Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 01:25:24 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Mesyuarat Perbandingan Kurikulum Sains Malaysia dengan kurikulum Sains UK  (Read 1717 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Maslan Bin Jemat
SMK Kota Samarahan
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 44



« on: May 28, 2008, 09:34:26 AM »

Salam sejahtera,
Saya baru balik daripada Mesyuarat Perbandingan Kurikulum Sains Malaysia dengan kurikulum sains Uk 20 hingga 23 Mei 2008 lepas di Pulau Pangkor. Hanya saya  wakil daripada guru Sarawak dan Sabah yang hadir. Banyak perkara yang saya dapat daripada mesyuarat tersebut terutamanya tentang perancangan kurikulum Sains kita 12 tahun akan datang dan pandangan daripada pihak PPK tentang PPSMI. Terima kasih kepada SPA khasnya Pn. Rokiah Bakot KPP Sains dan Pn. Ratnawati,PP Sains kerana memberi peluang kepada saya menghadiri mesyuarat tersebut. Jauh perjalanan luas pandangan................ Thank you!!!!!!!!!!
Logged

Maslan Bin Jemat
SMK Kota Samarahan
Habsah Ibrahim

Ultimate Member
*

Fame: 286
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 5769


Kuching


« Reply #1 on: May 28, 2008, 09:38:34 AM »


Wah, cikgu sepatutnya bangga kerana terpilih dari kalangan yang hebat belaka. Apa-apa pun....boleh lah kiranya cikgu buat laporan berkaitan mesyuarat tersebut dan upload di sini supaya semua guru sains boleh berkongsi bahan dan maklumat yang peroleh dari mesyuarat tersebut. Terima kasih....
Logged
Maslan Bin Jemat
SMK Kota Samarahan
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 44



« Reply #2 on: May 28, 2008, 07:25:06 PM »

Ya Cikgu Hafsah, saya tengah menyiapkan laporan untuk di hantar kepada pihak SPA. Kalau siap nanti boleh saya uploadkan.
Logged
Habsah Ibrahim

Ultimate Member
*

Fame: 286
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 5769


Kuching


« Reply #3 on: May 29, 2008, 11:36:06 PM »

Ya Cikgu Hafsah, saya tengah menyiapkan laporan untuk di hantar kepada pihak SPA. Kalau siap nanti boleh saya uploadkan.


Thanks a lot cikgu Maslan. My name was wrongly spelled...should be Habsah. Apa-apa pun tak mengapa. Saya tak kisah pun...haha
Logged
Cheong Chai Lan
SMK Demak Baru
ICT Teacher
Full Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 107



« Reply #4 on: June 03, 2008, 10:02:09 PM »

I'm looking forward to reading your report!
Logged

Cheong Chai Lan
SMK Demak Baru, Kuching
Maslan Bin Jemat
SMK Kota Samarahan
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 44



« Reply #5 on: June 05, 2008, 09:20:36 PM »

Mohon maaf dalam masa  minggu ini saya bercuti bersama keluarga. Apa yang saya boleh katakan disini, ada beberapa perkara yang kita dapati:

1. Kurikulum kita jauh lebih banyak daripada di Uk, namun begitu kurikulum kita agak tergantung isi kandungannya berbanding dengan kurikulum sains  di UK mereka akan sedikit tetapi sangat mendalam.

2. Kurikulum sains menengah atas kita masih lagi diperingkat pemahaman " Understanding" sila rujuk HP Kurikulum sains kita. Tetapi  di Uk kurikulum sains peringkat menengah atas adalah peringkat aplikasi  " Using", " describe", "show", "give","State" dan sebagainya.( Rujuk Cambridge International Examinations, Syllabus for Examnination)

3. Kurikulum sains Malaysia hanya diperingkat menengah atas baru diberi pengkhususan iaitu fizik,biologi dan kimia diperingkat menengah rendah sains kita rojak. Di Uk diperingkat menengah rendah telah dipecahkan kepada 3 bidang iaitu fizik,biologi dan kimia.Dan mereka diperingkat ini telah belajar memahami sesuatu tajuk kemudian diteruskan dengan penggunaannya dalam kehidupan.( Aplikasi ) Kurikulum kita ?

4. Walaupun di UK kurikulum sains agak mendalam tetapi mereka tidak menerapkan nilai murni pada setiap bidang berbanding dengan kita.

5.Penilaian di UK dibuat mengikut modul. Maksudnya selepas modul satu habis pelajar akan dinilai dalam peperiksaan. Itu yang kita cadangkan kepada pihak PPK.

Untuk pengetahuan semua kurikulum matematik dan sains kita akan berubah mulai tahun depan bermula dengan pelajar sekolah rendah tahun 1. Untuk sekolah menengah rendah tunggu 6 tahun lagi dan untuk sekolah menengah atas ada 12 tahun lagi.Tunggu dan lihat.

Daripada hasil mesyuarat tersebut juga kita diberitahu pengukuran dan penilaian juga akan turut berubah nanti. Sebab itu sekarang ini kita terpaksa berkerja keras untuk PEKA. Ada kemungkinan PEKA akan menjadi cara pengukuran dan penilaian secara menyuruh.

Tentang PPSMI ia masih lagi rahsia kami dinasihatkan supaya tidak menyebarkannya walauapapun PPSMI mesti ada perubahan tahun depan kita tunggu dan lihat pengumuman menteri pelajaran nanti. Di Semenanjung telah tersebar luas berita angin tentang PPSMI terutama pihak penerbit buku sedang sibuk mencari penulis buku baru.

Apa yang saya nyatakan hanya perbandingan kurikulum kita dengan UK sahaja. Sebenarnya kita juga membandingkan kurikulum sains dengan singapura dan Findland. Dikhabarkan kurikulum sains Findland adalah yang terbaik di dunia kerana mereka menyediakan pelajar mereka  untuk masa depan. Tapi kita menyediakan pelajar kita hanya untuk 5 tahun kedepan itupun kurikulum kita telah 10 tahun kebelakang. sepatutnya kurikulum kita setiap 5 tahun mesti berubah kerana dalam tempoh tersebut banyak benda telah berubah. Contohnya kita baru sekarang sibuk tentang angkasawan tetapi di Eropah kajian angkasawan itu telah dipelajaran 20 tahun lepas. Jangan kata Eropah, singapura telah beberapa kali berubah kurikulum sains dan matematik berbanding kita.
Logged
Habsah Ibrahim

Ultimate Member
*

Fame: 286
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 5769


Kuching


« Reply #6 on: June 05, 2008, 09:31:14 PM »



   Agak panjang laporannya. Terima kasih, cikgu Maslan. Diharap guru-guru Sains peka terhadap laporan yang telah dibentangkan....Sama-samalah kita tunggu dan lihat perubahan kurikulum sains pada tahun akan datang.
Logged
Maslan Bin Jemat
SMK Kota Samarahan
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 44



« Reply #7 on: June 05, 2008, 10:29:49 PM »

Itu hanya hasil pandangan kami ketika itu yang dikemukakan kepada PPK agar kurikulum kita dapat melahirkan pelajar yang berilmu bukannya pelajar yang hanya menghafal tetapi tidak memahami dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Memandangkan itu kali pertama guru-guru dilibatkan maka banyak input yang diluahkan oleh guru-guru kita.
Logged
Anita Shawal
SMK Kota Samarahan
ICT Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 60



« Reply #8 on: June 06, 2008, 07:07:50 AM »

Salam sejahtera,
Saya baru balik daripada Mesyuarat Perbandingan Kurikulum Sains Malaysia dengan kurikulum sains Uk 20 hingga 23 Mei 2008 lepas di Pulau Pangkor. Hanya saya  wakil daripada guru Sarawak dan Sabah yang hadir. Banyak perkara yang saya dapat daripada mesyuarat tersebut terutamanya tentang perancangan kurikulum Sains kita 12 tahun akan datang dan pandangan daripada pihak PPK tentang PPSMI. Terima kasih kepada SPA khasnya Pn. Rokiah Bakot KPP Sains dan Pn. Ratnawati,PP Sains kerana memberi peluang kepada saya menghadiri mesyuarat tersebut. Jauh perjalanan luas pandangan................ Thank you!!!!!!!!!!

Thanks 4 the info. When school open, hope to hear from you soon.
Logged

Anita Shawal
SMK Kota Samarahan
Wee Tai How
SMK Limbang
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 15



« Reply #9 on: July 26, 2008, 06:30:16 PM »

A very long n good report. thanks for the early information
Logged

Wee Tai How
SMK Limbang
Goh Kaw Sze
PPG Sri Aman

Full Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 193



« Reply #10 on: July 28, 2008, 12:22:25 PM »

Bagus, kalau PPK telah memanggil kaum pelaksana untuk turut serta melihat kurikulum kita. Apa yang kita bimbang ialah mereka selalu tukar-tukar kurikulum selepas seorang dua orang besar berpeluang melawat ke luar negara. Kali ini mereka ke UK, suruhlah kita banding dengan kurikulum UK.

Sebenarnya penjurusan awal kurikulum sains kepada cabang-cabangnya telah diamalkan di banyak tempat, bahkan Chinese Independence Schools di negara kita telah awal melaksanakannya. Tetapi kini, mereka sedang mengkaji semula juga kurikulum mereka, walhal lulusan sekolah jenis ini memang diiktiraf bertaraf tinggi di arena antarabangsa.

Saya menyeru, orang yang membuat kurikulum Sains di atas sana, baca dalam-dalam tentant the nature of science dan the nature of science education dahulu sebelum tergopoh-gapah buat kurikulum.

Dalam pendidikan sains, saya berpendapat memang ada beberapa perkara (isi kandungan) asas yang perlu dikuasai oleh murid. Kalau tidak, kita tidak mempunyai asas untuk berfikir dan mengaplikasi. PEKA Sains yang kita sibuk-sibukkan sekarang, masih belum mantap pada mekanisme perlaksanaannya .

Saya berpendapat, buku teks sains kita juga perlu lebih banyak cerita, supaya apabila membacanya, kanak-kanak akan berasa mereka berada pada contextnya.

Akhirnya, saya sebenarnya mengimpikan satu kurikulum Sains yang memberikan keseronokan dan makna kepada anak-anak kita. Mereka boleh mengkhayal tentang kejadian alam semesta dan umatnya, membuat mainan ringkas dalam kelas sains.


Saya berharap cikgu dapat berkongsi lebih terperinci dengan kita tentang dapatan cikgu.
Logged

Goh Kaw Sze
Penyelia Penilaian dan Peperiksaan
PPG sri Aman
Katijah Uji
Sektor Penilaian Dan Peperiksaan

Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Posts: 9



« Reply #11 on: August 05, 2008, 09:56:47 AM »

Negara Finland adalah antara negara yang terbaik melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah , dan difahamkan negara ini sudah lama mengamalkan sistem pentaksiran secara holistik berbanding di negara kita yang baru mula diperluaskan secara serius kepada beberapa mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah .

Untuk merealisasikan pembangunan modal insan yang seimbang dari segi JERI , bukan setakat kurikulum yang baik dan mantap , tetapi pemahaman dan penghayatan dari semua pihak , iaitu bermula dari pencetus idea sehinggalah kepada pelaksana .  Kurikulum yang bagus , pentaksiran yang bagus tanpa pelaksana dan pentaksir yang bagus,  juga tidak akan menghasilkan sesuatu yang bagus . Renungkan lah ...

SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( SPPK ) - 2011 ?
PASSak PADI 5 SERANGKAI : Malaysian Solution for a Holistic Assessment .
1.  School Assessment
2.  Central Assessment
3.  Central Examination
4.  Physical  & Co Curricular Activity Assessment
5.  Psychometric Assessment

PASSak merujuk kpd 5 aspek of human qualities :
P - Profiles
A - Academik
S - Sosial
Sa - Sahsiah
K - Kebudayaan

PADI - 4 Konstruk yang ditaksir :
P - Profiles
A - Achievement
D - Development
I - Involvement

Jerayawara berkaitan SPPK telah dianjurkan oleh SPP , JPN bersama LPM bermula Januari 2008 dan berakhir Julai 2008 bagi semua bahagian di Negeri Sarawak.
« Last Edit: August 05, 2008, 10:02:32 AM by Katijah Uji » Logged

Katijah Uji
Unit Pengurusan Pentaksiran ( PMR )
Sektor Penilaian Dan Peperiksaan
JPN Sarawak
Goh Kaw Sze
PPG Sri Aman

Full Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 193



« Reply #12 on: August 05, 2008, 04:48:41 PM »


Cik khatijah,

perjalanan kita masih jauh, yang passak passak tu mungkin akan berubah, khususnya apabila pelakon utamanya telah bersara dan tampuk kepimpinan juga bertukar.

Logged
Jerome Harry
PPD Sibu

Senior Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 407



« Reply #13 on: August 05, 2008, 04:53:00 PM »

Hai everybody,


Untuk merealisasikan pembangunan modal insan yang seimbang dari segi JERI , bukan setakat kurikulum yang baik dan mantap , tetapi pemahaman dan penghayatan dari semua pihak , iaitu bermula dari pencetus idea sehinggalah kepada pelaksana .  Kurikulum yang bagus , pentaksiran yang bagus tanpa pelaksana dan pentaksir yang bagus,  juga tidak akan menghasilkan sesuatu yang bagus . Renungkan lah ...

SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( SPPK ) - 2011 ?
PASSak PADI 5 SERANGKAI : Malaysian Solution for a Holistic Assessment .
1.  School Assessment
2.  Central Assessment
3.  Central Examination
4.  Physical  & Co Curricular Activity Assessment
5.  Psychometric Assessment

PASSak merujuk kpd 5 aspek of human qualities :
P - Profiles
A - Academik
S - Sosial
Sa - Sahsiah
K - Kebudayaan

PADI - 4 Konstruk yang ditaksir :
P - Profiles
A - Achievement
D - Development
I - Involvement


Apa yang dirancang selama ini adalah untuk kebaikan dan kecemerlangan dalam pendidikan. Tetapi sejauhmanakah perancangan ini berjaya dilaksanakan. Bench marking untuk kejayaan perancangan ini? Misalnya PEKA Sains, adakah ianya memberi gambaran yang sebenar kebolehan pelajar itu? Ini kerana jika seorang pelajar itu tidak menguasai UPSR samada D atau E , walhal PEKA nya dapat lulus?

Just sharing......
Logged

Jerome Harry
Penyelia,
Sains,Matematik, Teknik/Vokasional
Unit Pengurusan Akademik
Pejabat Pelajaran Daerah Sibu.
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21311
Latest: LamefuenteeKH
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 2
Guests: 170
Total: 172
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.729 seconds with 26 queries.