sy sokong.............. adakah mungkin sbb PPD yg tahan guru dr pindah?

??
Cikgu, pada pandangan saya, perkara ini tidak seharusnya berlaku dan bagaimana boleh berlaku. Unit yang menguruskan hal ehwal perpindahan ini adalah Unit Pengurusan Sekolah. Saya kurang arif dalam prosedur perpindahan ini tetapi sekiranya dilihat, Pegawai yang bertanggungjawab menyokong permohonan perpindahan guru ialah Guru Besar / Pengetua. Pegawai di PPD hanya menyokong permohonan yang sudah disokong oleh PGB (Pengetua/Guru Besar).
Pegawai Meja di UPS hanya membawa maklumat (senarai) permohonan guru yang mohon berpindah. Semasa mesyuarat perpindahan ini 2 aspek penting perlu dilihat iaitu:
negeri/daerah/sekolah asal dan negeri/daerah/sekolah mohon pindah..
contohnya
Dari Sarawak mohon ke Selangor.
Dari Kapit mohon ke Samarahan.
Dari SMK Gedong ke SMK Muara Tuang.
Kes 1
Dari Sarawak mohon ke Selangor
Perkara yang dilihat ialah kekosongan di Selangor (mengikut opsyen) dan bilangan kekosongan yang ada. Katakanlah sebagai contoh kekosongan yang ada hanya GAB MP Matematik Tambahan, so ahli mesyuarat akan melihat senarai guru opsyen Matematik tambahan (seluruh negara) yang memohon ke Selangor. Kemudian tapisan pula dibuat mengikut syarat. Kekosongan ini akan diberikan keutamaan kepada mereka yang mempunyai keutamaan yang lebih.
Sama juga untuk antara daerah atau antara
Mungkin tips yang boleh dilakukan untuk cikgu mohon pindah di masa akan datang, selain membuat permohonan, selalulah melawat dan berjumpa pegawai yang bertanggungjawab supaya mereka arif dengan permasalahan cikgu. Yang memohon berpindah ni ramai setiap tahun. Kalau cikgu ada personal contact jumpa pegawai ini, mungkin dia akan ingat cikgu lebih la.. Bukan bodek atau apa.. Lihat dari sudut usaha lebih itu ada..
Kalau cikgu nak penjelasan lebih mengapa permohonan cikgu tidak berjaya, tak salah cikgu untuk membuat panggilan ke PPD untuk bertanyakan sebab perpindahan tidak berjaya.