Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 08:26:47 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 07:37:11 PM]

[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]

[Yesterday at 09:14:15 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: TUGAS TUGAS KOKURIKULUM  (Read 2869 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Cheong Wooi Chun
SMK St George, Perak
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 892



« on: February 11, 2010, 07:13:39 PM »

BIDANG TUGAS
KOKURIKULUM
•   Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka panjang/pendek
•   Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
•   Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
•   Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
•   Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
•   Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat Daerah/Negeri/ Kebangsaan.
•   Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
•   Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
•   Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
•   Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
Sukan dan Permainan
•   Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
•   Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
•   Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
•   Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
•   Menguruskan pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah.
•   Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya.
Kelab / Persatuan
•   Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
•   Memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut jadual
Unit Beruniform
•   Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah.
•   Menyelaras pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.
•   Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.
Pengurusan
•   Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
•   Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
•   Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil.
•   Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah /artikel sekolah.
•   Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
•   Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
•   Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
•   Mengenalpasti guru/pelajar yang berpotensi untuk maju mengadakan program khas untuk mereka.
SETIAUSAHA SUKAN
•   Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
•   Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD, MSSS, MSSM.
•   Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
•   Menetapkan pelajar dalam rumah sukan
•   Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
•   Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
•   Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
•   Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
•   Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
•   Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran , rujukan dan rekod.
•   Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
•   Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah
•   Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
•   Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.
•   Mengenalpasti T.O.V (take of Value) dan merancangkan aktiviti sukan.
•   Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
•   Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
•   Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
•   Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman / luaran.
•   Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.
GURU PERMAINAN
•   Membentuk Jawatankuasa
•   Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
•   Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
•   Memastikan undang-undang permainan dan perlawana dipatuhi.
•   Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
•   Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
•   Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
•   Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
•   Mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
•   Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
•   Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
•   Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.
•   Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
•   Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah Sukan.
•   Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
•   Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (Johan Daerah/Negeri/Wakil Daerah/Wakil Negeri dan Negara.
•   Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa
PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM
•   Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.
•   Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
•   Menyelaras semua aktiviti.
•   Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit beruniform.
•   Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
•   Memastikan Peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan failkan
•   Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
•   Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum:
o   
   Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua pelajar.
   Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di Bilik Bimbingan dan Kauseling.
•   Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
o   
   Borang memasuki persatuan
   Borang senarai AJK dan ahli
   Buku Laporan Kegiatan
   Fail-Fail yang diperlukan
   Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod
   Mengumpulkan Laporan Tahunan dan Buku Kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod
   Membuat Laporan Tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
   Kokurikulum sekolah.
GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB
•   Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab
•   Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah
•   Memastikan adanya peraturan/perlembagaan
•   Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan
•   Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
•   Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
•   Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan failkan.
•   Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab.
•   Bekerjasama dengan pihak untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Upacara, Hari Guru dan lain-lain.
•   Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
•   Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
•   Memastikan tidak ada unsur subvertif tersebar/disebarkan di kalangan ahli.
•   Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum.
KETUA RUMAH SUKAN
•   Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
•   Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
•   Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.
•   Menjalankan Mesyuarat Agung rumah sukan dan permainan.
•   Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
•   Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
•   Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
•   Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
GURU RUMAH SUKAN
•   Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
•   Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan.  Kedatangan dicatat dalam buku kehadiran.
•   Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
•   Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
•   Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
•   Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
•   Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.
•   Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.

Logged

Cheong Wooi Chun
SMK St George
Perak
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #1 on: July 10, 2010, 05:07:40 PM »

ada tak tugas tugas kokurikulum untuk sekolah rendah, kalau ada tolong uploadkan atau sekolah rendah dan menengah sama saja.
Logged

Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
95007, Sri Aman,
Sarawak
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1964


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #2 on: July 10, 2010, 05:18:25 PM »

ada tak tugas tugas kokurikulum untuk sekolah rendah, kalau ada tolong uploadkan atau sekolah rendah dan menengah sama saja.

Tahniah kepada PK SK Agama Sri Aman. Untuk makluman semua tugas Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah sama saja. Boleh dirujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Negeri Sarawak. Cuba Search dalam engkabang.net.
Logged

Kumaraveloo A/L Terpari @ Thirupathy
SMK Sri Aman, Sri Aman
Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh,sedarlah ianya proses menuju kematangan
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #3 on: July 10, 2010, 05:39:48 PM »

Tahniah kepada PK SK Agama Sri Aman. Untuk makluman semua tugas Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah sama saja. Boleh dirujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Negeri Sarawak. Cuba Search dalam engkabang.net.

terima kasih cikgu kumar. masih dalam proses untuk memahami tugas baru.
Logged
Zainal Abidin Bin Ahmad
SK Sg. Bakas
JU ICT PraSekolah
Veteran Member
*

Fame: 11
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 507



« Reply #4 on: July 12, 2010, 04:46:33 PM »

Terima kasih atas perkongsian maklumat ini...
Logged

Zainal Abidin Bin Ahmad
Guru Prasekolah
SK Sungai Bakas, Bakas, Bakong
Rabbilah Ayup
SK Senadin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 15
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 213


U say the same, u stay the same...


« Reply #5 on: July 13, 2010, 08:53:50 PM »

Ckgu, nak tanya pulak...apa beza SU SUKAN dengan SU KK?Adakah bidang tugasnya sama?
Logged

Rabbilah Binti Ayup
Guru Penolong Agama
SK Senadin, Miri
my_rafiq@yahoo.com.my
Chemenda Ak Manan
SMK Bakong
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 107


"Melangkah Untuk Mencapai Impian"-Welgeluk-


« Reply #6 on: July 17, 2010, 07:22:58 PM »

tq..atas perkongsian maklumat ini. emmm...mencabar juga tugas PK KK.... Roll Eyes
Logged

Chemenda Ak Manan
SMK Bakong
Guru Akademik Biasa
Semun Jali
SK Sg. Bakas
Teacher
Senior Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 233


"Minda Ibarat Air yang Jernih"


« Reply #7 on: July 18, 2010, 07:22:31 PM »

TQ kongsi maklumat sebegini... Smiley Smiley
Logged

Kita Berjaya Jika Kita Tinggalkan Kegagalan Dengan Bersemangat
Lee Dawata Dahlan
SMK Kanowit
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 128


SMK Kanowit


« Reply #8 on: October 06, 2010, 11:56:06 AM »

Ckgu, nak tanya pulak...apa beza SU SUKAN dengan SU KK?Adakah bidang tugasnya sama?***

su sukan - mengurus semua pasukan sekolah tak kira semua jenis sukan
su kk      - lebih kepada kerja kerani/surat menyurat dsbnya.
Logged

SMK Kanowit
Lot 303, Jalan Kanowit-Durin
96700 Kanowit
Sibu, Sarawak
Tel : 084-752152  Fax: 084-753700
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1964


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #9 on: October 06, 2010, 01:17:52 PM »

Ckgu, nak tanya pulak...apa beza SU SUKAN dengan SU KK?Adakah bidang tugasnya sama?***

su sukan - mengurus semua pasukan sekolah tak kira semua jenis sukan
su kk      - lebih kepada kerja kerani/surat menyurat dsbnya.

Cikgu, salah takrifan untuk SU KK, anda boleh di saman oleh semua SU KK yang menjadi member di engkabang.net.  Angry

SU Sukan akan menguruskan aktiviti berkenaan sukan dan mereka ini di bantu oleh Guru Rumah Sukan serta Guru Pasukan Sekolah yang biasanya terdiri daripada Jurulatih-jurulatih yang dikenalpasti dan bertauliah untuk membantu memantapkan aktiviti sukan sekolah.

SU KK biasanya dibantu oleh Penyelaras Sukan Permainan, Kelab dan Persatuan serta Unit Beruniform dari segi aktiviti dalam setiap Unit yang saya sebutkan tadi, dan SU KK juga bertanggungjawab membantu PKKK dalam pengiraan 10% markah KK. Jangan memperkecilkan tugas SU KK jika anda tidak pernah membuat kerja tersebut dan hanya sekadar melihat SU KK itu kerjanya ada di sekolah sepanjang masa dan menyediakan fail-fail. Kalau nak rasa, pindah sekolah saya, kita boleh kongsi tugas. Pengalaman tidak diperolehi sekadar mendengar cerita orang lain, seharusnya merasai sendiri (hands-on)... Cheesy
Logged
Dyg Azizah M.Salleh
SMK Kubong
Teacher
Junior Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 77



« Reply #10 on: December 03, 2010, 05:50:29 AM »

Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum selalunya memang ada dihantar ke sekolah-sekolah. Senarai tugas yang sangat panjang ..
Logged

SMK Kubong
Jaafar Bin Zaini
SK St. Patrick
Teacher
Senior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 241



« Reply #11 on: January 30, 2011, 03:32:59 AM »

Terima kasih atas perkongsian. Jadikan Buku Panduan Pengurusan KK sebagai panduan. Namun perbincangan sebegini lebih membuka minda.
Logged

Hj. Ja'afar bin Hj. Zaini
Penolong Kanan
SK St. Patrick, Mukah
Lee Dawata Dahlan
SMK Kanowit
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 128


SMK Kanowit


« Reply #12 on: February 22, 2011, 08:34:27 AM »

wah hebat cikgu cheong, dan panjang yer.
Tapi cikgu harus ingat bidang pengurusan kk melibatkan 4 aspek iaitu planning, Leading, Organizing and control (PLOC).
Namun yang sepatutnya dinamik ialah perancangan rakan-rakan guru.
Kalau tidak Aktiviti kk sepanjang tahun menjadi bosan. Yes control boleh tetapi berpada-pada.
(based on my research on " relationship between school management and co curicular achievement in school" 2010)
terima kasih.
Logged
Rabbilah Ayup
SK Senadin
Teacher
Senior Member
*

Fame: 15
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 213


U say the same, u stay the same...


« Reply #13 on: February 22, 2011, 01:49:04 PM »

Terima kasih Cikgu Kumaraveloo...barulah jelas perbezaannya...terima kasih sekali lagi...
Logged
Rodziah
SMK Methodist, Sibu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 48


Berusaha Menyampaikan Ilmu


« Reply #14 on: May 01, 2011, 08:33:45 PM »

Terima kasih pada semua atas maklumat yang dberi. Semoga Su sukan dan SU KK dapat menjalankan tugas mereka dengan lancar.
Logged

Rodziah
SMK Methodist
Jalan Tun Abg. Hj Openg.
96000, Sibu
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21298
Latest: mespebtersacePW
Stats
Total Posts: 254489
Total Topics: 21168
Online Today: 313
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 12
Guests: 255
Total: 267
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.104 seconds with 26 queries.