bandar....luar bandar...sama juga .Tanggungjawab utama adalah
mengajar.Cuma bonus di bandar,lebih selesa sedikit.Saya sudah merasa di P4,P1 dan sekarang di bandar.Memang semua perkara kita tidak dapat membuatkannya sebagai ADIL. Di bandar pun,kita perlu duit.Minyak kereta yang berulang-alik walaupun dekat terutama apabila mengambil anak pulang dari sekolah yang tidak sama masa pulang, Tuisyen anak dan sebagainya.Persoalan yang timbul di sini sebenarnya ialah
DUIT... ;Dkan elok kalau kita sebut pasal tanggungjawab kita yang sebenarnya iaitu.......
mengajar.Amanah kita yang sebenarnya.
Biarlah hanya "mereka" yang menentukan bonus atau gaji kita.Bekerjalah dengan ikhlas untuk anak-anak didik kita.

Salam...
Setuju dengan pandangan ini. Jika diteliti, di bandar lebih mencabar dan memerlukan kos yang lebih tinggi. Jika di pedalaman, cabaran paling besar mungkin perjalanan dan emosi serta ketidakselesaan. Namun sebenarnya insentif hanya sebagai motivasi dan masalah ini mungkin tidak menjadi isu sekiranya perjanjian semasa hendak mengikuti latihan perguruan di laksanakan atau dikotakan oleh semua pihak. Rata-rata guru yang telah bertugas lebih 15 tahun pernah bertugas di pedalaman dan tidak merasai insentif sebagaimana sekarang. Kenapa mereka boleh bertahan sekurang-kurangnya 3 tahun dan ada yang sampai 10 tahun??? tapi guru baru (sekarang) yang ditempatkan di pedalaman terlalu mengharapkan insentif untuk melaksanakan tugas yang telah dipilih sendiri (bukan dipaksa menjadi guru)

? Mereka yang telah berkhidmat di pedalaman memang harus mendapat hak untuk ke bandar (atau tempat yang lebih selesa bagi mereka).
Satu pandangan.......berkaca mata !!!!