Salam 1Malaysia,
Saya juga mendaftar dengan portal Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat tanpa perlu upload gambar, urusan yang mudah dan mesra pengguna. Di sana ada banyak makluman dan kami yg dari Sabah dapat full akses. Sepatutnya ilmu atau apa jua bahan untuk guru-guru patut dikongsi dalam cara yang mudah tambahan pula dengan perkembangan teknologi ICT hari ini. Lantaran dengan itu hasilnya akan kembali kepada murid-murid kita dan aspirasi KPM menerusi PIPP akan terlaksana dengan menyeluruh. Mengapa perlu kita sekat perkongsian bahan berupa ilmiah yang bertaburan di alam siber ini?
Murid didahulukan Pencapaian diutamakan.
Mohon maaf, izinkan saya mencelah Cikgu Yusnisham. Untuk makluman anda, peraturan engkabang.net memang mewajibkan guru-guru yang ingin menjadi ahli di engkabang.net untuk meletakkan gambar avatar. Mungkin gambar terpaksa di removekan kerana tidak menepati ciri-ciri yang ditetapkan.
Boleh dirujuk pada pautan yang dinyatakan di sini...
http://forum.engkabang.net/index.php/topic,3493.0.html , ada dibincangkan mengenainya di sana. Memang protal lain tidak menekankan kepentingan meletakkan gambar kerana ianya hanya terhad kepada perkongsian maklumat dalam bahagian-bahagian tertentu saja dan kebanyakkan mereka telah pun mengenali satu sama lain member dalam protal itu. Engkabang.net lebih terbuka dan memberikan peluang kepada guru-guru di serata Malaysia mengenali di sini. Tidak salah meletakkan gambar, supaya apabila kita bertemu di luar sana, dapatlah kita bermesra. Sekadar permintaan kecil ini, harap tidaklah menyekat minat sesiapa untuk menjadi ahli di engkabang.net. 1KPM, MURID DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN