12 Peserta yang gagal peperiksaan atau mendapat PNGK kurang dari 2.0 semasa mengikuti KDP 14 Minggu PraSMP tidak layak memohon untuk ambilan berikutnya