PANDUAN MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL
SOALAN STRUKTUR
1. Nilai mesti tepat dan penuh
2. Baca soalan dengan teliti
3. Jika nilai salah tiada markah untuk penerangan dan contoh
4. Jawapan mesti lengkap
5. Watak hendaklah tepat
6. Hanya MENGAMALKAN boleh digunakan
7. Ayat nilai, ayat penerangan dan ayat contoh hendaklah berasingan
8. Ayat kata kunci bukan berikan definisi.
9. Contoh hendaklah berkaitan dengan kata kunci dan perbuatan yang
dapat dilihat/nyata
10. kenal pasti jumlah markah yang diperuntukkan iaitu
1 ayat untuk 1 markah
BENTUK SOALAN
TINGKATKAN INTEGRITI HAPUSKAN RASUAH[soalan minta nilai]
(a) Jelaskan SATU nilai yang (patut / telah) diamalkan oleh penjawat awam berdasarkan slogan di atas.
[1 markah] ayat nilai
(i) Penjawat awam harus mengamalkan nilai amanah.
[2 markah] ayat nilai + ayat penerangan
(i) Penjawat awam harus mengamalkan nilai amanah. Penjawat awam harus mempunyai sikap
bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan orang awam terhadap kualiti kerja mereka.
[3 markah] ayat nilai + ayat penerangan + ayat contoh
(i) Penjawat awam harus mengamalkan nilai amanah. Penjawat awam harus mempunyai sikap
bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan orang awam terhadap kualiti kerja
mereka. Contohnya, penjawat awam harus menolak untuk menerima sogokan wang daripada
pihak yang tidak bertanggungjawab.
[soalan minta definisi]
(b) Berikan definisi bagi nilai yang anda nyatakan di soalan 1ai.
(i) Nilai amanah bermaksud sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain.
(#kalau ada 2 nilai maka anda hanya perlu pilih satu nilai saja)
[soalan meminta pendapat]
(jika watak soalan adalah ANDA maka wataknya adalah SAYA )
(c) Jika anda sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab cuba disogok oleh seseorang pemaju, nyatakan
tindakan yang akan anda ambil.
(i) SAYA akan menlaporkan kepada pihak berkuasa.
(jika watak soalan MENGIKUT SOALAN maka wataknya hendaklah mengikut soalan )
(c) Sebagai penjawat awam yang bertanggungjawab cuba disogok oleh seseorang pemaju, nyatakan
tindakan yang harus ambil.
(i) Penjawat awam harus menlaporkan kepada pihak berkuasa.
(jawapan yang bukan berbentuk tingkah laku)
(d) Nyatakan kesan jika penjawat awam tidak menjalankan tugas dengan adil kepada negara
(i) Penjawat awam akan menyebabkan imej negara akan terjejas.
(jawapan yang berbentuk tingkah laku)
(e) Nyatakan tingkah laku jika seorang penjawat awam yang menjalankan tugas dengan adil
(i) Penjawat awam tidak akan menerima rasuah
#kalau ada kesilapan harap maaf....