CADANGAN PEGAWAI SEKRETARIAT KRS DAERAH
1) PEGAWAI TADBIR
2) PEGAWAI TEKNIKAL
3) PEGAWAI DATA
4) PEGAWAI ISTIADAT
5) PEGAWAI KEROHANIAN
6) PEGAWAI HEWA
7) KETUA JURULATIH
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEKRETARIAT DAERAH1) PEGAWAI TADBIRDEFINISI PEGAWAI TADBIR
• Seseorang Pegawai Kanan KRS yang dipertanggungjawabkan untuk merancang,melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti KRS di peringkat daerah dan sekolah-sekolah.
PELANTIKAN
1. Pelantikan Pegawai Tadbir KRS dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pangkat seorang Pegawai Tadbir KRS mestilah berpangkat Kapten (KRS).
3. Dilantik sebagai pegawai khas di Jabatan Pendidikan daerah masing-masing.
KRITERIA PEGAWAI TADBIR
1. Telah mengikuti kursus asas KRS .
2. Telah menjadi jurulatih kanan KRS daerah masing-masing sekurang-kurangnya 3 tahun.
3. Telah mengikuti sekurang-kurangnya satu kursus Pegawai Tadbir peringkat negeri.
SENARAI TUGAS PEGAWAI TADBIR DAN FUNGSI
1. Merancang aktiviti tahunan ( takwim) KRS peringkat daerah.
2. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi aktiviti-aktiviti KRS di peringkat negeri.
3. Melaksanakan aktiviti-aktiviti KRS peringkat negeri.
4. Memantau pelaksanaan aktiviti KRS peringkat daerah.
5. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus untuk pegawai KRS dan anggota kadet KRS.
6. Mencalonkan pegawai-pegawai KRS ( Guru dan murid) untuk berkursus di peringkat negeri.
7. Bertanggungjawab terhadap majlis KRS di peringkat daerah masing-masing.
8. Mengesahkan tatacara pemakaian KRS berdasarkan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia.
9. Bertanggungjawab memberi nasihat berkaitan dengan lojistik KRS daerah.
10.Bertanggungjawab menasihati pegawai – pegawai Jabatan berkaitan tatacara majlis KRS.
11. Membantu Unit Kokurikulum dalam melaksanakan kegiatan KRS.
12. Bertangungjawab terhadap Pegawai PPD dalam semua perancangan dan perlaksanaan aktiviti KRS .
2) KETUA JURULATIH
A. DEFINISI KETUA JURULATIH KRS DAERAH
1. Seorang pegawai kanan KRS yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana dan memantau berkaitan kejurulatihan KRS.
B. PELANTIKAN
1. Pelantikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pangkat yang akan disandang ialah Kapten KRS.
C. KRITERIA
1. Telah mengikuti kursus asas KRS
2. Telah mengikuti satu kursus kejurulatihan KRS
3. Telah berkhidmat tidak kurang 3 tahun sebagai jurulatih KRS daerah
D. SENARAI TUGAS
1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS atas aspek-aspek kejurulatihan.
2. Menyediakan jadual tugas berkala bagi semua jurulatih.
3. Merancang dan melaksanakan program kursus kejurulatihan peringkat daerah.
4. Bersama Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai atau jurulatih ke peringkat negeri.
5. Mengenalpasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih.
6. Bertanggungjawab menyediakan modul kursus kejurulatihan peringkat daerah.
7. Bertanggungjawab terhadap tatacara perkhemahan dan keselamatan.
3) PEGAWAI ISTIADAT
DEFINISI PEGAWAI ISTIADAT
• Seseorang Pegawai Kanan KRS yang dipertanggungjawabkan untuk melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan protokol KRS di peringkat negeri, daerah dan sekolah-sekolah dipatuhi.
AKTIVITI-AKTIVITI YANG MELIPUTI PROTOKOL KRS
• Di dalam Dewan ( perjalanan majlis/susun atur) dan lain-lain.
• Di padang kawat ( perjalanan majlis/susun atur) dan lain-lain.
PELANTIKAN
1. Pelantikan oleh Kementerian PendidikanMalaysia
2. Pangkat yang akan disandang ialah Kapten KRS.
KRITERIA PEGAWAI ISTIADAT
1. Telah mengikuti kursus asas KRS .
2. Telah menjadi jurulatih kanan KRS daerah masing-masing sekurang-kurangnya 3 tahun.
3. Telah mengikuti sekurang-kurangnya satu kursus Pegawai Istiadat peringkat negeri.
SENARAI TUGAS PEGAWAI ISTIADAT
1. Merancang keperluan-keperluan perbarisan.
1.1 Menentukan tarikh, tempat dan masa.
1.2 Format perbarisan
1.3 Kekuatan perbarisan
1.4 Perjawatan perbarisan
1.5 Kumpulan pancaragam
1.6 Pembaca doa
1.7 Juruacara
1.8 Aturcara
2. Mengawas selia kawalan kehormat/tamat latihan/terima sijil/pemakaian pangkat
2.1 Hukuman
2.2 Pelaku
2.3 Tindakan
3. Mengawas selia Perbarisan Hari Kebangsaan/Sukan
3.1 Memastikan prosedur perbarisan dipatuhi
4. Pengurusan Padang Kawat
4.1 Persiapan di padang kawat
4.2 Keluasan padang kawat
4.3 Menentukan bentuk perbarisan
5. Protokol
5.1 Memastikan prosedur perbarisan dipatuhi
5.2 Aturcara perbarisan
5.3 Persiapan padang perbarisan
- Persiapan pentas hormat
- Pentas ucapan Pegawai Tabik Hormat
– Bilik jamuan/bilik menunggu
5.4 Menentukan pakaian anggota Perbarisan /tetamu/VVIP.
5.5 Memastikan protokol bendera dipatuhi
6. Menasihati dan memastikan tatacara berpakaian pegawai dan anggota KRS dipatuhi.
7. Menasihati tatacara/adab makan pegawai dan anggota KRS.
8. Menasihati tatacara memberi hormat /menerima hormat/membalas hormat pegawai dan anggota KRS.
9. Menasihati pegawai dan anggota KRS supaya etika KRS dipatuhi.
4) PEGAWAI TEKNIKAL
PERLANTIKAN
1. Perlantikan Pegawai Teknikal KRS dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pangkat seorang Pegawai Teknikal KRS mestilah berpangkat Kapten (KRS) .
3. Dilantik sebagai pegawai khas membantu Pegawai Tadbir KRS daerah masing-masing.
KRITERIA PEGAWAI TEKNIKAL
1. Telah mengikuti kursus asas KRS .
2. Telah menjadi jurulatih kanan KRS daerah masing-masing sekurang-kurangnya 3 tahun.
3. Telah mengikuti sekurang-kurangnya satu kursus Pegawai Teknikal yang diadakan di peringkat negeri.
SENARAI TUGAS PEGAWAI TEKNIKAL DAN FUNGSI
1. Membantu Pegawai Tadbir dalam merancang dan melaksanakan aktiviti KRS Peringkat Daerah/Negeri spt karnival/perkhemahan/kawat.
2. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi aktiviti-aktiviti KRS di peringkat daerah (aspek teknikal).
3. Melaksanakan prosedur-prosedur teknikal.
4. Menyelia AJK Teknikal melaksanakan tugas.
5. Membantu merancang dan melaksanakan kursus-kursus untuk pegawai KRS dan anggota kadet KRS.
5) PEGAWAI HAL EHWAL WANITA ( HEWA ) DAERAH
DEFINISI PEGAWAI HEWA KRS
• Seseorang Pegawai Kanan KRS wanita yang dipertanggungjawabkan untuk membantu merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti, kejurulatihan serta kebajikan yang khusus untuk anggota-anggota KRS wanita di peringkat daerah dan sekolah.
PELANTIKAN PEGAWAI HEWA
1. Pegawai HEWA KRS Kebangsaan / Negeri dilantik oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Manakala Pegawai HEWA KRS Daerah dilantik oleh PPD masing-masing.
3. Pangkat seorang Pegawai HEWA KRS Negeri / Kebangsaan ialah Kapten TKRS (sekiranya layak).
KRITERIA PEGAWAI HEWA
1. Pegawai berkenaan mestilah telah mengikuti Kursus Asas Kejurulatihan Kadet Remaja Sekolah Malaysia.
2. Telah mengikuti sekurang-kurangnya satu Kursus Pegawai HEWA Peringkat Negeri.
3. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lebih dari 3 tahun sebagai Jurulatih Kadet Remaja Sekolah Malaysia di peringkat Daerah.
SENARAI TUGAS HEWA KRS
1. Membantu Pegawai Tadbir KRS Malaysia Daerah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti KRS Daerah dan Sekolah seperti dalam aktiviti Karnival Perkhemahan / Kawad / Kursus CPR dll.
2. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi aktiviti-aktiviti KRS Malaysia di peringkat Daerah ( Aspek HEWA ).
3. Melaksanakan prosedur-prosedur kerja HEWA di peringkat daerah.
4. Membantu merancang dan melaksanakan kursus-kursus untuk pegawai dan anggota KRS Sekolah Malaysia.
5. Mencalonkan jurulatih wanita sebagai Jurulatih KRS Negeri.
6. Mengenalpasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih dan peserta wanita.
7. Menasihati dan memastikan tatacara pemakaian pegawai wanita, anggota kadet puteri mengikut tatacara pemakaian yang betul.
8. Membantu pelaksanaan aktiviti-aktiviti Kadet Remaja Sekolah di peringkat daerah dan sekolah.
9. Membantu merancang dan melaksanakan program kursus kejurulatihan di peringkat daerah.
10. Bersama Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai atau jurulatih wanita ke Peringkat Negeri.
11. Bertanggungjawab membantu menyediakan modul kursus kejurulatihan pegawai wanita di peringkat daerah.
12. Bertanggungjawab terhadap Protokol KRS / tatacara perkhemahan dan keselamatan pegawai wanita dan kadet puteri.
13. Membantu Pegawai Tadbir mengenal pasti jurulatih wanita sebagai hakim kawat.
14. Membantu Pegawai Tadbir mengenal pasti pegawai wanita dan kadet puteri untuk dihantar berkursus ke peringkat negeri.
15. Membantu pegawai-pegawai kanan KRS / TKRS Malaysia Negeri dan JPN dalam melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan urusan dan kebajikan pegawai KRS Wanita.
16. Bersedia menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh PPD/JPN/KPM
AKTIVITI-AKTIVITI YANG MELIPUTI PROTOKOL KRS
• Di dalam Dewan ( Perjalanan majlis / susun atur dan lain-lain )
• Di Padang Kawat ( Perjalanan Majlis / Susun atur dan lain-lain )
*sekadar berkongsi maklumat