Memang seronok mengajar di Baram. Jom datang ke Baram beramai-ramai. Belajar budaya tempatan, bahasa tempatan dan makan makanan tempatan. Ramai guru-guru yang mengajar di Baram ni saya tengok dan perhatikan memiliki kamera DSLR mereka sendiri. Tahniah kerana anda mengapresiasi alam yang indah ke dalam diri anda dengan mengambil gambar pemandangan yang mungkin tidak terdapat di tempat lain. Bertahanlah lebih lama di Baram. Suatu hari nanti anda pasti bersyukur dan menghargai pengalaman pernah berada di Baram.
