Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 12:22:35 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS  (Read 5003 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Sabang B Chek
SK Abang Kadir Gedong
Teacher
Senior Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 205



« on: April 09, 2010, 08:56:31 PM »

Salam 1Malaysia.

Bersama-sama ini dikongsikan maklumat berkaitan yang dimuat turun dari laman KPM untuk makluman kita bersama.

Sumber : Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2010/1270805491.pdf)

Ruj. Kami : KP(PP) 0022/252 ( 8 )
Tarikh : 22 Mac 2010

PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU BAGI
MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PADA TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg Datuk/ Dato’/ tuan/ puan mengenai perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa peruntukan untuk latihan dalam perkhidmatan di KPM bagi tahun 2010 telah dikurangkan tetapi setiap anggota KPM masih perlu memenuhi keperluan dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari kursus setahun. Oleh itu, langkah alternatif untuk memenuhi keperluan 7 hari kursus setahun bagi setiap anggota KPM selain menerusi kaedah Blended Training Approach (sesi perkongsian ilmu, Executive Talk, program pementoran dan sebagainya yang boleh dikira dengan enam (6) jam kehadiran bersamaan 1 hari kursus) perlu diambil.

3.    Sehubungan itu, KPM telah memutuskan supaya kursus 7 hari setahun bagi setiap anggota KPM dalam tahun 2010 boleh digantikan dengan pembacaan buku. Pembacaan buku adalah sebagai alternatif sekiranya kewajipan menghadiri kursus bagi semua kakitangan awam tidak dapat dipenuhi. Pelaksanaan pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus ini adalah melalui dua pendekatan seperti berikut :-
 
(i)    sekiranya anggota KPM memenuhi keperluan 7 hari kursus, maka
tiada pembacaan buku diperlukan; dan

(ii)    bilangan buku yang perlu dibaca adalah bergantung kepada bilangan
hari kursus yang diperlukan untuk memenuhi 7 hari kursus seperti
yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005.

4.    Kaedah pelaksanaan pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus
dilaksanakan melalui mekanisme seperti berikut :-

(i)    Ketua Jabatan atau Panel Khas di Bahagian/ Jabatan akan
menentukan jenis bahan bacaan atau jenis perkongsian pengalaman
kerja yang ditetapkan;
(ii)    Pembentangan dan penulisan sinopsis buku yang disediakan perlu
meliputi perkara-perkara berikut :-
( a ) Ringkasan Eksekutif;
( b ) Pembelajaran yang diperolehi; dan
( c ) Aplikasi di dalam Organisasi;
(iii)    Pembentangan ke atas pembacaan buku boleh diadakan dalam majlis
rasmi seperti mesyuarat, perhimpunan bulanan Bahagian/ Jabatan, sesi perkongsian ilmu, sesi pembelajaran, sesi perbincangan dan sebagainya  dengan penyertaan oleh pembentang, pegawai penilai dan anggota organisasi berkenaan;
(iv)    Tempoh pembentangan adalah mengikut kumpulan kategori pegawai
KPM dalam lingkungan 10 minit hingga 15 minit;
(v)    Sesi pembentangan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan ataupun oleh
seorang pegawai yang satu gred lebih tinggi daripada pembentang;
dan
(vi)    Ada sesi soal jawab.

5.    Pembentangan ke atas pembacaan buku dan penulisan sinopsis adalah mengikut kumpulan kategori pegawai seperti berikut :-
(i)    Pengurusan Tertinggi / JUSA
Pembentangan ke atas pembacaan buku dan penulisan sinopsis buku
adalah diwajibkan. Sinopsis perlu diedarkan semasa pembentangan;
(ii)    Pengurusan & Profesional (Gred 41 – 54)
Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembentangan;
(iii)    Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17 – 40)
Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembentangan; dan
(iv)    Kumpulan Sokongan 2 (Gred 16 ke bawah)
Pembentangan ke atas pembacaan buku/ pengalaman kerja adalah diwajibkan tanpa penulisan sinopsis buku.
Maklumat terperinci mengenai kaedah pelaksanaan adalah seperti di Lampiran A.

6.    Sehubungan dengan itu, kerjasama Ketua-Ketua Jabatan/ Bahagian adalah
dipohon untuk melaksanakan kaedah latihan secara pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus di Jabatan/ Bahagian masing-masing pada tahun 2010. Keutamaan masih diberikan kepada pegawai atau kakitangan menghadiri kursus sekiranya Jabatan/Bahagian masing-masing mempunyai peruntukan yang cukup.

7.    Dengan sukacitanya surat siaran ini dikemukakan kepada Y. Bhg Datuk/ Dato’/
tuan/ puan untuk dipanjangkan kepada semua anggota Jabatan/ Bahagian di bawah
pentadbiran masing-masing.

8.    Di atas segala kerjasama Y. Bhg Datuk/ Dato’/ tuan/ puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,



(KHALID BIN ABU BAKAR)
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
Lampiran A Kaedah Pelaksanaan.pdf
Logged

GURU AKADEMIK BIASA
YBA8305 SK ABANG KADIR GEDONG, SIMUNJAN
Macduff Ak Goyang
SK Ng Menyebat
Teacher
Veteran Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 513


give da best to get da best....GBU


« Reply #1 on: April 09, 2010, 09:38:39 PM »

thank for sharing da info...GBU
Logged

SK Ng Menyebat
Abang Zairol Bin Abang Abdul Wahab
SK Pengkalan Lobang
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 37


DUM SPIRO SPERO....


« Reply #2 on: April 09, 2010, 10:48:17 PM »

 Smiley Interesting ! Thanks for da info Cikgu.
Logged

Abang Zairol
Guru
SK Pengkalan Lobang
Jaffery Belitang
SK Ng Mujong
Teacher
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 61



« Reply #3 on: April 09, 2010, 10:54:00 PM »

Terima kasih kerana kongsi info ini cikgu...........
Tapi adakah cara ini berkesan di dalam meningkatkan kemahiran guru.Tetapi saya ucapkan syabas kepada KPM kerana dapat mewujudkan aktiviti lain bagi menigkatkan kemahiran guru.
Logged

MANSANG SELALU
Leonard Bin Albert
SK Salah Kechil
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 21


seek n you'll find


« Reply #4 on: April 09, 2010, 11:11:04 PM »

TQVM Cikgu
Logged

GAB
SK Salah Kechil
Muhamad Amin
SMK Serian
Teacher
Junior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Posts: 70



« Reply #5 on: April 10, 2010, 05:30:20 AM »

terima kasih  cikgu sabang atas info ini.
Logged

SMK Serian
Cornelius Anak Bulang
SK Long Jekitan
Teacher
Junior Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 83


"Belajar Untuk Hidup dan Hidup Untuk Belajar"


« Reply #6 on: April 10, 2010, 06:27:18 AM »

TQ Cikgu Sabang di atas perkongsian maklumat tersebut.
Logged

CORNELIUS ANAK BULANG
Guru Akademik Biasa
SK Long Jekitan, Baram

Guru tidak boleh hidup sekiranya tiada murid,
murid tidak boleh hidup sekiranya tiada guru
John Nahason
SK Long Naah
Teacher
Senior Member
*

Fame: 11
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 379



« Reply #7 on: April 10, 2010, 11:10:47 AM »

Terima kasih untuk perkongsian ini. Kaedah yang amat baik. Boleh menjimatkan banyak kos kerana tidak perlu membayar tuntutan perjalanan dan sebagainya dan sangat berfaedah terutamanya buat guru-guru yang jauh nun di pedalaman seperti kami... Cool

p/s.. Walau bagaimanapun, sekiranya latihan atau kursus tersebut melibatkan aplikasi, praktikal dan tunjuk cara mestilah dibuat secara bersemuka dengan mentor dan jurulatih. Melalui buku tak boleh la... Smiley
« Last Edit: April 10, 2010, 11:13:27 AM by John Nahason » Logged

SK Long Naah
Gracier Kadod
SMK Tun Abdul Razak
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5



« Reply #8 on: April 10, 2010, 07:31:03 PM »

IKUTLAH KEPERLUAN TERSEBUT. TAK PERLU NAK TOKOK TAMBAH.
Logged

SMK Tun Abdul Razak
Gracier Kadod
SMK Tun Abdul Razak
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 5



« Reply #9 on: April 10, 2010, 07:34:11 PM »

TQVM CIKGU...LANGKAH2 MENAMBAH ILMU TETAPI MENGURANGKAN $$$$.
Logged
Abang Zairol Bin Abang Abdul Wahab
SK Pengkalan Lobang
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 37


DUM SPIRO SPERO....


« Reply #10 on: April 11, 2010, 10:35:34 AM »

 Wink thanks for sharing. Jimat kos !!!!!
Logged
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #11 on: April 11, 2010, 12:49:38 PM »

Terima kasih Cikgu Sabang atas perkongsian info ini. Berita baik untuk kita warga pendidik, tak perlulah berkursus yang melibatkan perbelanjaan besar.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Rayner Clement
SK Long Makabar
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 13



« Reply #12 on: April 11, 2010, 01:37:35 PM »

good alternative..
Logged

conserve, protect & manage wisely our Earth..
for a living planet..
RBC 2009
SKKGMINYAK
KUDAT
Kussanawati Bt Saibi
SK St Augustine
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 17



« Reply #13 on: April 11, 2010, 07:31:13 PM »

Terima Kasih atas informasi tersebut......
Logged

Guru Akademik
SK St Augustine
Mohd Fauzi Bin Johor
SK Sebauh
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 110


Mesra,telus dan bermaklumat


WWW
« Reply #14 on: April 11, 2010, 07:36:52 PM »

selepas ni , membaca/ulangkaji buku PTK bolehlah di kategorikan berkursus. Grin
Logged

Mohd Fauzi Bin Johor
SK Sebauh
Wong Hee Ting
SMK Jalan Arang

Senior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 230


向着标杆直跑。。。加油!


« Reply #15 on: April 11, 2010, 11:58:36 PM »

Thanks.
Logged

Wong Hee Ting
SMK Jalan Arang
heeting@yahoo.com
Guru Penyelaras Bestari
SU Peperiksaan SPM
Johari Bin Bujang
SK St. Peter Saratok

Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 125


jebon


« Reply #16 on: April 12, 2010, 11:25:25 AM »

mungkin salah satu cara KPM nak galakkan guru-guru membaca buku ni..tetapi apa kategori buku yang nak dibaca belum pasti..buku ilmiah ke, buku akademik ke, buku cerita ke, politik, dan macam2 lagilah..kita tunggu dan lihat..bagus info ni. tq cikgu.
Logged

Johari Bin Bujang
SK Saint Peter Saratok
Mathew ak Ringgi
SK Pa ' Dallih
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 46


You'll Never Walk Alone


« Reply #17 on: April 12, 2010, 03:22:39 PM »

salah satu untuk berjimat.....jimat membawa berkat!!!!!Hebat KPM.......
Logged

Mathew Ringgi
Guru Pemulihan
SK Pa ' Dallih,
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram,
98050, Marudi, Sarawak.
Lo Ai Ching
SMK Engkelili
Teacher
Junior Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 79



« Reply #18 on: April 12, 2010, 07:11:31 PM »

Thanks for info.  Cheesy Cheesy jimat kos but  Tongue Tongue tambah satu lagi tugas guru perlu buat coursework(buat sinopsis apa yang dibaca).Anyways bagus juga menambahkan ilmu dan galakkan budaya membaca. Cheesy Cheesy
Logged

Lo Ai Ching
SMK Engkilili
Norhayati Syahada
SK Bajong
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2


yum...


« Reply #19 on: April 12, 2010, 07:50:45 PM »

satu idea yang bagus Cheesy. boleh menjimatkan kos dan masa cikgu.. Grin
Logged

SK Bajong
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21311
Latest: LamefuenteeKH
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 229
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 11
Guests: 224
Total: 235
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.101 seconds with 26 queries.