Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 12:57:34 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Bingkisan Seorang Guru  (Read 460 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Jeffery Bin Apdal
SK St Edmund
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 13


one nations....


« on: May 14, 2010, 03:02:59 PM »



mulanya
kau sendiri tidak tahu
apa minat dah mahumu
semuanya kerana suka-suka
maklumlah zaman sekarang susah nak cari kerja

mula kau mengajar
rasa bosan menyelubungi diri
dua tiga bulan mengajar
baru terasa bukan mudah untuk mengajar
terasa nak mencari nafkah lain
tapi terikat dengan PERJANJIAN

masa berlalu
rasa seronok mula bertandang
gembira bila dirimu dihargai
oleh murid bernama pelajar
oleh guru rakan mengajar

mulanya dulu
orang melihat dahimu penuh teori
petah bicara tapi tak tahu buat kerja
tiap langkahmu
apa pakaimu
segala tuturmu
pasti ada tidak kena di mata mereka
maklumlah....kau orang baru
disuruh buat itu dan ini
pergi ke sana...pergi ke sini
ada yang sinis tersengih
menjeling timbul rasa iri

namun kini
dulunya bosan bertukar ceria
nakal muridmu menjadi penawar
"selamat pagi cikgu"
"terima kasih cikgu"
itulah kata azimat penguat tekad

dulu
mereka yang sinis padamu
kini menjadi sahabat lebih erat
teman berborak diwaktu rehat
kadang-kadang mengumpat cerita artis barat
bertukar resepi juga pendapat
teman tawa...teman duka

guru
orang melihat senangnya kerja
masuk kelas tanda buku kerja
datang jam 7 balik sebelum senja
kala cuti senang lenang tak perlu kerja
gaji pula....alhamdulillah tidaklah sampai kaya
masuk elaun itu ini...senyum bangga
kerana kebajikan terjaga

menjadi insan bergelar guru
kau harus belajar untuk belajar
perlu belajar untuk mengajar
dan mengajar untuk belajar

guru
tugasmu bukan sekadar ucap A B C
atau tunjuk angka 1 sampai 3
lebih dari itu
kaulah teman
sahabat dan rakan kepada murid
tingkahmu diperhati
tuturmu diingati
pakaimu diterokai
harus kau jaga dengan hati-hati
kerana mereka pasti mengikuti

guru
kau juga insan biasa
bisa marah dan hilang sabar
murid dimarah, dipukul malah diherdik
namun...
marahmu ada hikmah
pukulmu penuh hemah
herdikmu beserta doa
tuturmu lembut bicara

guru
biar kini kau dipandang hina
diugut disaman perkara biasa
caci ibu bapa didengar setiap masa
kononnya guru tidak pandai buat kerja
tawa tangismu ada mereka kisah?
bila muridmu berjaya
ada mereka ucap tahniah?

guru
aku tahu
bukan puji-puji yang kau pinta
bukan wang ringgit yang kau damba
bukan bonus tiga bulan gaji yang kau cita
dalam mendidik anak nusa bangsa

guru
walau apa juga cabaran
jangan sesekali kau gentar
apa juga halangan
jangan sesekali kau putus harapan
kerana
kaulah..yang bergelar guru
pembina negara bangsa



Logged

Jeffapdal
d' bawah bayu
Kullin Djayang
SMK Engkelili
Teacher
Junior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 54



« Reply #1 on: August 06, 2010, 10:29:56 AM »

Terima kasih Mr. Jeff,

Sungguh indah bingkisan seorang guru yang dipersembahkan.

Kepada semua guru sila baca dan fahami.

Guru bukan hanya memberikan ilmu akademik semata-mata, tetapi adalah Pendidik ertinya guru perlu memenuhi keperluan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial setiap pelajar.

Berbanggalah bergelar guru serta jagalah reputasi guru.

Logged

Up! Up! Engkelili

UBK SMKE 09
Zainal Abidin Bin Ahmad
SK Sg. Bakas
JU ICT PraSekolah
Veteran Member
*

Fame: 11
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 507



« Reply #2 on: August 09, 2010, 04:23:51 PM »

Aku bangga menjadi guru...
Logged

Zainal Abidin Bin Ahmad
Guru Prasekolah
SK Sungai Bakas, Bakas, Bakong
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21311
Latest: LamefuenteeKH
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 6
Guests: 163
Total: 169
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.089 seconds with 23 queries.