Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 12:56:39 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Karnival Sukan Hari Guru Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Sr  (Read 866 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« on: May 13, 2010, 07:47:42 PM »

Karnival Sukan Hari Guru Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Sri Aman 2010

Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman akan menganjurkan  Karnival Sukan Hari Guru bagi Tahun 2010. Karnival yang akan diadakan nanti diharap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga pendidik di Daerah Sri Aman. Karnival sukan ini dirancang kerana ia merupakan aktiviti riadah disamping dapat memupuk semangat muhibbah dikalangan warga pendidik seterusnya memperkasakan Konsep Satu Malaysia melalui tema hari guru Tahun 2010 “Guru Pembina Negara Bangsa”.
Berikut disertakan tentatif Karnival Sukan Hari Guru Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Sri Aman 2010

Bil.   Tarikh             Permainan / Sukan   Pegawai Seranta / Penyelaras                Venue
1.   14 – 16 Mei 2010     Sepak Takraw           En. isa bin Reff (SK Munggu Bringin)      Dewan Tertutup Kompleks
                                                                En. Musa Hj. Tuah (SMK Melugu)        Sukan Sri Aman
2.   22 – 23 Mei 2010     Petangue                   En. Iman bin Hj. Joni (SK Aping)
                                                                En. Md. Fuad Augustine (PPD Sri Aman)   SK Agama MIS
3.   26 – 27 Jun 2010     Badminton            En. Leonard Libau (SK Selanjan)              Dewan Polis
                                                                En. Chieng Chong Ing (SMK Simanggang)    / Kompleks Sukan
                                                                                                                         Sri   Aman
4.   03 - 04 Julai 2010     Tennis                    En. Abdul Rahman Narawi (SMK St. Luke)   Gelanggang Tennis     
                                                                                                                         Sri  Aman
5.   10 - 11 Julai 2010      Futsal                   En. Louis Aum (SK Pantu)                       Mini Stadium
                                                                En. Daniel Suboh (SK Temuduk Kem)    Sri Aman
                                                                                                             
6.   24 Julai 2010   Jamuan dan Malam Anugerah Sukan Hari Guru Peringkat Daerah Sri Aman 2010
 
Borang penyertaan dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Dulhadi bin Hj. Ismail di Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPD Sri Aman.

Logged

Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
95007, Sri Aman,
Sarawak
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #1 on: May 17, 2010, 09:56:44 PM »

16 May, 2010
Karnival Sukan Hari Guru 14 Mei - 11 Julai
SRI AMAN, Jumaat (14 Mei) – Majlis Sukan Guru Besar Daerah Sri Aman dengan kerjasama Pejabat Daerah Sri Aman akan menganjurkan Karnival Sukan Hari Guru 2010 di lima buah tempat dalam bandar ini bermula 14 Mei hingga 11 Julai kelak.

Jurucakap penganjur ketika dihubungi berkata sejumlah enam buah aktiviti akan diadakan menerusi karnival sukan bersempena dengan sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Daerah Sri Aman ini nanti.

Enam buah aktiviti berkenaan adalah Pertandingan Sepak Takraw, Petanque, Badminton, Tennis, Futsal dan Jamuan sempena dengan Malam Anugerah Sukan Hari Guru Peringkat Peringkat Daerah Sri Aman 2010.

“Pertandingan Sepak Takraw merupakan acara pembuka tirai bagi sambutan hari guru di sini. Ia akan berlangsung dari 14 hingga 16 Mei di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman sambil diselaras oleh Isa Reff dan Musa Haji Tuah.

“Manakala itu Pertandingan Petanque yang diselaras oleh Iman Haji Joni dan Muhamad Fuad Augustine pula akan bermula dari 22 hingga 23 Mei bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak, Sri Aman,” katanya.

Pertandingan Badminton sempena sambutan ini yang dikendalikan oleh Leonard Libau dan Chieng Chong Ing pula akan bermula dari 26 hingga 27 Jun bertempat di Kompleks Sukan Sri Aman dan Dewan Serbaguna Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman.

“Dua buah lagi acara iaitu Pertandingan Tennis dan Futsal akan berlangsung di Gelanggang Tenis Sri Aman dan Mini Stadium Sri Aman. Pertandingan Tennis yang dikendalikan oleh Abdul Rahman Narawi akan bermula dari 3 hingga 4 Julai.

“Sementara itu Pertandingan Futsal yang dikendalikan oleh Louis Aom dan Daniel Suboh pula akan bermula dari 10 hingga 11 Julai di Mini Stadium Sri Aman. Acara kemuncaknya Jamuan sempena dengan Malam Anugerah Sukan Hari Guru Peringkat Peringkat Daerah Sri Aman 2010 akan diadakan pada 24 Julai ini nanti,” katanya.

Justeru Karnival Sukan Hari Guru 2010 ini nanti katanya diharap agar dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga pendidik dari seluruh kawasan daerah Sri Aman menerusi penganjuran pertandingan terbabit.

“Malahan diharap agar karnival terbabit dapat memupuk semangat muhibbah dikalangan warga pendidik dan seterusnya memperkasakan lagi Konsep 1Malaysia melalui tema hari guru Tahun 2010 :Guru Pembina Negara Bangsa,” katanya.

http://sriamannews.blogspot.com/2010/05/karnival-sukan-hari-guru-14-mei-11.html
Logged
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #2 on: May 19, 2010, 09:02:51 AM »

Maklumat Karnival Sukan Sempena Hari Guru peringkat daerah Sri Aman
Badminton : http://forum.engkabang.net/index.php/topic,43271.msg376883/topicseen.html#new
Logged
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #3 on: May 19, 2010, 09:42:45 AM »

Terima kasih Cikgu Zaidi atas perkongsian info ini. Tahniah dan syabas kepada rakan guru yang menyertai Karnival Sukan Hari Guru Sri Aman. Selamat Hari Guru 2010..Guru Pembina Negara Bangsa.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Mokhtar Bin Ya'kup
SK Ulu Pelagus
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 370


...mmm...


« Reply #4 on: May 19, 2010, 04:58:41 PM »

Selamat hari guru... Majulah sukan untuk negara...  Grin
Logged

Mokhtar Ya'kup
SK Ulu Pelagus
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #5 on: May 21, 2010, 02:14:03 PM »

Tarikh : 22 – 23 Mei 2010     
Pertandingan : Petangue                   
Tempat : SK Agama MIS, Sri Aman

rakan2 disekitar sri aman marilah kita meriahkan karnival sukan sempana hari guru, esok. minggu lepas pertandingan sepak takraw, minggu ini petangue
Logged
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #6 on: May 21, 2010, 02:16:39 PM »

keputusan pertandingan sepak takraw

Laluan Juara

Kategori Terbuka

Juara : SK Abok

Pemain : Saiful Baha, Mas Haiziel Mas Mahmud, Safie Yaakup dan Keleman (pemain gantian)

Peringkat kumpulan :
1.   Mengalahkan SK Entalau (2 – 0)
2.   Mengalahkan SK Engkeranji (2 – 0)
3.   Mengalahkan SK Kem Pakit 4 (2 – 0)
4.   Mengalahkan SK Nanga Kumpang B (1 – 2)

Peringkat Pusingan ke-2 (Fasa Knock Out)
1.   Mengalahkan SK Nanga Kumpang C (2 – 0)

Peringkat Pusingan ke-3 (separuh akhir)
1.   Mengalahkan SK Nanga Kumpang A (2 – 0)

Peringkat Akhir
1.   Mengalahkan SMK Engkilili (2 – 0)


Kategori Veteran (Format pertandingan ialah Liga dalam kumpulan)

Juara : SMK Engkilili

Pemain : Mohd. Othman Jaini, Balqis Naneng, Wan Shamsu dan Maharip (pemain gantian)

Pertemuan :
1.   Mengalahkan PEDAS II (2-0)
2.   Mengalahkan Zon Lingga (2-0)
3.   Mengalahkan Joker Miaw (2-0)
4.   Mengalahkan Up Brother Up (2-0)

Logged
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #7 on: May 22, 2010, 01:56:51 PM »

21 May, 2010
SK Abok juara Terbuka Takraw Karnival Sukan Hari Guru Sri Aman, SMK Engkilili juara veteran



Caption:

1. KAMI JUARA...Timbalan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sri Aman, Haji Abdul Rahman Muhayuddin (berdiri dua kiri) bergambar kenangan bersama pasukan juara terbuka dan veteran sebaik sahaja tamat pertandingan terbabit.

2. PASUKAN TERBAIK...Pasukan Up Brother Up dinobatkan sebagai pasukan terbaik bagi pertandingan tersebut.

- 21 Mei


Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Abok dari Pantu muncul juara bagi Kategori Terbuka Pertandingan Sepak Takraw Karnival Sukan Sempena Hari Guru peringkat Daerah Sri Aman 2010 baru-baru ini.


SK Abok yang dianggotai oleh Saiful Baha, Mas Haiziel Mas Mahmud, Safie Yaakup dan Keleman (pemain gantian) telah menewaskan pasukan SMK Engkilili dengan kemenangan set 2-0 pada aksi final perlawanan kategori terbabit bertempat Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman.


Pasukan juara telah beraksi cemerlang pada perlawanan peringkat kumpulan dengan menewaskan pasukan SK Entalau (2-0), SK Engkeranji (2-0), SK Kem Pakit (2-0) dan SK Nanga Kumpang B (2-1) sebelum mara ke pusingan ke-2 iaitu Fasa Knock Out.


Pada perlawanan Fasa Knock Out ini, pasukan SK Abok telah berjaya menumpaskan pasukan SK Nanga Kumpang C dengan kemenangan set 2-0 sebelum mara ke pusingan separuh akhir perlawanan untuk menentang pasukan SK Nanga Kumpang A.


Pasukan SK Nanga Kumpang A tewas 0-2 ditangan pasukan SK Abok. Kemenangan ini membolehkan pasukan SK Abok menentang SMK Engkilili pada aksi final bagi kategori terbabit.


Sementara itu pasukan SMK Engkilili yang dianggotai oleh Mohd. Othman Jaini, Balqis Naneng, Wan Shamsu dan Maharip (pemain gantian) muncul juara bagi kategori veteran setelah berjaya menewaskan pasukan Zon Lingga dengan kemenangan set 2-0.


Kemenangan SMK Engkilili pada aksi final di stadium berkenaan sekaligus meletakkan pasukan Zon Lingga di kedudukan naib juara sambil diikuti oleh pasukan PEDAS, Up Brother Up dan Joke Miaw yang berada di kedudukan tempat ke-3, ke-4 dan ke-5 bagi kategori berkenaan.


Terdahulu sejumlah 17 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam Kategori Terbuka Pertandingan Sepak Takraw Karnival Sukan Sempena Hari Guru peringkat Daerah Sri Aman 2010 ini manakalal lima buah pasukan lagi berentap untuk merebut kejuaran bagi kategori veteran.

http://skmunggubringin.blogspot.com/2010/05/sk-abok-juara-terbuka-takraw-karnival.html

There are 2 attachment(s) in this post which you cannot view or download
TakrawGuru pic2 21.05.10.JPG
TakrawGuru pic1 21.05.10.JPG
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21311
Latest: LamefuenteeKH
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 7
Guests: 164
Total: 171
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.098 seconds with 24 queries.