Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
February 08, 2012, 08:51:08 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: PELAKSANAAN DASAR MENGEHADKAN JUMLAH MAKSIMUM SEPULUH (10) MATA PELAJARAN DAN PE  (Read 562 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Goh Kaw Sze
PPG Sri Aman

Full Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 193



« on: January 18, 2010, 09:12:26 AM »

PELAKSANAAN DASAR MENGEHADKAN JUMLAH MAKSIMUM SEPULUH (10) MATA PELAJARAN DAN PENAMBAHAN DUA (2) MATA PELAJARAN TAMBAHAN DALAM PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
 
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 23 Disember  2009 telah bersetuju bahawa dasar mengehadkan sepuluh (10) mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kekal, walau bagaimanapun kelonggaran diberi kepada calon untuk mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahanmulai Tahun 2010.
 
2.         Calon yang akan menduduki peperiksaan SPM mulai Tahun 2010 dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran sebagai tambahan. Dua mata pelajaran tambahan tersebut mestilah dipilih daripada mana-mana mata pelajaran yang telah disenaraikan dalam peperiksaan SPM kecuali mata pelajaran teras. Jumlah keseluruhan mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon adalah dua belas (12).
 
3.         Kelonggaran ini boleh diguna pakai untuk semua murid di semua aliran sekolah. Syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada kekal. Pencapaian calon dalam peperiksaan SPM bagi semua mata pelajaran yang diduduki termasuk dua pelajaran tambahan itu akan dicatatkan dalam sijil SPM yang sama.
 
4.         Keputusan kerajaan membenarkan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996  dan peraturan-peraturan di bawahnya.
 
 
5.         Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2009 bertarikh 27 Ogos 2009 bagi Pelaksanaan Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
 
6.         Semua Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua Pengetua di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato’ /Datin/tuan/puan.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
 
 
TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=541

Logged

Goh Kaw Sze
Penyelia Penilaian dan Peperiksaan
PPG sri Aman
Nashrima Benjamin
SMK Tunku Abdul Rahman
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 5



« Reply #1 on: January 23, 2010, 05:10:22 PM »

Adakah tambahan  2 matapelajaran tersebut terhad kepada matapelajaran bahasa shj (bahasa tamil, arab etc) atau mana-mana matapelajaran elektif (Tasawur, PSV, PA,PDGN....etc).

Terima kasih.
Logged

SMK Tunku Abdul Rahman
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.116 seconds with 26 queries.