Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 04:02:07 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Poll
Question: Adakah anda tahu Bajet 2011 dalam Pendidikan?
Ya - 0 (0%)
Tidak - 7 (100%)
Total Voters: 7

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Bajet Pendidikan 2011  (Read 1391 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Ambrose Ak. Jerome
SMK Trusan
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 20



WWW
« on: October 30, 2010, 10:12:00 AM »

Untuk pengetahuan guru-guru semua, berikut merupakan Bajet 2011 dalam Pendidikan

INTIPATI BAJET 2010 DARI ASPEK PENDIDIKAN

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
Logged

SMK Trusan
Omar Alli Othman
SMK Oya Mukah
Teacher
Master Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1205


sotugau


« Reply #1 on: October 30, 2010, 10:48:16 AM »


INTIPATI BAJET 2010 DARI ASPEK PENDIDIKAN[/u]

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

[/quote]

sudah sampai masanya Guru BM diberi elaun khas seperti rakan Guru BI , Maths dan Sains.  Cool Cool Cool

 Grin
Logged

Omar Alli Othman
SMK DALAT
Cornelius Anak Bulang
SK Long Jekitan
Teacher
Junior Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 83


"Belajar Untuk Hidup dan Hidup Untuk Belajar"


« Reply #2 on: October 30, 2010, 02:07:34 PM »

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

Diharap KPM memandang serius terhadap kuarters guru dan bangunan sekolah terutamanya bilik darjah.
Logged

CORNELIUS ANAK BULANG
Guru Akademik Biasa
SK Long Jekitan, Baram

Guru tidak boleh hidup sekiranya tiada murid,
murid tidak boleh hidup sekiranya tiada guru
Mohamad@Zaini Bin Mahrid
SK Hj Junid
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 7



« Reply #3 on: November 09, 2010, 07:28:48 AM »

Ini hanyalah satu kenyataan biasa saja,

Peruntukan bajet 2011 tidak jauh bezanya dengan bajet yang lepas-lepas. Peruntukan yang besar bagi KPM adalah baik untuk pembangunan pendidikan. Yang dikatakan pembangunan tidak seperti yang disangka. Kalau kita teropong pembangunan sekolah di sarawak utamanya luar bandar tidak wujud pembangunan dengan erti kata sebenarnya. Banyak lagi sekolah yang daif dan uzur yang hanya dipandang sebelah mata oleh pihak tertentu. Kita mengharapkan supaya tahun ini pembangunan dapat ditunjukkan dengan adanya tindakan. Kalau nak dikatakan semuanya....banyak lagi kelemahan sistem pendidikan kita di Malaysia. Yang tinggal terus ketinggalan, yang maju makin dimajukan..ada keadilan...tepuk dada tanya HuhHuh??
Logged

SK Hj Junid
Wan Abdullah B. Wan Abdul Hamid
SK Tupong
Teacher
Senior Member
*

Fame: 25
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 247


Gambatte Kudasai


« Reply #4 on: November 09, 2010, 10:41:31 AM »

Untuk pengetahuan guru-guru semua, berikut merupakan Bajet 2011 dalam Pendidikan

INTIPATI BAJET 2010 DARI ASPEK PENDIDIKAN


* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
 


Inilah yang kita amat2 perlukan. Cubalah tempatkan 35-45 orang murids dalam kelas yang penutur jati ini ajarkan. Bagaimanakah agaknya keadaannya yer? Sure meningkatlah peratusan lulus anak2 abngsa kita kan. Maklumlah mendapat ilmu bahasa terus daripada pakarnya.
Semoga berjaya
Logged

Wan Abdullah
SK Rakyat Tupong, Petra Jaya, Kuching
Asri bin Om
SK Sg Apin
Headmaster
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 37



« Reply #5 on: November 09, 2010, 03:08:21 PM »

Pengambilan penutur jati untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris diharap-harapkan tidak menjadi seperti pemainan bola sepak. Ambil jurulatih import namun pencapaian tidak juga meningkat. Bayaran mahal yang diberikan tidak setimpal dengan pencapaiannya.

Rasanya lebih baik lagi jika menambah bilangan Guru Bahasa Inggeris. Di luar sana masih ramai lagi graduan anak tempatan yang menganggur.
Logged

SK Sg Apin
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21316
Latest: crepterbaltDQ
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 1
Guests: 118
Total: 119
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.089 seconds with 25 queries.