Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 01:07:26 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Terapi seni mampu kawal pemikiran berkeceramuk  (Read 650 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Dizon Gembang
SK Sibu Jaya
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 33



« on: May 25, 2010, 04:32:30 PM »

Terapi seni mampu kawal pemikiran berkeceramuk
25/05/2010 3:09pm; Utusan online.

KUALA LUMPUR 25 Mei — Bidang seni bukan hanya untuk dinikmati oleh pencintanya tetapi juga boleh digunakan oleh doktor serta pakar psikologi dalam menyelami perasaan para pesakit melalui kaedah disebut “Art Therapy”.

Menegaskan demikian, Pegawai Psikologi dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Mohd Faeez Zakaria berkata, ”Art Therapy” merupakan terapi luahan melalui lukisan, tarian dan drama bagi mendiognasis masalah pesakit.

"Cara ini dapat membantu doktor dan pakar psikologi mengenalpasti masalah pesakit dan dapat memberikan rawatan yang tepat terutama bagi pesakit yang tidak mampu meluahkan masalah atau menceritakan sesuatu peristiwa yang menyakitkan hati mereka,” katanya pada pada seminar kaedah “Art Therapy”, di sini hari ini.

Mohd Faeez berkata, kaedah terapi ini juga dapat membantu merangsang minda kreatif pesakit malah sekaligus menonjolkan personaliti sebenar dalam diri mereka melalui hasil ciptaan mereka sendiri.

"Selain membantu pesakit meluahkan perasaan, kaedah itu juga secara perlahan dapat membantu pesakit mental mengawal pemikiran mereka yang berkecamuk,” katanya sambil menambah bahawa kaedah itu kini dipraktikkan di hospital di negara ini.

Seminar dua hari itu anjuran Balai Seni Lukis Negara dihadiri oleh 150 anggota Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan dirasmikan Setiausaha Kanan (Pengurusan) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Rothiah Omar. - Bernama
Logged

Berkhidmat Untuk Negara,
Dizon Anak Gembang
SK Sibu Jaya, Sibu.
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #1 on: May 25, 2010, 05:16:30 PM »

Terima kasih Cikgu Dizon atas perkongsian info ini.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Saiful Efpandi Abdul Rasih
SK Lubok Ipoh
Teacher
Newbie
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 9



« Reply #2 on: May 25, 2010, 05:42:49 PM »

tq cg Dizon,pada hemah saya, terapi lukisan ini juga sesuai digunakan kepada sesetengah pelajar yang mengalami masalah dalaman. Kadang kala guru pun tidak memahami masalah yang dihadapi pelajarnya, tetapi melalui lukisan yang menampilkan beberapa ciri pelaziman,analisis boleh dilakukan bagi mendekati pelajar tersebut.
Logged

Saiful Efpandi Abdul Rasih
Guru
SK Lubok Ipoh
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21311
Latest: LamefuenteeKH
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 4
Guests: 169
Total: 173
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.372 seconds with 26 queries.