Guru-guru PA yang budiman, saya masih keliru dengan pemberian markah untuk kesalahan data daripada kiraan dalam teks. Maksud saya ialah data mutlak atau peratusan yang tidak tepat. Ini pasti akan mempengaruhi jumlah besar. Macamana nak tolak markah? Adakah 06/15 terus. Mcm tak adil kan... contohnya kalau pelajar A salah satu data sahaja dan pelajar B salah 5 data... adalah kedua-dua pljr ini akan mendapat 06/15. Saya sudah lihat banyak skema pemarkahan dari negeri-negeri lain, tetapi tidak ada yang benar-benar menghuraikan cara pemberian markah sekiranya data pelajar tak tepat/ salah. Kalau maklumat seperti Tajuk, tahun, tajuk pada paksi, jumlah besar salah, biasanya akan diberi 06/15.
Hrp dpt dikongsikan pengalaman cg di sekolah. Formula mana yang cg gunakan.
Setakat ni cikgu, memang tak dijumpai lagi cara pemberian markah bagi bahagian D untuk kesalahan data dalam jadual. Namun dari sumber yg boleh dipercayai dan pengalaman saya sendiri, cikgu boleh tolak markah dengan menggunakan julat nilai yang salah. cthnya jika 1-2 kesalahan mgkin cikgu boleh tolak setengah markah dan seterusnya. Biasanya pelajar bijak, mereka tidak akan membuat kesalahan lebih dari 3.
Bagi pelajar lemah, jka separuh dari jadual itu salah, maksudnya hanya separuh sahaja dari markah keseluruhan. Selebihnya cikgu buat pertimbangan sendiri. Jika jumlah besar lebih satu nilai atau kurang, tidak menjadi kesalahan besar. CTHNYA: 99.9% atau 100.1%.
Kadangkala markah yang diberi guru di sekolah lebih tinggi berbanding dengan skema pemarkahan sebenar. Kesalahan yang kita anggap kecil, sebenarnya ditolak banyak markah. Contohnya jika TAHUN tidak tulis, boleh jadi 6 markah sahaja diberi..
Sila betulkan saya jika ada kesilapan...