Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 01:44:58 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Perkhemahan Bersepadu PBBS (NGO/TKRS) Perg. Neg. Sarawak.  (Read 835 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Saedin Bin Matni
SK Kampung Alit
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 11


always finding the middle dot…but sometimes…


« on: September 28, 2010, 01:57:48 PM »

Salam 1 Malaysia! Lega rasanya PBPBBS peringkat negeri Sarawak di SK Kg. Alit baru je selesai sebentar tadi, apabila semua kontigen telah bertolak balik ke tempat masing2. Sebagai tuan rumah kami amat terharu, lega, sedih, gembira, bangga dan berharap semua yang menyertai mendapat manfaat yang berguna. Kami berterima kasih atas kesudian semua bertandang ke SKA. Mohon maaf sekiranya ada yang terpendam dihati, kekurangan tidak diundang tapi itu hakikat kita manusia yang serba kekurangan. Terima kasih semua! gambar....... saya tak ada...... minta... PKG Saratok upload!!!!
« Last Edit: September 28, 2010, 02:00:19 PM by Saedin Bin Matni » Logged

...always finding the middle dot…but sometimes…
Wilter Hawell
PPD Kanowit

Super Member
*

Fame: 534
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3790


Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan


« Reply #1 on: September 28, 2010, 07:40:20 PM »

Tahniah untuk pihak penganjur atas kejayaan melaksanakan aktiviti ini. Jika boleh kongsikan bersama kita sedikit gambar aktiviti ini.. Wink
Logged

Wilter Hawell
UPA, PPD Kanowit
"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya"
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #2 on: September 28, 2010, 07:59:20 PM »

Tahniah! harap rakan guru yg ada gambar boleh upload untuk tatapan bersama. sebab pelajar sekolah saya juga terlibat sebagai peserta
Logged

Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
95007, Sri Aman,
Sarawak
Zaidi bin Othman
SK Agama Sri Aman
Teacher
Senior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 259



« Reply #3 on: September 28, 2010, 08:19:02 PM »

232 murid sertai perkhemahan beruniform di Kabong


Caption: PANTAU...Apo (kiri) dan Anis (tengah) ketika meninjau aktiviti para peserta pada program itu.

Saleman Senin

BETONG, Ahad (26 Sept) – Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong dan PPD Saratok telah menganjurkan Program Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sarawak 2010 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Alit, Kabong, Betong baru-baru ini.

Program yang melibatkan seramai 232 orang murid Tahun 5 dari 11 buah Bahagian dalam negeri Sarawak ini antaranya ialah Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman, Bahagian Sarikei, Bahagian Sibu, Bahagian Miri, Bahagian Bintulu, Bahagian Mukah, Bahagian Limbang, Bahagian Kapit dan Bahagian Betong.

“Tujuannya ialah untuk mencari wakil peserta ke peringkat kebangsaan bagi program yang sama pada tahun depan selaras dengan usaha pihak kementerian bagi mencapai hasrat untuk melahirkan golongan masyarakat bersepadu, berdisplin dan terlatih mengikut kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Usaha ini akan dilaksanakan secara bersepadu di dalam dan luar bilik darjah khasnya seperti yang pihak kita adakan dalam program ini bermula dari 24 September lalu hingga 28 September ini,” katanya jurucakap penganjur ketika ditemui pada program itu.

Selain itu program ini katanya juga memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli Pasukan Badan Beruniform mengenai aspek perkhemahan secara menyeluruh disamping mempertingkatkan minat murid terhadap kegiatan Pasukan Badan Beruniform.

Malahan program terbabit katanya juga membantu meningkatkan disiplin murid dengan mematuhi peraturan dan undang-undang pelbagai persatuan yang ditubuhkan di sekolah-sekolah rendah masing-masing.

“Sebanyak tujuh buah unit badan beruniform yang telah mengambil bahagian dalam program ini antaranya ialah Pengakap, PBSM, TKRS, Pandu Puteri, Puteri Islam, Briged Putera dan Puteri.

“Untuk menjayakan program ini pihak kita telah menggunakan kemahiran seramai 15 orang tenaga pengajar bertauliah dari kalangan guru aktif berpersatuan dalam mengendalikan program itu,” katanya.

Terdahulu Pegawai Jabatan Pelajaran Sarawak (JPNS), Apo Latit, Penyelia Kumpulan KK JPNS dan Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Betong, Anis bin Madeli turun padang bagi memantau progres perlaksanaan program itu.

Majlis penutupan Program Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sarawak 2010 akan dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNS iaitu Ellen@Manium anak Engang pada 28 September ini.
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21311
Latest: LamefuenteeKH
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 2
Guests: 147
Total: 149
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.125 seconds with 26 queries.