Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 01:19:23 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: CERPEN: PEMAIN CATUR  (Read 1817 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: August 12, 2010, 09:43:29 PM »

Uj mencabar adiknya Um untuk bertarung kehebatan bermain catur. Uj menuduh adiknya itu telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menyaingi kehebatannya bermain catur. Um sentiasa merendah diri kepada abangnya itu, dia memberitahu tujuan dia berlatih dengan adik-adiknya yang lain iaitu Ul,Us Uk dan Ur adalah sekadar hendak meningkatkan kemahiran dalam bermain catur. Um sebenarnya lebih memikirkan cara untuk mengubati penyakit ibunya tetapi Uj menyerah saja perkara itu kepada doktor yang telah digaji oleh mereka merawat ibu. Um bukan seorang doktor nada kemarahan Uj tersembur juga akhirnya kepada Um. Um mendapat layanan dan didikan yang lebih sempurna berbanding yang lain kata Us.
Uj berbangga dengan sejarah keluarganya yang lahir daipada keturunan yang terkenal sebagai pemain catur yang terhandal di dunia. Uj memberitahu keturunannya berasal daripada moyang mereka yang bernama al-Hakam yang sangat hebat bermain catur berbanding Abu Bakar Yahya as-Suli tetapi namanya tenggelam kerana tidak pandai menonjolkan diri seperti as-Suli. Uj mengatakan permainan catur banyak menguji minda dan yang mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah pada kurun ke-8 selepas menakluki semenanjung Liberia.
Uj meneruskan lagi ceritanya tentang al-Hakam yang mengembara ke seluruh dunia untuk menyebarkan islam termasuk Tanah Melayu. Mereka ialah keturunan al-Hakam pemain catur yang amat disegani itu. Um mengakui dia tidak pandai bermain catur tetapi dam haji dan dam apit bolehlah dia mainkan. Bagi Uj itu ialah permulaan kepada permainan catur dan memilih Um sebagai pemyambung warisan itu setelah dia meninggal dunia. Menurut Uj, dunia catur zaman silam terbahagi kepada ashtapada, senet dan petteia. Di india dipanggil chaturaga pada kurun ke-5 Masihi, kemudian berkembang pula ke Parsi dan tanah Arab yang dikenali shatranj. Um perlu mengetahui sejarah permainan catur agar menjadi seorang pemain yang handal dan profesional suatu hari nanti.
Um mulai tertarik dan lebih bersemangat dengan permainan catur apabila mendengar syarahan abangnya untuk mengembalikan maruah nenek moyang mereka yang terkenal sejak zaman-berzaman itu.Sebelum melatih adiknya Uj menguji kemahiran Um bermain dam haji mereka menyusun buah-buah catur, selepas itu memulakan permainan. Uj kemudiannya merangkul bahu Um kuat-kuat sambil megeluarkan kata-kata semangat” Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama” rangsangan itu diasak ke dada Um untuk memecahkan minatnya kepada permainan catur.
Uk telah memberitahu Uj bahawa sekarang Um sedang menelaah buku besar dan tebal tentang permianan catur. Dia ingin mengkaji rahsia untuk berjaya sebagai seorang pemain catur. Uk mengatakan Um ingin menyaingi kehandalan abang Uj bermain catur. Um dikatakan ingin merampas gelaran yang dimiliki oleh Uj. Dengan gelaran IGM abang Uj memperlekehkan Um yang baru mendapat gelaran FM dengan menggunakan pengaruhnya. Uk menembah bahawa Um tidak sabar lagi menunggu abang Uj meyerahkan gelaran itu kepadanya menyebabkan dia seolah-olah ingin mencabarnya (abang Uj).
Ekoran termakan kata-kata Uk itu abang Uj terasa dirinya tercabar dan mendesak Um mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan seluruh ahli keluarga dengannya. Oleh sebab tidak dapat menolak lagi Um menyahut cabaran tersebut, maka berlangsunglah perlawanan antara jurulatih dengan pelatih. Harapan untuk menang amat tipis disebelah Um.

Perlawanan terpaksa dimulakan kerana Uj sudah bertekad untuk meneruskannya walaupun dinasihati oleh ahli keluarga supaya membatalkan hasratnya itu. Um mencapai buah-buah catur yang berwarna putih lalu direbut oleh Uj dan diberi buah yang hitam kepada Um. Permainan dimulakan Um dilihat menguasai permainan dan semua strategi Uj tidak menjadi. Uj menuduh Um menipu perlawanan dengan mengalihkan buah-buah caturnya ketika meneguk air sekejap itu. Sebenarnya Uj yang berbuat demikian kerana bimbang akan kalah dalam perlawanan itu.
Um berehat seketika dan pergi membasuh muka. Apabila dia kembali semula ke meja perlawanan tempat duduk Uj masih kosong lagi, lalu dia duduk semula di kerusi. Tiba-tiba kakinya terkena asid yang diletakkan di bawah meja dan Um meraung menahan kesakitan yang maha hebat sekali. Seluruh ahli keluarga gempar. Ibu mereka amat sedih dengan peristiwa tersebut kerana dia tidak pernah mengajar anak-anaknya berkelahi atau bergaduh sesama sendiri. Tuduh menuduh kian hebat antara mereka di saat ibunya bertambah tenat. Um menuduh Uj meletakkan botol asid itu tetapi abang Uj pula mengatakan Um yang meletakkannya sendiri untuk memerangkap Uj tetapi senjata makan tuan. Akhirnya keluarga mereka berpecah kepada dua iaitu penyokong Um dan penyokong abang Uj. Sebaliknya Us, Uk dan Ul menafikan pengelibatan mereka dalam perbalahan tersebut.



TEMA

1. Perpecahan ahli keluarga akibat perbalahan yang berpunca daripada permainan catur.

contoh : Uj dan Um berselisih faham dan saling mengalahkan antara satu sama lain dalam permainan catur sehingga mengeruhkan persaudaraan mereka yang selama ini baik.

2. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.

contoh :salah seorang ahli keluarga meletakkan asid di bawah meja catur untuk mengenakan Uj ataupun Um .

PERSOALAN

1. Sangkaan buruk yang menjadi punca perbalahan keluarga .

contoh : Uj menyangka Um mahu mengalahkannya dalam permainan catur
bukti : Abang tahu sekarang , Um sedang bersungguh-sungguh berlatih untuk mengalahkan abang (hal.144)

2. Perabaian terhadap ibu.

Conoth :Uj menyerahkan tanggungjawab untuk merawat ibunya kepada doktor .
bukti : Itu tugas doktor untuk memikirkan . Kita sudah ada dua orang doktor keluarga.(hal. 144)

WATAK DAN PERWATAKAN

Uj
Seorang ahli keluarga .
Pandai bermain catur dan penyandang IGM
Sangat menyayangi Um
Sungguh berbangga dengan keturunan mereka.
Bersemangat tinggi dalam meningkatkan imej dan nama keluarga mereka .
Taksub dengan anugerah catur yang di sandangnya .
Tidak dapat menerima kekalahan.
Mementingkan diri kerana tidak peduli akan kesihhatan ibunya .

Um
Adik bongsu kepada Uj.
Merupakan adik kesayangan Uj .
Mempunyai semangat juang yang tinggi kerana sanggup menerima cabaran Uj.
Berani kerana tidak gentar untuk berlawan catur dengan Uj yang mempunyai banyak pengalaman .
Juga seorang yang mementingkan diri sama seperti Uj.

Uk
Merupakan adik kepada Uj dan abang kepada Um.
Seorang yang memiliki sikap batu api.

LATAR

latar tempat .

Rumah keluarga Uj .
( tempat Uj dan Um berlawan catur)
(tempat dimana kaki Um terkena asid)

Bilik air
(tempat Um mencuci muka)

latar masa
Masa pertandingan catur .
(tiga hari tiga malam )

Latar masyarakat
Keluarga besar dan ternama .
Masyarakat yang mahir dalam permainan catur .
(Al-Hakam , Boris Spassky , Anatoly Karpov )

Masyarakat yang tidak dapat menerima kekalahan
(Uj tidak dapat menerima keadaan di mana Um hampir mengalahkan nya)

masyarakat yang mementingkan gelaran
(Uj berusaha sedaya upaya demi mengembalikan kegemilangan keluaarga mereka dalam permainan catur)


Nilai Murni

sifat berani .
Um berani menyahut cabaran abangnya Um untuk berlawan catur.

 kegigihan
Uj gigih mengajar Um agar menjadi pemain catur yang hebat .

 Keprihatinan.
Um risau cara untuk mengubati ibunya yang sakit.

 Bercita-cita tinggi.
- Uj bercita-cita tinggi untu mengembalikan kegemilangan nenek moyang mereka semula dalam permainan catur .

Pengajaran
setiap orang hendaklah berusaha dengan gigih untuk memperoleh kejayaan .
(Uj berusaha sehingga mendapat gelaran IGM)

Perasaan sayang menyayangi sesama ahli keluarga hendaklah di semai .
(Uj sangat menyayangi Um dan mengajarkan Um segala ilmu catur yang diketahuinya)

Sika berani hendaklah ada pada setiap orang
(Um berani menyahut cabaran Uj untuk membuktikan siapa yang lebih hebat dalam permainan catur)



LATIHAN:

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dia tahu Uj memang pemain yang hebat. Namun dalam catur dan percaturan nama dan ijazah bukan penentu. Ada waktunya pemain tidak ternama dapat menundukka pemain pilihan.
   
   Uj pula semakin cemas. Segala-galanya serba tidak kena. Strateginya tidak menjadi. Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dikumpul dalam begitu banyak pertarungan yang lalu dipraktikkan sepenuhnya, namu satu demi satu askar putihnya ditawan askar hitam milik Um.
   Um mengalih mata untuk meneguk minuman pembawa kesegaran. Tiba-tiba ada sesuatu yang tidak kena, dapat diraskan Um. Buah caturnya tadi berada di kanan, tiba-tiba kini beralih ke kiri. Um mengembalikan kedudukan buah tersebut ke kotak asalnya.
   “ Um main tipu!” Tiba-tiba Uj menjerit. Dia bangun menghentak meja. “Ini rupanya yang engkau pelajari dari buku-buku tebal itu? Engkau belajar menipu!”.
   “Uj yang main tipu. Kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? Siapa yang berani mengalihkannya kalau bukan Uj?
                  ( Antologi Harga Remaja, halaman 150)

i) apakah punca yang menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara Uj dengan Um? (2m)
ii) Pada pendapat anda,  siapakah yang telah mengalikhkan buah catur Um dari sebelah kanak ke sebelah kiri? Berikan tiga alasan( 3m)
iii) Huraikan satu perwatakan Uj dalam petikan dan satu perwatakan Uj dalam cerpen tersebut.  (4m)
Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Zainal Abidin Bin Ahmad
SK Sg. Bakas
JU ICT PraSekolah
Veteran Member
*

Fame: 11
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 507



« Reply #1 on: August 13, 2010, 10:40:37 PM »

terima kasih atas perkongsian ini. saya bagi latihan ini kepada adik saya. Smiley
Logged

Zainal Abidin Bin Ahmad
Guru Prasekolah
SK Sungai Bakas, Bakas, Bakong
Hasiah binti Pukim
SMK Rosli Dhoby
Teacher
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 177


hasiahpukim smkrd sibu


« Reply #2 on: February 09, 2011, 09:15:57 AM »

Terima kasih Ai Fen. Boleh minta jawapan?
Logged

SMK Rosli Dhoby

bukan senang nak senang, tidak susah nak susah
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21311
Latest: LamefuenteeKH
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 4
Guests: 177
Total: 181
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.155 seconds with 27 queries.