Semua Pegawai Perhubungan GeMS
SMK / SK / SJK .........................
Daerah Mukah
Tuan,
PENGHANTARAN PELAPORAN DATA GeMS UNTUK JULAI-DISEMBER 2009
Sehubungan itu, tuan adalah dimohon untuk menghantar pelaporan mengikut kehendak format pelaporan seperti laporan pada bulan Januari-Jun 2009. Data & maklumat yang diberikan hendaklah data sebenar daripada program & projek yang dilaksanakan di sekolah. Untuk mengelakkan sebarang pertanyaan (query), kerjasama tuan amat diperlukan untuk memastikan laporan pencapaian dari Julai hingga Disember 2009 siap dengan data yang tepat.
Penghantaran pelaporan data dalam salinan digital tersebut ke PPD Mukah (u.p. :
melekarbi@gmail.com) hendaklah dibuat pada atau sebelum 30 Oktober 2009. Tindakan SEGERA amat diharapkan tanpa menunggu kedatangan surat arahan. Tapak excel-Pelaporan GeMS Teras 1-6 (Sekolah) terdahulu boleh dimuatturun jika perlu. Surat yang berkaitan akan menyusul.