Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 08:26:37 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 07:37:11 PM]

[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: TUGAS TUGAS KURIKULUM  (Read 3531 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Cheong Wooi Chun
SMK St George, Perak
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 892



« on: February 11, 2010, 07:12:53 PM »

JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM SEKOLAH
•   Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
•   Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran.
•   Mencadangkan, membina dan menguruskan alat bantuan mengajar.
•   Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
•   Menetapkan garis pengajaran/pembelajaran.
•   Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja.
•   Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu.
•   Mengadakan mesyuarat.
•   Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi prestasi pelajar.
•   Merancang dan melaksana kelas pemulihan dan kelas bimbingan.
•   Mengesan dan memastikan supaya Sukatan dan Perancangan Pelajaran dilaksanakan dengan sempurna .
•   Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik mengenai perkara baru dalam pendidikan.
•   Menyebarkan bahan-bahan bacaan dan makluman mengenai pendidikan kepada guru.
•   Mengkaji analisa keputusan PMR, SPM dan peperiksaan dalaman dan merangka program jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan.
•   Mengkaji dan menilai buku-buku teks buku tambahan yang digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pendidikan di sekolah.
•   Berusaha untuk memperbanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.
•   Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
 
JAWATANKUASA (KETUA-KETUA PANITIA MATA PELAJARAN)
•   Bertanggungjawab meningkat mutu dan prestasi pencapaian akademik dalam peperiksaan PMR, SPM dan Peperiksaan Dalaman.
•   Membincangkan hal-hal berikut:
•   Rancangan Pelajaran.
•   Buku Teks.
•   Sukatan Pelajaran dan Huraian.
•   Peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
•   Peperiksaan dan penilaian.
•   Bahan Alat Bantu Mengajar.
•   Pemulihan.
•   Kerja Latihan.
•   Implementasi Rancangan Akademik Sekolah jangka panjang dan jangka pendek.
•   Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.
•   Menyediakan SKU panitia mata pelajaran.
•   Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada)  dan alat-alat bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.
•   Melaksana rancangan lima tahun akademik sekolah.
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
•   Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.
•   Menyediakan jadual pembina soalan.
•   Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan.
•   Memastikan keselamatan.
•   Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan dijalankan.
•   Memastikan skema jawapan disediakan oleh panel penggubalan soalan.
•   Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut masa yang ditetapkan.
•   Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
•   Menetapkan tarikh perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincang kemajuan pelajar.
PENYELARAS PMR & SPM PEPERIKSAAN
•   Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan kepada guru tingkatan.
•   Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
•   Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberi oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan.
•   Mengumpulkan, menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara) dengan kerjasama guru tingkatan.
•   Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PMR & SPM .
•   Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan JPN, Lembaga Peperiksaan dan sekolah.
•   Makluman kepada Penolong Kanan HEM jika ada pelajar yang tidak mampu membayar dan memerlukan bantuan PIBG / Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan selanjutnya.
•   Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PMR & SPM
•   Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
•   Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaaan dalam 4 salinan.
•   Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
•   Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan:
•   Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.
•   Menyediakan jadual pelaksanan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PMR, SPM & STPM.
•   Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan untuk calon persendirian jika ada.
•   Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dalam menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan amali/Pendididkan Seni.
•   Penyelaras peperiksan PMR & SPM STPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang dipinjamkan dikembalikan ke pejabat.
•   Mendapatkan 3 set soalan PMR, SPM & STPM untuk rujukan sekolah.
•   Menyelaraskan penyediaan sijil untuk penilaian kendalian sekolah (PKSM)
•   Analisa kertas soalan.
•   Borang kewangan.
•   Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan.
•   Borang-borang lain yang berkaitan.
•   Almari.
•   Jam Dinding.
o   Cop sekolah/Lakri
•   Kapur.
•   Pemadam.
o   Lain-lain
GURU MEDIA / PENYELARAS PSS
•   Menyelaras semua program yang dirancang.
•   Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan mengadakan mesyuarat.
•   Menyediakan jadual kerja bagi pekerja pusat sumber dan perpustakaan.
•   Menyediakan undang-undang dan peraturan pusat sumber dan perpustakaan.
•   Menceriakan PSS.
•   Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
•   Membantu melaksanakan program perkembangan staf.
•   Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan PSS.
GURU PERPUSTAKAAN
•   Menguruskan perlantikan pengawas PSS.
•   Menyediakan peraturan penggunaan PSS.
•   Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
•   Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan.
•   Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
•   Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.
•   Menguruskan pembelian buku.
•   Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.
•   Mengkelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.
•   Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
•   Merawat buku dan menguruskan hapuskira buku.
•   Membuat laporan tahunan untuk rekod.
GURU BAHAN BANTU MENGAJAR / BBM / APD
•   Memastikan alat-alat BBM/APD yang berkuasa elektrik dan bahan software sentiasa dalam keadaan baik.
•   Melaporkan kepada Penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
•   Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
•   Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD.
•   Menguruskan penggunaan BBM/APD secara berterusan.
•   Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.
•   Memastikan keselamatan BBM/APD.
•   Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat BBM/APD.
•   Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD dalam pengajaran dan direkodkan dengan kemas.
•   Memastikan bilik BBM/APD sentiasa kemas dan ceria.
•   Menyediakan Laporan Tahunan BB/APD.
JAWATANKUASA JADUAL WAKTU
•   Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
•   Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
•   Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu sesuai.
•   Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
•   Menentukan penggunaan makmal dan bengkel.
•   Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok.
•   Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
•   Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan.
•   Membuat pindaan jika perlu.
•   Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk makluman semua.
JAWATANKUASA MAKMAL KOMPUTER
•   Mengintergrasikan ICT dalam proses P&P.
•   Menyediakan kebolehan e-book.
•   Memperluaskan Program Malaysia School Net.
•   Memperluaskan Progran TV Pendidikan.
•   Membantu meningkatkan kerjasama institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT.
•   Mengadakan Program Celik Komputer bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan pelajar, guru dan personel.

Logged

Cheong Wooi Chun
SMK St George
Perak
Lau Huai Ling
SMK Bandar Sarikei

Senior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 254



WWW
« Reply #1 on: February 12, 2010, 10:38:20 AM »

thanks for information. Cheesy
Logged

Lau Huai Ling
SMK Bandar Sarikei
96100 Sarikei, Sarawak.
Tel: 084-651210 (O), 0198285107
Mohamad Rizuan Bin Sarbini
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 39
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1186


smrizuan


WWW
« Reply #2 on: February 28, 2010, 11:27:21 AM »

Thanks....noted
Logged

MOHAMAD RIZUAN BIN SARBINI
Ketua Unit
Unit Pengurusan Akademik
PPD SIMUNJAN
Mokhtar Bin Ya'kup
SK Ulu Pelagus
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 370


...mmm...


« Reply #3 on: February 28, 2010, 12:35:36 PM »

tima kasih
Logged

Mokhtar Ya'kup
SK Ulu Pelagus
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #4 on: February 28, 2010, 01:41:23 PM »

samakah tugas PK-PK di sekolah menengah dan sekolah rendah? kalau sama ok, kalau berbeza mungkin boleh postkan bidang tugas PK sek rendah , terima kasih
Logged

Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
95007, Sri Aman,
Sarawak
Zainal Abidin Bin Ahmad
SK Sg. Bakas
JU ICT PraSekolah
Veteran Member
*

Fame: 11
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 507



« Reply #5 on: July 14, 2010, 11:06:18 PM »

terima kasih atas perkongsian maklumat..
Logged

Zainal Abidin Bin Ahmad
Guru Prasekolah
SK Sungai Bakas, Bakas, Bakong
Wilter Hawell
PPD Kanowit

Super Member
*

Fame: 534
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3790


Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan


« Reply #6 on: July 14, 2010, 11:07:56 PM »

terima kasih Cheesy
Logged

Wilter Hawell
UPA, PPD Kanowit
"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya"
Mas Mulyanie
SK Sg. Bakas
Teacher
Senior Member
*

Fame: 9
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 201


kita mencorak masa depan negara


« Reply #7 on: July 14, 2010, 11:19:37 PM »

thanks cikgu.. tugas HEM ada tak? saya under tugas HEM.. nak tambah pengetahuan untuk tingkatkan kemahiran..
Logged

Mas Mulyanie Binti Nasir,
Guru,
SK Sg. Bakas, Bakong, Miri
Cheong Wooi Chun
SMK St George, Perak
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 892



« Reply #8 on: July 15, 2010, 09:26:48 AM »

Sila rujuk sini
http://forum.engkabang.net/index.php/topic,40839.0.html
Logged
Semun Jali
SK Sg. Bakas
Teacher
Senior Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 233


"Minda Ibarat Air yang Jernih"


« Reply #9 on: July 18, 2010, 07:55:42 PM »

Terima kasih cikgu atas perkongsian ini... Smiley Smiley
Logged

Kita Berjaya Jika Kita Tinggalkan Kegagalan Dengan Bersemangat
Melek Bin Arbi
PPD Mukah

Senior Member
*

Fame: 35
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 331



« Reply #10 on: August 11, 2010, 07:58:08 AM »

thanks cikgu.. tugas HEM ada tak? saya under tugas HEM.. nak tambah pengetahuan untuk tingkatkan kemahiran..

Cikgu Mas boleh merujuk bahan yg berkaitan [Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2007 & Kepimpinan Kurikulum] di alamat URL berikut :
http://forum.engkabang.net/index.php/topic,44614.0.html
Logged

Melek Bin Arbi
PPD Mukah
Bulia Sigan
SK St. Francis Xavier
Teacher
Junior Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 79


Friend in need is a friend indeed.


« Reply #11 on: August 18, 2010, 09:27:52 PM »

A wise sharing..thanks Mr. Cheong
Logged

Bulia Anak Sigan
Penolong Kanan Kurikulum
SK St. Francis Xavier, Kanowit
Iskunadi Bin Liap
SK Kg Tebaang
Teacher
Senior Member
*

Fame: 55
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 362


relax2 ajak bah...


« Reply #12 on: August 18, 2010, 10:26:19 PM »

Terima kasih di atas perkongsian ini.....TQVM Smiley Smiley
Logged

SK Kg Tebaang
Happy selalu caakkk...
Noriha bt Jafar
SK Kpg Senari
Teacher
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 53



« Reply #13 on: September 05, 2011, 10:29:41 AM »

Tq. amat membantu.
Logged

Norieja
PK HEM
SK Kpg Senari, Kuching
Cheong Wooi Chun
SMK St George, Perak
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 892



« Reply #14 on: October 02, 2011, 01:31:23 AM »

Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Mata Pelajaran

Tanggungjawab Umum                                                                                                     
 1.     Membantu Pengetua merancang, mengelola dan melaksanakan program kecemerlangan khusus kepada mata pelajaran berkaitan di sekolah.
2.  Menggalakkan guru-guru mata-pelajaran memperbaiki atau membina  kompetensi, sikap, kepimpinan, pengetahuan, kemahiran dan sahsiah dalam pengurusan kurikulum.
 
Bidang tugas
 1.    Mengetuai panitia mata pelajaran serta menganggotai Jawatankuasa  Kurikulum Sekolah.
 2.    Merancang, dengan kerjasama semua ahli panitia, segala aktiviti untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran berkaitan termasuk pencerapan P&P.
 3.    Menjadi pemudahcara di antara panitia mata pelajaran dengan semua pihak yang lain mengenai segala hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan juga pengurusan mata pelajaran berkaitan.
 4.    Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran bagi kelas-kelas yang berkenaan.
 5.    Berhubungan erat dengan semua anggota ahli panitia untuk mendapat tahu  tentang kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah yang harus diambil untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pencapaian.
 6.    Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang betul dan sentiasa  mengetahui perubahan yang berlaku.
 7. Mendapatkan naskah Sukatan Pelajaran yang terbaru daripada Setiausaha peperiksaan/Pengetua.
 8.    Bertanggungjawab tentang rancangan pelajaran bagi semua tingkatan serta memberi perhatian berat tentang rancangan kerja pelajar-pelajar.
 9.  Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan.
 10.  Membantu Pengetua memeriksa/menyemak gerakerja pelajar-pelajar dalam mata pelajaran berkaitan.
 11.  Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkaitan dan    memikirkan cara-cara untuk memajukan pencapaian dari semasa ke semasa.
 12.  Membekalkan buku-buku rujukan guru kepada guru-guru mata pelajaran serta memungut kembali pada akhir sesi persekolahan.
13.  Memberikan senarai buku mata pelajaran berkaitan yang ingin dibeli untuk perpustakaan kepada guru perpustakaan/pusat sumber  .
 14.  Mengkaji dan menentukan jenis-jenis serta bilangan buku kerja/tambahan yang perlu digunakan oleh pelajar bagi tiap-tiap tingkatan.
 15.  Mengkaji buku-buku contoh yang dikirimkan oleh pihak penerbit dan menentukan pemilihan buku-buku untuk digunakan sebagai buku teks.
 16.  Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan luar untuk dijilidkan dengan baik dan seterusnya menyerahkan kepada Guru  Pusat Sumber sebagai bahan rujukan.
 17.  Menyelenggarakan dengan sempurna, lengkap dan kemaskini kenyataan khas  mata pelajaran berkaitan.
 18.  Mengadakan mesyuarat panitia (formal) sekurang-kurangnya sekali sepenggal atau lebih kerap lagi, jika perlu (atau mengikut takwim sekolah).
 19.  Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam pendidikan mata pelajaran berkaitan melalui bacaan, menghadiri kursus/seminar atau mesyuarat yang berkaitan.  Dalam perkataan lain, Ketua Panitia Mata Pelajaran haruslah menunjukkan kepimpinan yang dinamis dan inovatif sebagai teladan kepada semua ahli panitia.
 20. Menjalankan semua arahan yang diberikan oleh Pengetua/GPK dari semasa ke semasa.
Logged
Cheong Wooi Chun
SMK St George, Perak
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 892



« Reply #15 on: October 02, 2011, 01:41:57 AM »

1. Deskripsi Tugas Guru Kanan Mata Pelajaran

1.1      Pemimpin Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
-Menetapkan matlamat kurikulum
-Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum
-Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum
-Menentukan jenis- jenis mata pelajaran elektif
-Merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran (P&P)
-Memastikan sumber dan bahan P&P mencukupi
-Sebagai pendidik contoh, meningkatkan tahap profesionalisme keguruan
-Membudayakan ilmu
1.2    Pemantau Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
-Menentukan matlamat kurikulum sekolah dijayakan
-Mempastikan Kursus pengajian dipatuhi
-Menentukan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran adalah relevan
1.3    Penilai Kurikulum
Membantu Pengetua/ GB
-Mengubahsuai program dan aktiviti kurikulum bagi mencapai matlamat kurikulum
-Menilai keberkesanan amalan P&P
-Merancang mentadbir dan melaksanakan ujian dan peperiksaan
-Menilai pencapaian murid

2.    Deskripsi Tugas Jawatankuasa Kurikulum
2.1       Menyelaras segala dasar Kurikulum Sekolah.
2.2       Menyediakan mesyuarat JKS.
2.3       Menetapkan kursus / pengajian di sekolah.
2.4       Menetapkan kaedah pemantauan P&P dan pengurusan panitia mata pelajaran dan pelaksanaan aktiviti rancangan tahunan.
2.5       Menyediakan laporan pemantauan dan mengambil tindakan susulan.
2.6       Menetapkan jadual waktu persekolahan.
2.7       Menetapkan sistem pengurusan peperiksaan dan penilaian.
2.8       Memastikan prestasi akademik sekolah sentiasa cemerlang.
2.9       Menyediakan sistem fail panitia berdasarkan ISO dan sentiasa mengemakini data.
2.10    Memastikan guru-guru mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata pelajaran.
2.11    Memastikan penulisan rancangan tahunan, rancangan harian guru mengikut format ditetapkan.
2.12    Memastikan Sukatan Pelajaran (SP) dihabiskan seperti dijadualkan.
2.13    Merancang dan melaksanakan Perancangan Strategik ke arah kecemerlangan akademik.
2.14    Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum sekolah.
2.15    Menentukan panitia berfungsi dengan berkesan.
2.16    Memastikan PSS diurus dengan sempurna dan membantu program peningkatan akademik.
2.17    Berusaha memperbanyak dan mempelbagai BBM
2.18    Merancang, melaksana dan menilai aktiviti program peningkatan akademik.
2.19    Merancang, melaksana dan menilai program perkembangan staf di sekolah.

3.    Deskripsi Tugas Ketua Panitia
3.1       Memperoleh SP dan HSP yang terkini.
3.2       Menyediakan dan menyelaras rancangan pelajaran.
3.3       Memilih dan mencadangkan buku kerja dan buku bacaan tambahan kepada JK Kurikulum.
3.4       Mengadakan mesyuarat panitia.
3.5       Merancang dan melaksana program peningkatan prestasi akademik.
3.6       Menyelaras soalan ujian, menganalisis keputusan peperiksaan serta menyusun strategi pemulihan.
3.7       Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran P&P.
3.8       Menyedia dan memperoleh BBM dan BBB.
3.9       Merancang program khas murid bermasalah 3M.
3.10       Memastikan bilik khas kondusif untuk P & P.
3.11       Menyediakan anggaran perbelanjaan.
3.12       Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.
3.13       Mengurus dan menyemak stok panitia.
3.14       Memastikan fail-fail panitia diurus dengan sistematik (ISO) dan kemaskini.

4.    Deskripsi Tugas Guru Mata Pelajaran
4.1    Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran dan huraian mata  pelajaran yang berkenaan. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan  yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat  yang harus dicapai, iaitu dari  segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.      
4.2    Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.
4.3    Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun / sepenggal / semingggu / harian dan melaksanakan pengajarnnya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.
4.4    Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua atau wakilnya untuk penyeliaan pada masa yang dikehendaki.
4.5    Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
4.6    Menjalankan Strategi HEADCOUNT untuk mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas    pemulihan / bimbingan.
4.7    Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
4.8    Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh KPM/ JPN dan PPD.
4.9    Memastikan keselamatan pelajar di makmal / bengkel KH / ERT / Sains Pertanian / Padang serta mengatasi penggunaan peralatan.
4.10    Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
 4.11    Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam P&P.
4.12    Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk  tindakan selanjutnya.
4.13    Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkaya PSS.
4.14    Menggunakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
4.15    Membantu menguruskan bank soalan.
4.16    Menjalanakan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
4.17    Bekerja sebagai Team Player.

5. Deskripsi Tugas JK Jadual Waktu dan Guru Ganti
5.1    Menetukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
5.2    Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
5.3    Memastikan pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu sesuai untuk semua guru.
5.4    Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran.
5.5    Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
5.6    Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok.
5.7    Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
5.8    Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu yang ditentukan.
5.9    Membuat pindaan jadual waktu, jika perlu.
5.10    Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk makluman umum.

6.    Deskripsi Tugas JK Guru Ganti
6.1    Mengenalpasti guru yang tidak hadir pada hari tersebut.
6.2    Merujuk jadual waktu induk untuk membuat jadual guru ganti.
6.3    Memastikan pengagihan masa untuk mengganti guru yang tidak hadir adalah sesuai.
6.4    Mengagihkan slip guru ganti kepada guru-guru berkenaan.
6.5    Mengingatkan guru-guru ganti untuk mengambil bahan yang ditinggalkan oleh guru mata pelajaran.
6.6    Memastikan guru-guru ganti masuk ke kelas yang sepatutnya berdasarkan Slip Guru Ganti.

7.    Deskripsi Tugas Guru Media dan perpustakaan
7.1    Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat antara 6-10 waktu seminggu.
7.2    Merancang dan melaksanakan dasar program tahunan Pusat Sumber Sekolah (PSS) bersama- sama pengetua dan kakitangan PSS, guru dan pelajar sekolah.
7.3    Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK kurikulum sekolah.
7.4    Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan
   kemaskini.
7.5    Merancang dan melaksanakan Perkhidmatan PSS  yang dapat  menyokong pelakksanaan P&P.
7.6    Merancang dan mengurus Program Nilam dan pembudayaan ilmu.
7.7    Merancang dan mengurus program promosi PSS.
7.8    Merancang, melaksanakan dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS.
7.9    Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
berasaskan sumber.
7.10   Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS.
7.11   Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS.
7.12   Menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja PSS.
7.13   Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS.
7.14   Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan PSS.
7.15   Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan PSS.
7.16    Mempromosi dan menjadi ahli persatuan Perpustakaan / PSS Negeri.
7.17    Menyeliakan laporan serta analisis perlaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS.
7.18    Menghantar data dan laporan perlaksanaan Program PSS khasnya l aporan PSS dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN pada bulan Oktober setiap tahun.

8.    Deskripsi Tugas Jawatankuasa Perpustakaan
8.1    Mengadakan mesyuarat dengan guru penasihat perpustakaan.
8.2    Memilih dan melantik pengawas perpustakaan.
8.3    Membentuk JK Perpustakaan Sekolah.
8.4    Memilih, memesan serta membeli buku dan bahan bacaan yang sesuai.
8.5    Merekod buku atau bahan yang diterima ke dalam buku stok.
8.6    Merekod buku yang telah dibeli dalam buku perolehan.
8.7    Mengemaskini data dalam sistem Pengautomasian PSS.
8.8    Memproses buku (Merekod slip kerja,  kad tarikh, kad pinjam serta menyampul buku)
8.9    Menggred buku.
8.10    Mengagih buku secara pinjaman berkelompok.
8.11    Melaksana program NILAM.
8.12    Memastikan peraturan perpustakaan sentiasa dipatuhi oleh semua.
8.13    Menyediakan jadual penggunaan perpustakaan mengikut tingkatan. Memastikan pengawas/ pustakawan menjalankan tugas seperti yang tercatat dalam perlembagaan.
8.14    Meracang aktiviti tahunan dengan kerjasama pengawas perpustakaan,
8.15    Merancang aktiviti dan memastikannya dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dengan bimbingan penasihat yang ditentukan.
8.16    Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan perpustakaan.
8.17    Memastikan minit mesyuarat disediakan dan difailkan.
8.18    Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari
Kokurikulum dan Hari terbuka.
8.19    Memastikan papan kenyataan di luar dan di dalam perpustakaan digunakan dengan
sepenuhnya dan sentiasa dikemaskini.
8.20    Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan dari pihak sekolah.
8.21    Mengadakan pameran buku-buku baru.
8.22    Menganalisis data pinjaman buku-buku.
8.23    Mempamerkan graf-graf bilangan / jenis buku yang dipinjam oleh pelajar setiap bulan.
8.24    Mengadakan program orientasi Penggunaan Perpustakaan bagi pelajar-pelajar Peralihan dan Tingkatan 1.
8.25    Bahan bantuan mengajar BBM / APD /K (Komputer) yang berkuasa elektrik dan bahan software/ hardware sentiasa dalam keadaan baik.
8.26    Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
8.27    Memastikan alat-alat tersebut sentiasa selamat dan dijaga dengan sempurna.
8.28    Membnatu Pengetua dalam pemilihan, sebut harga dana lat-alat BBM / APD / K.
8.29    Menyedikan laporan tahunan BBM / APD / K.

9.    Deskripsi Tugas Jawatankuasa Orientasi Pelajar
9.1    Menyediakan program berhemah dalam masa satu minggu.
9.2    Menyediakan slot-slot lawatan dan ceramah untuk keperluan orientasi.
9.3    Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk keperibadian dan perpaduan.
9.4    Memperkenalkan prospektif pembelajaran.
9.5    Pembudayaan pelajar.
9.6    Menyediakan panduan, peraturan dan larangan semasa di sekolah.

10.    Deskripsi Tugas JK Penilaian dan Peperiksaan serta Headcount
10.1 Tugas umum :
10.1.1    Merancang dan melaksanakan penilaian dan peperiksaan di peringkat sekolah.
10.1.2    Merancang jadual peperiksaan dan ujian.
10.1.3    Menentukan kumpulan sasaran (HC)
10.1.4    Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
10.1.5    Memastikan JSU dipatuhi.
10.1.6    Menetapkan pengawasan.
10.1.7    Mematuhi syarat kelulusan.
10.1.8    Menganalisi keputusan peperiksaan.
10.1.9    Memberi maklum balas kepada JK Kurikulum.
10.1.10   Menyediakan bank soalan di peringkat sekolah.

10.2 Tugas Setiausaha Peperiksaan :
10.2.1    Menyediakan takwim ujian / peperiksaan sekolah.
10.2.2    Menyediakan jadual penyedia soalan dan pengawasan ujian / peperiksaan.
10.2.3    Mengadakan taklimat peperiksaan awam bersama Pengetua, GPK Pentadbiran dan guru-guru yang terlibat.
10.2.4   Memastikan semua urusan peperiksaan berjalan dengan baik.
10.2.5    Menyediakan fail-fail peperiksaan awam sebelum dan selepas peperiksaan.
10.2.6    Memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan awam.
10.2.7    Memastikan kertas soalan peperiksaan dicetak mengikut jadual dan disimpan dengan selamat.
10.2.8    Menyediakan tempat / pelan / peralatan bagi pusat peperiksaan awam.
10.2.9    Menyediakan jadual guru bertugas semasa peperiksaan awam, dan menyediakan fail, buku
      laporan dan sebarang data yang perlu semasa peperiksaan awam berjalan.
10.2.10    Memastikan keselamatan pusat peperiksaan awam .
10.2.11    Membantu penyelaras tingkatan dalam urusan menyusun pelajar naik tingkatan / urusan mencari
      pelajar yang menerima anugerah cemerlang.
10.2.12    Mengurus proses pemberian slip peperiksaan awam apabila keputusan  diumumkan.
10.2.13    Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Tuan Pengetua.

10.3    Tugas Penyelaras Peperiksaan Dalaman
10.3.1    Membantu setiausaha peperiksaan dalam penyediaan takwim peperiksaan dalaman.
10.3.2    Memastikan kecukupan dan keselamatan soalan peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.
10.3.3    Menguruskan fail-fail berkaitan dengan peperiksaan dalaman.
10.3.4    Membantu setiausaha peperiksaan (SUP)  memastikan ujian / peperiksaan berjalan lancar.
10.3.5    Membantu SUP menyediakan analisa ujian / peperiksaan dalam dan menyimpannya di dalam fail.
10.3.6    Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oelh Tuan Pengetua.

10.4 Tugas Penyelaras Peperiksaan Awam (PMR, SPM dan STPM)
10.4.1    Membantu SUP dalam penyelarasan takwim peperiksaan awam.
10.4.2    Menguruskan pendaftaran calon peperiksaan dan bertanggung jawab menguruskan sebarang kemusykilan berkaitan dengan pendaftaran calon peperiksaan.
10.4.3    Menguruskan fail-fail berkaitan dengan peperiksaan awam.
10.4.4    Membantu SUP menyediakn tempat / pelan /peralatan bagi pusat peperiksaan awam
10.4.5    MembantuSUP dalam memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar.
10.4.6    Membantu SUP dalam penyediaan analisis peperiksaan awam.
10.4.7    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tuan Pengetua
Logged
Jaafar Bin Zaini
SK St. Patrick
Teacher
Senior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 241



« Reply #16 on: October 02, 2011, 06:28:54 AM »

Terima kasih. Maklumat yang diberi sangat berguna.
Logged

Hj. Ja'afar bin Hj. Zaini
Penolong Kanan
SK St. Patrick, Mukah
Banyuk Bin Muhi
SK Encik Buyong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 47


Dari mana kita datang kemana kita akan kembali


« Reply #17 on: October 15, 2011, 10:59:31 PM »

Cuba rujuk Buku Pentadbiran kurukulum sekolah anda akan mengetahui kesemua apakah yang terkandung dalam hal tersebut secara menyeluruh khususnya bagi kita guru amnya dan pihak pengurusan sekolah Khasnya. Tanpa mengetahui hal ini menyebabkan kita akan mentafsir kurikulum ikut selera kita tanpa mengetahui hal sebenarnya. Perhatian semakin besar pangkat anda semakin besar dan berat tanggungjawab yang anda pikul,harap maklum.
Logged

SK Encik Buyong
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21298
Latest: mespebtersacePW
Stats
Total Posts: 254489
Total Topics: 21168
Online Today: 313
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 12
Guests: 255
Total: 267
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.133 seconds with 25 queries.