Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 09:54:36 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 09:27:59 PM]

[Today at 07:37:11 PM]

[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]
 

Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: Guru Pra-sekolah di sekolah rendah  (Read 2051 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Chong Yiew Lung
SMK Engkilili
ICT Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 146



« on: November 04, 2009, 12:17:21 PM »

Antara kalangan guru, siapa dilantik menjadi Guru Pra-sekolah di sekolah rendah?

Masa Kerja antara 8-11am.
bolehkah kongsikan pengalaman sebagai guru pra...

terlalu sibuk atau sama seperti mengajar tahun 1.
Logged

Chong Yiew Lung   
SMK Engkilili, Sri Aman
Adeline Simon
SK Ulu Kakus
Teacher
Senior Member
*

Fame: 21
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 201


Petangen Mencam! Move It! Move It!


WWW
« Reply #1 on: November 08, 2009, 03:22:53 PM »

untuk makluman cikgu, pra saya beroperasi selama 3 1/2 jam (termasuk rehat); iaitu dari 8pagi hingga 11.30pagi. Namun, waktu balik untuk guru pra sama juga seperti guru sekolah rendah yang lain.

menjadi guru pra memang bukan satu tugas yang senang. Kebanyakan orang menganggap guru pra goyang kaki dan terlalu free hanya kerana melihat waktu mengajar yang pendek. Tetapi sekiranya kita mengira waktu mengajar guru pra, jumlah waktu adalah lebih kurang 35 jam seminggu.

di tatau, ppdk tatau amat menitikberatkan prasekolah dan kalau boleh, harapan ppdk tatau adalah supaya semua murid prasekolah dapat membaca dan melepasi ujian penapisan kia2m yang diadakan semasa di tahun 1.

Tugas ini sememangnya sangat mencabar contohnya di sekolah saya kerana kebanyakan murid di sini berbangsa kenyah dan tidak pandai berbahasa melayu... jadi, mestilah berusaha sehabis baik... kesibukan memang tidak dapat dinafikan.... Smiley

pada tahun ini, saya membuat kelas tambahan untuk membantu murid-murid prasekolah yang lemah. Murid-murid saya dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil supaya lebih senang untuk diberi tumpuan dan tunjuk ajar... Syukur kerana bilangan murid yang kronik telah berkurangan..

Keseronokan mengajar memang ada tetapi perkara yang sering membuat saya terkilan adalah ketidakhadiran murid prasekolah dan kurangnya kesedaran daripada ibu bapa murid prasekolah. "penyakit" tidak hadir ini memang satu perkara biasa di kebanyakan prasekolah terutamanya pada musim membuat ladang dan apabila murid pra mengikuti ibu bapa ke bintulu (ahli keluarga pergi berubat atau melahirkan anak). pada tahun ini, ada juga murid saya yang hilang selama 70 hari... memang sakit untuk kita, guru pra untuk "mengubati"/memulihkan murid-murid pra yang telah lama tidak hadir ke sekolah... masalahnya, apabila mereka yang sering ponteng ini gagal ujian penapisan kia2m, guru pra akan tetap dipersalahkan... Sad

Tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu guru prasekolah sememangnya berat. Kita perlu mengajar murid-murid asas-asas seperti memegang pensel, mengenal huruf, menguruskan diri dan etc. Sekiranya murid sudah dapat menguasai kemahiran asas tersebut, mereka tidak akan menghadapi terlalu banyak masalah apabila berada di tahun 1.

Murid yang sudah mempunyai pengalaman di prasekolah kebiasaannya tidak akan menangis/tidak mahu ke sekolah apabila masuk tahun 1 kerana emosi mereka sudah terbentuk. Jadi, guru tahun 1 tidak banyak menghadapi "kerenah-kerenah" murid baru pada hari pertama persekolahan. Smiley

Setiap tahun pengalaman sebagai guru prasekolah sememangnya tidak sama.pada tahun ini, murid-murid pra saya sangat nakal jika berbanding dengan murid pra 2008. tetapi apabila melihat murid pra dapat menunjukkan prestasi yang baik di tahun 1, kita sbg guru pra sememangnya sangat bangga dan berpuas hati..
Logged

ADELINE SIMON
Guru Prasekolah
SK Ulu Kakus
d/a Pejabat Pelajaran Daerah Tatau
97200 Tatau.
alene.papy@gmail.com
Azman Bin Drahman
SK Sg Paku
Teacher
Junior Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 99


no pains, no gains, no guts, no glory..


« Reply #2 on: November 08, 2009, 03:37:25 PM »

Kelas pra sekolah sememangnya amat mencabar minda dan tenaga.. tahniah kepada cikgu..!!
Logged

Azman Bin Drahman
Guru
SK Sg Paku

"...perbaiki diri, hiasi peribadi..."
Chong Yiew Lung
SMK Engkilili
ICT Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 146



« Reply #3 on: November 11, 2009, 07:50:46 AM »

Terima kasih Cikgu Adeline Simon, anak-anak kita perlukan cikgu sebegini yang sanggup mengajar pra-sekolah. Wink Harap-harap pengorbanan anda dihargai masyarakat.
Logged
Sedino Tiat
SK Pantu
Teacher
Master Member
*

Fame: 67
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1203


"Gemilang"


« Reply #4 on: November 11, 2009, 08:00:47 AM »

Usaha cikgu Adeline patut dicontohi.
Tahniah diucapkan...
Logged

Guru UPSR SC, S/U SAPS , S/U PBS, S/U LDP, KETUA PANITIA SAINS, GURU KELAB SAINS.
SK Pantu, Sri Aman.
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #5 on: November 11, 2009, 08:04:39 AM »

Tahniah cikgu Adeline..tak kenal maka tak cinta. Saya tabik dengan kesetiaan dan kesungguhan cikgu mendidik anak pra ini. Saya amat masak dengan kerenah pelajar ini. Masa dan usia akan mematangkan kita sebagai pendidik. Teruskan usaha murni anda cikgu Adeline..buat yang terbaik.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Gimang Sabai
SK Sg Bukit Balai
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 11



« Reply #6 on: November 11, 2009, 08:15:29 AM »

Selamat Pagi..kepada semua guru pra. Sememangnya guru pra adalah golongan guru yang istimewa kerana sanggup mengajar tanpa henti selama 3 1/2 jam sehari. Khabar terbaru yang saya dengar ialah pertambahan masa bahasa inggeris untuk kelas pra pada tahun depan berserta dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Maksudnya dari 31/2 jam mungkin ditambah lagi 30 minit atau 1 jam sehari.

Peringatan juga kepada semua guru pra Sebauh : Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan  01 - 04 November Regency Hotel, Bintulu ( Tertakluk kepada pindaan ) tunggu berita terkini daripada PPD Sebauh sebelum balik bercuti nanti.

Guru Pra Kelas 1
SKBBT
Logged

" Bujang Simunjan"
Adeline Simon
SK Ulu Kakus
Teacher
Senior Member
*

Fame: 21
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 201


Petangen Mencam! Move It! Move It!


WWW
« Reply #7 on: November 11, 2009, 08:57:53 AM »


Peringatan juga kepada semua guru pra Sebauh : Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan  01 - 04 November Regency Hotel, Bintulu ( Tertakluk kepada pindaan ) tunggu berita terkini daripada PPD Sebauh sebelum balik bercuti nanti.

Guru Pra Kelas 1
SKBBT

Selamat pagi cikgu... bukankah Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan diadakan pada 29 Nov - 02 Disember 2009 di Regency Hotel, Bintulu? ada pindaan terbaru ke??
Logged
John Dilah
SK KG PENIPAH DARO

Senior Member
*

Fame: 27
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 382


melo 3 ko


« Reply #8 on: November 11, 2009, 09:00:17 AM »

Terima kasih Cikgu Adeline Simon, anak-anak kita perlukan cikgu sebegini yang sanggup mengajar pra-sekolah. Wink Harap-harap pengorbanan anda dihargai masyarakat.

Calon tokoh ibu.. teruskan..syabas..
Logged

John Dilah
GC BM SK
SK KG PENIPAH DARO, 96200 DARO, SARAWAK
Gimang Sabai
SK Sg Bukit Balai
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 11



« Reply #9 on: November 11, 2009, 09:15:50 AM »

Cikgu Adeline Simon,

Tarikh yang saya nyatakan tadi ialah tarikh yang diberitahu kepada semua GB daerah Sebauh semasa Taklimat KSPK Pra pada hari Isnin lepas dan masih tertakluk kepada pindaan.

Logged
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #10 on: November 11, 2009, 09:33:47 AM »

Selamat pagi cikgu... bukankah Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan diadakan pada 29 Nov - 02 Disember 2009 di Regency Hotel, Bintulu? ada pindaan terbaru ke??


Terima kasih atas maklumat ini cikgu Adeline..kenapa pula dibuat semasa cuti sekolah sebegini. Kena berkorbanlah guru yang berada luar dari Bintulu..kan cuti ramai balik ke kampung. Tahniah dan syabas kerana ada juga Kursus Untuk Guru Prasekolah Bahagian Bintulu.
Logged
Gimang Sabai
SK Sg Bukit Balai
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 11



« Reply #11 on: November 11, 2009, 11:14:39 AM »

Maklumat Terkini dari PPD Sebauh,

Tarikh Kursus KSPK Pra ditunda ke 29 Nov - 02 Dis 2009

Perhatian untuk semua guru Pra daerah Sebauh
Logged
Adeline Simon
SK Ulu Kakus
Teacher
Senior Member
*

Fame: 21
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 201


Petangen Mencam! Move It! Move It!


WWW
« Reply #12 on: November 11, 2009, 12:38:29 PM »

Selamat tengah hari semua...

ya... Surat panggilan kursus yang saya terima daripada PPD Tatau pada hari Isnin lepas memang telah menyatakan tarikh 29/11 - 2/12. Smiley Cuma takut tiba2 ada perubahan last minute. Boleh lah saya terus menempah tiket kapal terbang dari kch nanti Wink

Kursus Kurikulum Standard Prasekolah diadakan pd masa cuti kerana ia melibatkan semua guru prasekolah dari bahagian Miri dan Bintulu. Jadi sama-samalah mengorbankan masa sedikit untuk kepentingan prasekolah kita. Harap kurikulum baru ini tidak memeningkan kepala Wink. Lega hati saya bila tahu kursus ini akan diadakan sebab memang kita sudah dimaklumkan bahawa banyak perubahan dalam kurikulum prasekolah pd tahun hadapan.

Terima kasih kepada pihak pejabat kerana sudi menganjurkan kursus ini untuk semua guru prasekolah.

Logged
Wilter Hawell
PPD Kanowit

Super Member
*

Fame: 534
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3790


Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan


« Reply #13 on: November 11, 2009, 12:45:01 PM »

Terima kasih atas maklumat ini cikgu Adeline..kenapa pula dibuat semasa cuti sekolah sebegini. Kena berkorbanlah guru yang berada luar dari Bintulu..kan cuti ramai balik ke kampung. Tahniah dan syabas kerana ada juga Kursus Untuk Guru Prasekolah Bahagian Bintulu.
haaa...kita yang menurut perintah...
Logged

Wilter Hawell
UPA, PPD Kanowit
"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya"
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #14 on: November 11, 2009, 02:09:30 PM »

Selamat tengah hari semua...

ya... Surat panggilan kursus yang saya terima daripada PPD Tatau pada hari Isnin lepas memang telah menyatakan tarikh 29/11 - 2/12. Smiley Cuma takut tiba2 ada perubahan last minute. Boleh lah saya terus menempah tiket kapal terbang dari kch nanti Wink

Kursus Kurikulum Standard Prasekolah diadakan pd masa cuti kerana ia melibatkan semua guru prasekolah dari bahagian Miri dan Bintulu. Jadi sama-samalah mengorbankan masa sedikit untuk kepentingan prasekolah kita. Harap kurikulum baru ini tidak memeningkan kepala Wink. Lega hati saya bila tahu kursus ini akan diadakan sebab memang kita sudah dimaklumkan bahawa banyak perubahan dalam kurikulum prasekolah pd tahun hadapan.

Terima kasih kepada pihak pejabat kerana sudi menganjurkan kursus ini untuk semua guru prasekolah.



Kenapa pula Bahagian Limbang belum ada lagi Kursus Prasekolah. Ni tinggal 1 minggu lagi nak cuti..bagaimana guru nak datang kursus ni...bila ada guru semenanjung jadi guru prasekolah. Apa-apa pun besar harapan supaya tetap ada kursus  untuk guru prasekolah. Tentu banyak perubahan dalam kurikulum prasekolah tahun depan.
Logged
Adeline Simon
SK Ulu Kakus
Teacher
Senior Member
*

Fame: 21
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 201


Petangen Mencam! Move It! Move It!


WWW
« Reply #15 on: November 11, 2009, 03:51:35 PM »

Kenapa pula Bahagian Limbang belum ada lagi Kursus Prasekolah. Ni tinggal 1 minggu lagi nak cuti..bagaimana guru nak datang kursus ni...bila ada guru semenanjung jadi guru prasekolah. Apa-apa pun besar harapan supaya tetap ada kursus  untuk guru prasekolah. Tentu banyak perubahan dalam kurikulum prasekolah tahun depan.

Tidak pasti Cikgu Jame.. sepengetahuan saya, kawan-kawan saya di Sibu/Kapit/Song juga ada kursus ini. Mereka punya ada 3 slot yang berbeza (slot 1 1-4Dis Hotel Premier,slot 2 7-10 Dis Hotel RH, slot 3 30Nov-3 Dis)...

Harap bersabar dulu cikgu.. Smiley
Logged
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #16 on: November 11, 2009, 04:28:41 PM »

Tidak pasti Cikgu Jame.. sepengetahuan saya, kawan-kawan saya di Sibu/Kapit/Song juga ada kursus ini. Mereka punya ada 3 slot yang berbeza (slot 1 1-4Dis Hotel Premier,slot 2 7-10 Dis Hotel RH, slot 3 30Nov-3 Dis)...

Harap bersabar dulu cikgu.. Smiley

Kalau bahagian lain dah ada panggilan kursus ni..tentu Limbang pun ada juga. Kasihan rakan guru di Limbang, selalu ketinggalan dalam informasi sebegini. Harap mendapat berita kursus ini sebelum cuti minggu depan. Terima kasih cikgu Adeline.
Logged
Lydia Melia
SK Rumah Mentali
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 10



« Reply #17 on: November 11, 2009, 04:49:50 PM »

hai semua.... :)saya juga merupakan salah seorang guru prasekolah. Kami di PPD subis pun belum mendapat apa2 berita tentang kursus yang dinyatakan. Kebiasaannya kami selalu ketinggalan dalam informasi terkini. Macam thn lps,kami sudah balik bercuti barulah surat sampai ke sekolah. Diharapkan thn ini tidak akan berlaku lagi kelewatan seperti thn2 lepas. sepertimana yang Cikgu Jame kata, tinggal seminggu saja lagi nak bercuti....
Logged

SK Rumah Mentali
Lim Swee Ming
SJK Tong Ah
JU MyGfL
Senior Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 258


林瑞明


« Reply #18 on: November 11, 2009, 05:19:27 PM »

Untuk 2010 guru pra bukan mengajar 3 jam setengah lagi. Ditambah setengah jam menjadikannya 4 jam sehari. Petang pula sepatutnya guru pra bekerja juga iaitu menyediakan ABM/ABPP untuk keesokkan harinya atau menyemak hasil kerja murid, menghias bilik pra.
Logged

Lim Swee Ming
Guru Akademik
SJK Tong Ah, Selangau
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #19 on: November 11, 2009, 06:23:19 PM »

Untuk 2010 guru pra bukan mengajar 3 jam setengah lagi. Ditambah setengah jam menjadikannya 4 jam sehari. Petang pula sepatutnya guru pra bekerja juga iaitu menyediakan ABM/ABPP untuk keesokkan harinya atau menyemak hasil kerja murid, menghias bilik pra.

Terima kasih cikgu Lim atas perkongsian info ini. Memang betul apa yang dikatakan oleh cikgu..inilah sebagai satu contoh aktiviti yang dapat dijalankan pada sebelah petang. Persediaan mesti ada untuk hari esok. Belajar Melalui Bermain.
Logged
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.153 seconds with 27 queries.