Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
Fame: 4
Offline
Gender: 
Posts: 236
org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!
|
 |
« on: July 11, 2010, 09:57:08 PM » |
|
12/7/2010-14/7/2010 BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4
Isi kandungan minggu ini,
1. Perbincangan puisi: Seloka Pak Pandir 2. Perbincangan tatabahasa 3. Perbincangan karangan: Bahagian A: OBESITI
OBESITI DI MALAYSIA - APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN? Thursday, 08 April 2010 10:10 Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).
Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).
Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti : 1. Diabetis, 2. Darah tinggi, 3. Penyakit jantung, 4. Kegagalan sistem pernafasan , 5. Kegagalan system perkumuhan 6. Kanser dan sebagainya. Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.
Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity
Obesiti dalam kalangan kanak –kanak & remaja
Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)
Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti 1. Keturunan dan faktor genetik 2. Tiada senaman yang mencukupi 3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak 4. Hormon 5. Pengambilan ubat/ Rawatan 6. Virus Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.
Standard Pengiraan Obesiti Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak
Standard Untuk Bayi dan Kanak- Kanak
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards.
Walau bagaimanapun disebabkan oleh ketiadaan standard antarabangasa untuk definisi bagi obesity di kalangan kanak-kanak yang berumur 5-14 tahun, cara ukuran obesiti bagi kumpulan ini agar mencabar.
Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini sedang membangunkan satu panduan antarabangsa untuk pertumbuhan bagi kumpulan kanak-kanak sekolah dan remaja. WHO child growth standards ini dibangunkan dengan menggunakan bukti- bukti teknikal dan diharap agar negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia dapat mengikut standard tersebut.
Mohana Priya Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia
Obesiti:Malaysia Hadapi Masalah Paling Besar Di Asia August 16, 2009 in Health
petikan dari bernama:
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia.
Berikutan itu, Malaysia mungkin menghadapi isu kesihatan yang besar jika rakyat tidak mengambil langkah untuk mengamalkan cara hidup sihat, menurut sebuah syarikat maklumat pasaran, TNS.
Keputusan dari kajian berterusan pelanggan oleh syarikat itu, Asiapanel, mendedahkan bahawa 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) — dua kali purata negara-negara Asia lain.
Menerangkan tentang perkara itu, TNS Asiapanel memberitahu perkara itu berlaku berikutan peningkatan terhadap pengambilan makanan ringan.
Kajian itu mendapati mereka yang diklasifikasikan itu sebagai berat berlebihan atau obes di kalangan rakyat Malaysia menghabiskan hampir dua kali ganda makan makanan ringan berbanding purata orang Asia, dengan biskut paling popular.
Kajian mendedahkan masalah itu berlaku terutama di kalangan masyarakat Melayu dan India.
Lebih tiga suku dari mereka yang diklasifikasikan sebagai obes adalah Melayu dan 45 peratus suri rumah Melayu dilaporkan punya berat melebihi paras sihat, hingga pada masa depan mereka mungkin menghadapi masalah kesihatan serius.
Mengulas laporan tersebut dalam satu kenyataan hari ini, Pengurus Besar TNS Asiapanel Malaysia Michael Hawkins berkata, “Kesihatan dan kesejahteraan adalah masalah sejagat dan manakala paras obesiti di Asia masih kekal rendah berbanding negara-negara barat, Malaysia perlu mengambil tindakan segera untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk.”
Katanya, program pendidikan sendiri tidak menyebabkan perubahan dalam sikap berbelanja.
“Jelas sekali potensi pasaran makanan berkhasiat adalah penting dan pekilang perlu bijak bertindak sebagai agen perubahan dalam mempromosikan gaya hidup sihat,” katanya.
Asia Panel adalah sebahagian panel perkhidmatan pelanggan global TNS. Perkhidmatan Asiapanel berdasarkan pemantauan sampel secara berterusan untuk menyediakan maklumat aktiviti pembelian.
Keputusan-keputusan itu dihantar kepada pekilang-pekilang multinasional dan tempatan, peruncit, penganalisis pasaran dan pertubuhan-pertubuhan kerajaan
*********************************************************************** Punca Obesiti
Punca ObesitiObesiti StrokePENYAKIT YANG SERING DIHIDAPI LELAKISakit Buah PinggangDarah Tinggi Mengapa Negara Kita Ramai Orang Gemuk?
1.Pemakanan Yang Tidak Sihat Obesiti di Malaysia semestinya di kaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat.Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,Malaysia juga sering di hiasi dengan pelbagai hidangan makanan dan 90% daripadanya yang menjadi rutin makanan harian adalah tidak sihat sama sekali contohnya seperti Roti Canai,Teh Tarik dan Nasi Lemak.Yang lebih membimbangkan kita makanan ini menjadi sarapan kepada masyarakat kita
2.Cara Hidup Yang Tidak Cergas Rata rata rakyat malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak cergas kerana semua di negara ini terlalu mudah contohnya internet banking,walaupun ianya merupakan implikasi teknologi masa kini tetapi membawa kesan buruk terhadap gaya hidup sesuatu masyarakat kerana masyarakat akan lebih cenderong duduk di rumah berbadanding keluar.Oleh itu wujudla masyarakat yang malas dan tadak cergas dalam negara ini.Waktu petang kalau kita amati ialah waktu untuk beriadah tetapi anak muda masa kini lebih gemar menghabiskan waktu di kedai mamak.
3.Pemakanan Yang Tidak Mengikut Waktu Menurut pakar pemakanan,mengambil makanan pada waktu yang tepat akan menyerbabkan badan kita menjadi hidup bermakna tidak letih,dan lebih bertenaga.Namun terdapat segelintir masyarakat di negara ini selalu mengabaikan waktu makan dan makan pada waktu yang tidak betul seperti tengah malam.Ini boleh mendatangkan obes dan makanan tidak dapat di hadam dengan sebaiknya.
4.Persekitaran Tidak Sihat Di Malaysia khususnya amat sukar untuk menjaga kesihatan kerana kegemaran orang tempatan bila berniaga ialah membuka restoren makanan.Implikasi daripada fenomena ini terdapat pelbagai reastoren di sekitar ibu kota dan makanan yang di jual terdiri daripada makanan yang tidak berkhasiat.Perkara yang paling memburukkan lagi ialah tabiat mememakan makanan berkhasiat ini makin berleluasa kadang kala ade segelintir warga kota yang menjadikan makanan yang mempunyai kolestrol dan lemak yang tinggi sebagai makanan harian.Fenomena ini bakal mengundang tabiaat hidup yang tidak sihat dan membawa penyakit yang merbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi,
|