Syabas dan tahniah kepada semua sekolah yang berjaya mendapat gelaran sekolah bestari pada Fasa 1 (Tahun 2009) dan Fasa 2 (Tahun 2010). Terdapat 17 buah Sekolah Menengah dan 33 buah Sekolah Rendah berjaya mendapat gelaran sekolah bestari.
Di sini, Cikgu Lim juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPD Betong, PKG Betong, semua warga SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong kerana kita telah berjaya mendapat gelaran sekolah bestari pada tahun 2010 peringkat KPM.
Tahniah juga kepada JPN Sarawak, BTPN Sarawak kerana dalam senarai 50 buah sekolah yang terlibat, terdapat 5 sekolah dari negeri Sarawak.
Tahun 2009 SMK Semantan
Tahun 2010SMK Datuk Patinggi Kedit
SK Sibu Jaya
SK Kelawit
SJK Kwang Chien
Semua Guru Besar / Pengetua sekolah berkenaan akan menghadiri Majlis Pembentangan Laporan Dan Penghargaan Sekolah Bestari Luar Bandar di Wisma Putra Ballroom, Aras 3, Hotel Marriot Putrajaya (09/02-12/02) untuk menerima watikah penghargaan yang akan disampaikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Allmuddin bin Hj. Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
MAKLUMAT LANJUTAN