Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 11:55:14 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 10:51:56 PM]

[Today at 07:37:11 PM]

[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Televisyen Terbaru  (Read 990 times)
0 Members and 3 Guests are viewing this topic.
Semun Jali
SK Sg. Bakas
Teacher
Senior Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 233


"Minda Ibarat Air yang Jernih"


« on: July 19, 2010, 08:38:07 PM »

SELAIN telefon bimbit, komputer riba dan pemain MP3, tumpuan pemilikan produk elektronik moden hari ini turut diberikan kepada peranti-peranti audio visual.

Antara yang semakin mendapat perhatian adalah televisyen panel rata yang menawarkan pengguna pengalaman tontonan hiburan menakjubkan serta teknologi paparan gambar terbaik.

Perluasan trend itu telah mendorong syarikat pengeluar produk elektronik terkenal, LG Electronics (LG) memperkenalkan televisyen tiga dimensi (3D) LED penuh.

Mempertaruhkan penjenamaan Infinia, model LG LX9500 merupakan televisyen LED penuh ternipis yang pernah dihasilkan.

Dengan ketebalan hanya 22.3 milimeter (mm), model berkenaan dilengkapi 1,200 LED bagi merealisasikan fungsi kecerahan dan kejelasan kualiti gambar secara maksimum.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics (M) Sdn. Bhd., Jeff Cheh, pengenalan tersebut memberi definisi baru dalam perspektif tontonan hiburan di rumah.

''Kita akan terus memberi tumpuan kepada penghasilan produk seumpama ini dalam usaha memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman tontonan 3D yang sebenar,'' katanya.

Apa yang menarik, model tersebut turut menyokong format paparan pelbagai dalam piawaian 3D.

Menerusinya, pengguna boleh menonton foto yang diambil menggunakan kamera 3D secara terus di kaca televisyen tanpa perlu memindahkannya kepada komputer terlebih dahulu.

Untuk menonton kesan 3D pula, televisyen ini didatangkan bersama kaca mata model AG-S100 yang boleh dicas menggunakan sambungan USB untuk operasi tontonan sehingga 40 jam.

LG LX9500 didatangkan dalam saiz 47 dan 55 inci bersama dua unit kaca mata 3D dengan tawaran harga masing-masing RM18,999 dan RM23,999.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi daripada laman web www.lg.com/my.

 Grin Grin untuk perkongsian semasa Grin Grin


There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
Televisyen.jpg
Logged

Kita Berjaya Jika Kita Tinggalkan Kegagalan Dengan Bersemangat
Kong Chung Teck
SMK Oya

Senior Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 285


Hatred stirs up dissension, LOVE covers all Wrongs


« Reply #1 on: July 19, 2010, 08:44:20 PM »

Thanks for the info...
Logged

Kong Chung Teck
SMK Oya, 96400 Mukah
Chemenda Ak Manan
SMK Bakong
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 107


"Melangkah Untuk Mencapai Impian"-Welgeluk-


« Reply #2 on: August 02, 2010, 10:03:43 PM »

emm..best juga.. Grin Grin
Logged

Chemenda Ak Manan
SMK Bakong
Guru Akademik Biasa
Awgku Urai Hashim
SK Batang Ai
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 61


@No OnE kNows, What He Can Do TiLL He TriEs@


« Reply #3 on: August 02, 2010, 10:16:20 PM »



LG LX9500 didatangkan dalam saiz 47 dan 55 inci bersama dua unit kaca mata 3D dengan tawaran harga masing-masing RM18,999 dan RM23,999.

Padan dengan harga.....belum mampu nak beli lagi.... Roll Eyes
Logged

SK Batang Ai
95900 Lubok Antu,
Bumi Kenyalang.
Erwan bin Roslan
SMK Durian Tunggal, Melaka
Teacher
Junior Member
*

Fame: 48
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 71


you click, you read


« Reply #4 on: August 02, 2010, 10:34:42 PM »

tiada guna beli TV LCD/LED baru kalau tak subscribe channel ASTRO HD Embarrassed
Logged

Erwan bin Roslan
SMK Durian Tunggal, Melaka
Mansor bin Mahali
SK Kelapa Sawit No. 2
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 28



« Reply #5 on: August 02, 2010, 11:03:55 PM »



La.. kalau dah terbeli yang  berbelas puluh ribu tu...yang seratus dua(ASTRO) tu..no sweat la brother..jangan pandang belakang...cam kita kekadang bil astro pun tak lepas...
Logged

SK Kelapa Sawit No. 2
Erwan bin Roslan
SMK Durian Tunggal, Melaka
Teacher
Junior Member
*

Fame: 48
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 71


you click, you read


« Reply #6 on: August 02, 2010, 11:44:43 PM »


La.. kalau dah terbeli yang  berbelas puluh ribu tu...yang seratus dua(ASTRO) tu..no sweat la brother..jangan pandang belakang...cam kita kekadang bil astro pun tak lepas...

bukan tak mampu bro...tapi saya tengok ramai yang beli HDTV tapi tak manfaatkan teknologinya...

contohnya tak ubah display setting wide screen ke normal screen...
sebab tak semua channel support wide screen...kalau tengok bola macam jauh je tiang gol tu...

lagi satu, gambar tak clear...mana tidaknya tak tukar analog cable kepada digital cable...

memang betul jangan pandang belakang...nak tengok TV mesti pandang depan...
nak pakai barang canggih...otak pun kena canggih juga...
nak tegur lebih-lebih segan la plak...sebab TV bro punye... Lips sealed
Logged
Zainal Abidin Bin Ahmad
SK Sg. Bakas
JU ICT PraSekolah
Veteran Member
*

Fame: 11
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 507



« Reply #7 on: August 05, 2010, 09:38:36 PM »


LG LX9500 didatangkan dalam saiz 47 dan 55 inci bersama dua unit kaca mata 3D dengan tawaran harga masing-masing RM18,999 dan RM23,999.

Padan dengan harga.....belum mampu nak beli lagi.... Roll Eyes

Mahalnya...
Logged

Zainal Abidin Bin Ahmad
Guru Prasekolah
SK Sungai Bakas, Bakas, Bakong
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21309
Latest: utetedritsborBS
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 318
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 8
Guests: 217
Total: 225
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.097 seconds with 23 queries.