Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 01:19:03 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Latihan tatabahasa  (Read 1422 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: August 12, 2010, 09:37:52 PM »

Bahagian Tatabahasa

a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Set A

i) domestik   ii) kosmetik   iii) dokumen   iv) kreatif   v) inovatif   vi) kolektif

a) Kumpulan tarian itu berlatih bersama-sama kerana mereka mempercayai bahawa latihan secara___________ seperti itu akan meningkatkan semangat berpasukan.
b) Penerbangan ______ dari Kuala Lumpur ke Alor Setar terpaksa ditunda kerana masalah jerebu.
c)Bagi menghasilkan novel yang baik, seseorang perlu memiliki idea yang _________.
d) Cikgu Ahmad terpilih sebagai guru______kerana telah menghasilkan teknik pengajaran yang sangat menarik.
e) Pengusaha_______ itu menyampaikan ceramah tentang kecantikan keapda wanita di luar bandar.
f) Semua __________ berkaitan dengan perjalanan syarikat telah diperiksa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Set B.

i) lewat   ii) selewat-lewatnya   iii) melewati   iv) melewatkan    v) kelewatan vi)melewat-lewatkan

a) Projek itu akan siap__________minggu hadapan.
b) Abu_________datang ke sekolah hari ini.
c) “janganlah __________ solat setelah masuk waktunya,” pesan ibu.
d) Sebelum sampai ke kampung itu, kami terpaksa_______ sebuah banglo usang yang telah lama tidak berpenghuni.
e) Tabiat_________ sesuatu pekerjaan akan mengundang  akibat yang buruk
f) ___________ kaka menyebabkan kami ketinggalan bas.

Set C.

i) produk perniagaan    ii) petua kesihatan   iii) kesan optimum   iv) khasiat perubatan    v) syarat utama  vi) peluang keemasan.

a) Tawaran bagi menjalani latihan bola sepak di luar negara merupakan__________ yang dinanti-nantikan oleh Akmal.
b) Pucuk pegaga mempunyai __________, iaitu untuk menyembuhkan penyakit kencing manis.
c) Kerepek pisang yang dibungkus cantik merupakan____________yang akan dieksport.
d) Makanan kesihatan itu perlu diambil secara konsisten agar mendatangkan ___________.
e) ___________tentang kaedah mengurangkan tekanan darah tinggi menggunakan herba sangat berkesan.
f) Kemanpuan dalam berbahasa Perancis degnan fasih merupakan_________ pemilihan calon bagi mengikuti kursus perguruan secara berkembar.

Set D

i) haru-biru    ii) susup-sasap      iii) turun-temurun   iv) porak-peranda   v) mundar-mandir   vi) terang-benderang

a) ketika majlis diadakan, mereka memasang lampun dengan banyak lalu menyebabkan kawasan itu ______________.
b) Encik Jamil____________ di dalam pejabatnya sejak setengah jam yang lalu kerana mendapat berita kejatuhan saham syarikatnya.
c) Rumah tangga yang _________ merupakan salah satu faktor berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.
d) Penagih dadah itu lari_____________ di dalam belukar apabila menyedari kehadiran polis di kawasan tersebut.
e) Keris merupakan senjata tradisional orang Melayu yang diwarisi sejak___________.
f) Situasi menjadi____________ di Kampung Berembang apabila mereka melihat api semakin marak diikuti letupan.

Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Zainal Abidin Bin Ahmad
SK Sg. Bakas
JU ICT PraSekolah
Veteran Member
*

Fame: 11
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 507



« Reply #1 on: August 13, 2010, 10:43:55 PM »

Terima kasih cikgu..
Logged

Zainal Abidin Bin Ahmad
Guru Prasekolah
SK Sungai Bakas, Bakas, Bakong
Jame Anap
SK Merambut
Teacher
Super Member
*

Fame: 734
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3846


Iban Bidayuh Serian Balai Ringin


« Reply #2 on: August 14, 2010, 02:57:51 AM »

Terima kasih Cikgu Ng atas perkongsiann bahan ini.
Logged

Jame  Anap
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Merambut Limbang
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21311
Latest: LamefuenteeKH
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 4
Guests: 175
Total: 179
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.076 seconds with 24 queries.