Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 12:46:39 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: watak dan perwatakan: Fuad (Melunas Rindu)  (Read 1293 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: May 03, 2010, 06:24:17 AM »

Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang kacak, tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu.

Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika Syarikat. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contohnya, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan soalat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan.

Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu, contohnya dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa.

Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas.

Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai contohnya, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana. Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati dengan membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya.

Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain, contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan untuk makan malam di rumahnya.
Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Tiong Ngiek Moui
SJK Kiang Hin
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 9


Guru Data


« Reply #1 on: May 15, 2010, 12:15:07 PM »

terima kasih atas perkongsian  Smiley
Logged

SJK Kiang Hin
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21311
Latest: LamefuenteeKH
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 8
Guests: 181
Total: 189
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.084 seconds with 24 queries.