salam...
nak tumpang tanya, ada x sapa2 kat cni, yang boleh bagi panduan untuk buat isi surat cadangan penempatan murid pemulihan yang bekeperluan khas?(@ contoh surat).
Salam 1Malaysia,
Bersama ini adalah sedikit maklumat untuk penempatan murid di Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi.
Untuk menempatkan murid ke Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
[dulu dikenali sebagai KKBP], murid berkenaan harus mendapat kelulusan penempatan dari JPN.
Borang yang perlu dilengkapisi ialah Borang Pendaftaran Kanak-kanak Kurang Upaya (0-18tahun) [Borang BPKKKU Pindaan1/2009]. Pastikan borang ini telah disahkan oleh Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan kerajaan atau Pakar Perubatan Swasta.
Dokumen lain yang boleh dipanjangkan bersama borang permohonan penempatan ialah rekod akademik murid (jika telah bersekolah) dan surat sokongan dari Guru Besar.
Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam menghantar permohonan kelulusan penempatan ialah:
1. Isi Borang BPKKKU(Pindaan 1/2009) yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan
2. Salinan Sijil Lahir Murid
3. Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa/ Penjaga
4. Laporan Akademik Sekolah (kalau sudah bersekolah)
5. Surat sokongan dari Guru Besar
Untuk makluman, pihak Jabatan akan mengeluarkans urat kelulusan kepada pihak PPD. Seterusnya, pihak PPD akan membuat penempatan murid tersebut.
Sila download Borang BPKKKU (Pindaan 1/2009) yang ada dilampirkan bersama ini.
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Penempatan Murid Berkeperluan Khas, sila hubungi 082-276257.
Sekian. Terima kasih.