Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
Fame: 4
Offline
Gender: 
Posts: 236
org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!
|
 |
« on: May 03, 2010, 06:14:58 AM » |
|
Berikut merupakan kemusykilan yang timbul dalam novel Melunas Rindu,
a) mengapakah sofia meninggal dunia? b) mengapakah sofia dijaga oleh Pak Ismail? c)......
sebenarnya novel Melunas Rindu merupakan novel sekuel, iaitu Novel Pia (novel pertama) dan dilanjutkan Novel Melunas Rindu.
saya akan sertakan sinopsis yang penting dalam novel PIA dan saya berharap guru memahami dan mengisi lompong dalam novel Melunas Rindu. walau bagaimanapun, cerita yang terdapat dalam novel PIA jangan ditulis dalam jawapan peperiksaan kerana novel itu tidak diuji.
sebalik kisah Melunas Rindu…..PIA….
1. Kehadiran Fuad ke Danau Seberang tidak dicurigai oleh Pak Mail walaupun isterinya Mak Salmah agak keberatan menerimanya kerana mereka mempunyai seorang anak angkat berusia 17 tahun bernama Sofia yang tinggal bersama-sama mereka.
2. Fuad banyak membantu "menghidupkan" suasana di Danau Seberang dengan cara mengusahakan agar dibina gelanggang sepak takraw dan padang bola supaya anak-anak muda di kampung itu dapat menjalankan aktiviti yang bermanfaat.
3. Fuad pernah berkawan baik dengan Borhan tetapi persahabatan tersebut menjadi dingin kerana Fuad dituduh cuba memiliki Masnah (anak penghulu). Borhan sebenarnya suka kepada Masnah tetapi dipendamkan kerana latar belakang keluarganya yang miskin. Persahabatan tersebut terus menjadi dingin apabila Borhan terserempak Fuad duduk berdua-duaan dengan Masnah. Di dalam novel Melunas Rindu, diceritakan Fuad sendiri bersama Pak Mail meminangkan Masnah untuk Borhan bahkan segala perbelanjaan perkahwinan ditanggung oleh Fuad. Sejak itu hubungan mereka menjadi akrab semula.
4. Fuad berusaha untuk memenangi hati Pak Mail dan Mak Salmah dengan cara mempelajari cara kehidupan mereka iaitu bertani. Di samping itu Fuad cuba mendekati Sofia dengan cara membantunya dalam pelajaran setelah dikesan tidak berminat dalam mata pelajaran Fizik dan Matematik Tambahan.
5. Akhirnya komplot untuk melarikan Sofia terserlah. Robert Lim menjadi perancang kepada usaha tersebut akan bakal dilaksanakan oleh Fuad. Pada ketika itu Robert Lim sendiri tidak mengetahui bahawa Fuad ialah anak kandungnya. Hanya Peter Lim tahukan hal tersebut tetapi merahsiakannya. Fuad bersetuju melarikan Sofia agar dapat berkahwin dengannya.
6. Atas alasan bertemu auntie, Sofia dibawa oleh Fuad ke rumah auntinya Susan (ibu sebenar Sofia). Sofia ketika itu mengikut satu rombongan sekolah ke Kuala Lumpur. Dia dilepaskan bertemu auntie Fuad dengan persetujuan bertulis ibu bapanya. Mak Salmah berasa tidak sedap hati setelah teringat akan peristiwa kedatangan Robert Lim dan Susan ke rumahnya untuk meminta semula anak mereka Sofia.
7. Akhirnya perkara yang dibimbangi berlaku terjadi juga. Hal tersebut menjadi bertambah rumit apabila Peter Lim bertemu sendiri dengan Robert Lim dan menceritakan hal sebenar supaya perkahwinan antara Fuad dan Sofia dapat dielakkan. Peter Lim sebenarnya yang menculik Fuad daripada Seman (datuknya) dan dilarikan ke Sungai Ruan. Fuad dipelihara seperti anak sendiri tanpa pengetahuan sesiapa. Ketika usia 7 tahun, Robert Lim meminta kebenaran daripada Peter Lim untuk memelihara Fuad. Peter Lim memberi keizinan tanpa menceritakan identiti sebenar Fuad kepada Robert Lim.
8. Hal ini memaksa Robert Lim menukar rancangan untuk membawa Sofia ke Amerika Syarikat (Los Angeles) agar dipelihara sementara oleh kedua-dua orang anaknya yang tinggal di sana. Hal ini tidak diberitahu kepada Fuad menyebabkan Fuad berang.
9. Berdasarkan maklumat daripada Chin, Fuad memandu bersendirian mengejar kereta yang dinaiki oleh Susan dan Sofia yang dalam perjalanan ke Bayan Lepas. Dalam satu situasi kejar-mengejar, kereta yang dipandu oleh pemandu Robert Lim iaitu Chua telah terbabas ke dalam sebuah gaung. Kereta tersebut meletup dan terbakar. Sofia dan Susan terkorban dalam kemalangan ngeri itu.
10. Jenazah Sofia disemadikan secara Islam oleh Fuad.
11. Setelah balik ke Sungai Ruan, Peter Lim menceritakan hal sebenar kepada Fuad bahawa Sofia ialah adik kandungnya.
12. Fuad membuat keputusan untuk kembali ke Danau Seberang untuk menebus semua dosa dan kesalahannya kepada Pak Mail, Mak Salmah dan penduduk kampung di sana.
13. Akibat insiden penculikan itu, Mak Salmah terlantar di hospital dan tidak mengetahui bahawa Sofia telah meninggal dunia. Cerita diakhir dengan kedatangan Fuad tetap diterima dengan rasa hati yang amat berat. Atas rasa tanggung jawab untuk membimbing semula Fuad ke jalan yang lurus, Pak Mail menerima segala risiko.
14. Dalam novel Melunas Rindu, bebanan itu amat berat untuk ditanggung oleh Fuad, Pak Mail dan Mak Salmah. Setelah lima bulan barulah Fuad dapat berkomunikasi dengan Mak Salmah. Hampir setahun baru segala-galanya pulih seperti sedia kala.
Novel bertajuk PIA yang ditulis oleh Hartini Hamzah merupakan siri pertama daripada dua sekuel novel iaitu PIA dan MELUNAS RINDU. Setelah membaca novel PIA sehingga tamat, kita akan memperoleh banyak maklumat yang tidak terjawab dalam novel Melunas Rindu. Misalnya, kematian Sofia diceritakan akibat daripada satu kemalangan jalan raya bersama ibunya Susan apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan terhumban ke dalam gaung. Dalam novel ini juga diceritakan sebab Sofia diserahkan kepada Pak Mail dan Mak Salmah iaitu kesan kepercayaan daripada ibu bapanya iaitu Robert Lim dan Susan bahawa Sofia bernasib malang. Diceritakan juga bagaimana Pak Ismail dan Mak Salmah membawa Sofia ke Danau Seberang sejak kecil.
|