Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 10:43:46 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 09:27:59 PM]

[Today at 07:37:11 PM]

[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: SEKRETARIAT KRS DAERAH  (Read 1793 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« on: March 20, 2011, 02:59:19 AM »

CADANGAN PEGAWAI SEKRETARIAT KRS DAERAH
 
1) PEGAWAI TADBIR
2) PEGAWAI TEKNIKAL
3) PEGAWAI DATA
4) PEGAWAI ISTIADAT
5) PEGAWAI KEROHANIAN
6) PEGAWAI HEWA
7) KETUA JURULATIH

*kalau dapat setiap daerah diwujudkan sekretariat KRS ini agar kita dapat memantapkan lagi pengurusan dan aktiviti KRS/TKRS di peringkat daerah masing2... Wink
Logged

Amri Bin Hj Azmi
SMK Chung Hua Miri
Merangkap Pegawai Teknikal KRS Daerah Miri
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #1 on: March 20, 2011, 03:03:55 AM »

CADANGAN PEGAWAI SEKRETARIAT KRS DAERAH
 
1) PEGAWAI TADBIR
2) PEGAWAI TEKNIKAL
3) PEGAWAI DATA
4) PEGAWAI ISTIADAT
5) PEGAWAI KEROHANIAN
6) PEGAWAI HEWA
7) KETUA JURULATIH


BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEKRETARIAT DAERAH

1)   PEGAWAI TADBIR

DEFINISI  PEGAWAI TADBIR
•   Seseorang Pegawai Kanan KRS yang dipertanggungjawabkan untuk merancang,melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti KRS di peringkat daerah dan sekolah-sekolah.

PELANTIKAN
1. Pelantikan Pegawai Tadbir KRS dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pangkat seorang Pegawai Tadbir KRS mestilah berpangkat Kapten (KRS).
3. Dilantik sebagai pegawai khas di Jabatan Pendidikan daerah masing-masing.

KRITERIA PEGAWAI TADBIR
1.  Telah mengikuti kursus asas KRS .
2.  Telah menjadi jurulatih kanan KRS daerah masing-masing sekurang-kurangnya 3 tahun.
3.  Telah mengikuti sekurang-kurangnya satu kursus Pegawai Tadbir peringkat negeri.

SENARAI TUGAS PEGAWAI TADBIR DAN FUNGSI
1. Merancang aktiviti tahunan ( takwim) KRS peringkat daerah.
2. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi aktiviti-aktiviti KRS di peringkat negeri.
3. Melaksanakan aktiviti-aktiviti KRS peringkat negeri.
4. Memantau pelaksanaan aktiviti KRS peringkat daerah.
5. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus untuk pegawai KRS  dan anggota kadet KRS.
6. Mencalonkan pegawai-pegawai KRS ( Guru dan murid) untuk berkursus di peringkat negeri.
7. Bertanggungjawab terhadap majlis KRS  di peringkat daerah masing-masing.
8. Mengesahkan tatacara pemakaian KRS berdasarkan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia.
9. Bertanggungjawab memberi nasihat berkaitan dengan lojistik KRS daerah.
10.Bertanggungjawab menasihati pegawai – pegawai Jabatan berkaitan tatacara majlis KRS.
11. Membantu Unit Kokurikulum dalam melaksanakan kegiatan KRS.
12. Bertangungjawab terhadap Pegawai PPD dalam semua perancangan dan perlaksanaan aktiviti KRS .

2) KETUA JURULATIH

A. DEFINISI KETUA JURULATIH KRS DAERAH
1.   Seorang pegawai kanan KRS yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana dan memantau berkaitan kejurulatihan KRS.

B. PELANTIKAN
1.   Pelantikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.    Pangkat yang akan disandang ialah Kapten KRS.

C. KRITERIA
1. Telah mengikuti kursus asas KRS
2. Telah mengikuti satu kursus kejurulatihan  KRS
3. Telah berkhidmat tidak kurang 3 tahun sebagai jurulatih KRS daerah

D. SENARAI TUGAS
1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS atas aspek-aspek kejurulatihan.
2. Menyediakan jadual tugas berkala bagi semua jurulatih.
3. Merancang dan melaksanakan program kursus kejurulatihan peringkat daerah.
4. Bersama Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai atau jurulatih ke peringkat negeri.
5. Mengenalpasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih.
6. Bertanggungjawab menyediakan modul kursus kejurulatihan peringkat daerah.
7. Bertanggungjawab terhadap tatacara perkhemahan dan keselamatan.

3) PEGAWAI ISTIADAT

DEFINISI  PEGAWAI ISTIADAT
•   Seseorang Pegawai Kanan KRS yang dipertanggungjawabkan untuk melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti  yang berkaitan dengan protokol  KRS di peringkat negeri, daerah dan sekolah-sekolah dipatuhi.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG MELIPUTI PROTOKOL KRS   
•   Di dalam Dewan ( perjalanan majlis/susun atur) dan lain-lain.
•   Di padang kawat ( perjalanan majlis/susun atur) dan lain-lain.

PELANTIKAN
1.    Pelantikan oleh Kementerian PendidikanMalaysia
2.    Pangkat yang akan disandang ialah Kapten KRS.

KRITERIA PEGAWAI ISTIADAT
1.  Telah mengikuti kursus asas KRS .
2.  Telah menjadi jurulatih kanan KRS daerah masing-masing sekurang-kurangnya 3 tahun.
3.  Telah mengikuti sekurang-kurangnya satu kursus Pegawai Istiadat peringkat negeri.

SENARAI TUGAS PEGAWAI ISTIADAT
1.   Merancang keperluan-keperluan perbarisan.
         1.1   Menentukan tarikh, tempat dan masa.
   1.2   Format perbarisan
   1.3   Kekuatan perbarisan
   1.4   Perjawatan perbarisan
   1.5   Kumpulan pancaragam
   1.6   Pembaca doa
   1.7   Juruacara
   1.8   Aturcara
2.   Mengawas selia kawalan kehormat/tamat latihan/terima sijil/pemakaian pangkat
   2.1   Hukuman
   2.2   Pelaku
   2.3   Tindakan
3.     Mengawas selia Perbarisan Hari Kebangsaan/Sukan
    3.1   Memastikan prosedur perbarisan dipatuhi
4.   Pengurusan Padang Kawat
        4.1   Persiapan di padang kawat
   4.2   Keluasan padang kawat
   4.3   Menentukan bentuk perbarisan
5.   Protokol
    5.1   Memastikan prosedur perbarisan dipatuhi
   5.2   Aturcara perbarisan
   5.3   Persiapan padang perbarisan
      - Persiapan pentas hormat
      - Pentas ucapan Pegawai Tabik Hormat
                          – Bilik jamuan/bilik menunggu
             5.4   Menentukan pakaian anggota Perbarisan /tetamu/VVIP.
              5.5   Memastikan protokol bendera dipatuhi
6.   Menasihati dan memastikan tatacara berpakaian pegawai dan anggota KRS dipatuhi.
7.   Menasihati tatacara/adab makan pegawai dan anggota KRS.
8.   Menasihati tatacara memberi hormat /menerima hormat/membalas hormat pegawai dan anggota KRS.
9.   Menasihati pegawai dan anggota KRS supaya etika KRS dipatuhi.

4) PEGAWAI TEKNIKAL

PERLANTIKAN
1. Perlantikan Pegawai Teknikal KRS dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pangkat seorang Pegawai Teknikal KRS mestilah berpangkat Kapten (KRS) .
3. Dilantik sebagai pegawai khas membantu Pegawai Tadbir KRS daerah masing-masing.

KRITERIA PEGAWAI TEKNIKAL
1.  Telah mengikuti kursus asas KRS .
2.  Telah menjadi jurulatih kanan KRS daerah masing-masing sekurang-kurangnya 3 tahun.
3.   Telah mengikuti sekurang-kurangnya satu kursus Pegawai Teknikal yang diadakan di peringkat negeri.

SENARAI TUGAS PEGAWAI TEKNIKAL DAN FUNGSI
1. Membantu Pegawai Tadbir dalam merancang dan melaksanakan aktiviti  KRS Peringkat Daerah/Negeri  spt karnival/perkhemahan/kawat.
2. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi aktiviti-aktiviti KRS di peringkat daerah (aspek teknikal).
3. Melaksanakan prosedur-prosedur teknikal.
4. Menyelia AJK Teknikal melaksanakan tugas.
5. Membantu merancang dan melaksanakan kursus-kursus untuk pegawai KRS  dan anggota kadet KRS.

5) PEGAWAI HAL EHWAL WANITA  ( HEWA ) DAERAH

DEFINISI  PEGAWAI HEWA KRS
•   Seseorang Pegawai Kanan KRS wanita yang dipertanggungjawabkan untuk membantu merancang, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti, kejurulatihan serta kebajikan yang khusus untuk anggota-anggota KRS wanita di peringkat daerah dan sekolah.

PELANTIKAN PEGAWAI HEWA
1.   Pegawai HEWA KRS Kebangsaan / Negeri dilantik oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.   Manakala Pegawai HEWA KRS Daerah dilantik oleh PPD masing-masing.
3.  Pangkat seorang Pegawai HEWA KRS Negeri / Kebangsaan ialah Kapten TKRS (sekiranya layak).

KRITERIA PEGAWAI HEWA
1.   Pegawai berkenaan mestilah telah mengikuti Kursus Asas Kejurulatihan Kadet Remaja Sekolah Malaysia.
2.   Telah mengikuti sekurang-kurangnya satu Kursus Pegawai HEWA Peringkat Negeri.
3.   Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lebih dari 3 tahun sebagai Jurulatih Kadet Remaja Sekolah Malaysia di peringkat Daerah.

SENARAI TUGAS HEWA KRS
1.   Membantu Pegawai Tadbir KRS Malaysia Daerah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti KRS Daerah dan Sekolah seperti dalam aktiviti Karnival Perkhemahan / Kawad / Kursus CPR dll.
2.   Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi aktiviti-aktiviti KRS Malaysia di peringkat Daerah ( Aspek HEWA ).
3.   Melaksanakan prosedur-prosedur kerja HEWA di peringkat daerah.
4.    Membantu merancang dan melaksanakan kursus-kursus untuk pegawai dan anggota KRS Sekolah Malaysia.
5.   Mencalonkan jurulatih wanita sebagai Jurulatih KRS Negeri.
6.   Mengenalpasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih dan peserta wanita.
7.   Menasihati dan memastikan tatacara pemakaian pegawai wanita, anggota kadet puteri mengikut tatacara pemakaian yang betul.
8.   Membantu pelaksanaan aktiviti-aktiviti  Kadet Remaja Sekolah di peringkat daerah dan sekolah.
9.   Membantu merancang dan melaksanakan program kursus kejurulatihan di peringkat daerah.
10.   Bersama Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai atau jurulatih wanita ke Peringkat Negeri.
11.   Bertanggungjawab membantu menyediakan modul kursus kejurulatihan pegawai wanita di peringkat daerah.
12.   Bertanggungjawab  terhadap Protokol KRS / tatacara perkhemahan dan keselamatan pegawai wanita dan kadet puteri.
13.    Membantu Pegawai Tadbir mengenal pasti jurulatih wanita sebagai hakim kawat.
14.   Membantu Pegawai Tadbir mengenal pasti pegawai wanita dan kadet puteri untuk dihantar berkursus ke peringkat negeri.
15.  Membantu pegawai-pegawai kanan KRS / TKRS Malaysia Negeri dan JPN dalam melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan urusan dan kebajikan pegawai KRS Wanita.
16.  Bersedia menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh PPD/JPN/KPM

AKTIVITI-AKTIVITI YANG  MELIPUTI PROTOKOL KRS
•   Di dalam Dewan ( Perjalanan majlis / susun atur dan lain-lain )
•   Di Padang Kawat ( Perjalanan Majlis / Susun atur dan lain-lain )
   
*sekadar berkongsi maklumat
« Last Edit: March 20, 2011, 03:07:41 AM by Amri Bin Azmi » Logged
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #2 on: March 20, 2011, 03:16:35 AM »

ETIKA BERPAKAIAN BAGI PEGAWAI

Berpakaian Lengkap:

1.   Apabila berjalan, hendaklah sentiasa berpakaian lengkap dan kemas. Jika membawa tongkat, hendaklah sentiasa dipegang dengan tangan kanan. Jika membawa beg atau barang lain, gunakan tangan kiri untuk memegang.

2.   Apabila duduk sama ada makan ataupun tidak, tanggalkan cap, berer atau topi dan talipinggang (pakaian nombor 4) sebagai tanda berehat.

3.   Apabila hendak membalas hormat,
a.   berdiri
b.   memakai cap, topi atau berer dan talipinggang.
c.   jika tidak sempat, tidak boleh membalas tabik hormat. Memadai dengan berdiri tegak (tandanya: lurus tegak dan langut)

4.   Apabila duduk makan, ikutlah peraturan makan secara beradap (rujuk etika makan pegawai)

5.   Berbudi bahasa apabila bercakap.

6.   Larangan:
a.   Tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam.
b.   Tidak dibenarkan menaiki motorsikal jika berpakaian lengkap. Jika hendak menaiki motorsikal hendaklah memakai jeket penuh yang menutup pangkat di bahu atau memakai half-dress, memakai topi keledar dan jeket keselamatan.
c.   Jangan bersembang di tempat yang tidak sesuai seperti di pintu atau tepi longkang.
d.   Tidak dibenarkan berlegar-legar,berjalan-jalan atau membeli belah di tempat awam.
e.   Dilarang makan atau minum di gerai tepi jalan. Pilihlah restoran atau kantin yang tertutup.

7.   sebaik-baiknya berhenti dan  berbual dengan pegawai lain

Tidak Berpakaian Lengkap:

1.   Memberi hormat atau menerima tabik hormat dengan lurus badan dan langut sahaja.
2.   Pakaian yang dibenarkan atau rasmi dalam pasukan. Contohnya kemeja T yang mengandungi lambang pasukan KRS/TKRS yang selaras atau sama dengan anggota-anggota lain dan bukan kemeja T cenderahati atau hadiah yang pelbagai warna dan tulisan.
3.   Etika makan  adalah  sama sebagaimana etika ketika  berpakaian lengkap.

sekadar berkongsi maklumat...
Logged
Lee Dawata Dahlan
SMK Kanowit
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 128


SMK Kanowit


« Reply #3 on: March 22, 2011, 12:43:55 AM »

terima kasih atas maklumat tersebut.
Cikgu Amri ..ada tak contoh untuk mengadakan ujian kenaikan pangkat peringkat daerah (koperal-lanskoperal dan sarjan)
Mohon perkongsian..sebab Daerah Kanowit sedang bercadang untuk membuat ujian kenaikan pangkat sekurang-kurangnya di daerah Kanowit. insyallah.
Logged

SMK Kanowit
Lot 303, Jalan Kanowit-Durin
96700 Kanowit
Sibu, Sarawak
Tel : 084-752152  Fax: 084-753700
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #4 on: May 08, 2011, 11:40:30 PM »

terima kasih atas maklumat tersebut.
Cikgu Amri ..ada tak contoh untuk mengadakan ujian kenaikan pangkat peringkat daerah (koperal-lanskoperal dan sarjan)
Mohon perkongsian..sebab Daerah Kanowit sedang bercadang untuk membuat ujian kenaikan pangkat sekurang-kurangnya di daerah Kanowit. insyallah.

Rujuk dalam buku panduan krs yg dibekalkan bahagian Lampiran daripada m/s 136 - 159.. tq
Logged
Mohamad Hairullah bin Noordin
SK Nanga Semawang
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 13



« Reply #5 on: May 11, 2011, 07:56:18 AM »

cikgu,boleh bagi info bila ada kursus pegawai untuk guru-guru ataupun kursus kenaikan pangkat..saya setakat ini tidak pernah lagi mendengar ada penganjuran kursus bagi pegawai KRS walaupun dari PPD
Logged

Guru
SK Nanga Semawang
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #6 on: May 11, 2011, 10:33:22 AM »

cikgu,boleh bagi info bila ada kursus pegawai untuk guru-guru ataupun kursus kenaikan pangkat..saya setakat ini tidak pernah lagi mendengar ada penganjuran kursus bagi pegawai KRS walaupun dari PPD

Insya Allah... kalau ada maklumat terkini, akan dimaklumkan di sini...
Tuan ngajar di sekolah mana? daerah? Sblum nie Palapes kat uni mana?  Grin
Logged
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #7 on: May 18, 2011, 12:02:18 AM »

Kadet Remaja Sekolah di IPG mengalu-alukan kerjasama daripada pihak sekretariat KRS daerah dan sekolah. Mohon semua sekretariat KRS daerah mengambil peluang ini untuk memantapkan lagi KRS/TKRS di negeri Sarawak ini...
Harap maklum...  Smiley
Logged
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #8 on: June 24, 2011, 12:12:47 AM »

Mohon daerah2 yg dah ada sekretariat KRS leh la kongsi2 info di sini...
kalau pegawai2 KRS yg tak cuba aktifkan, sapa lagi nak buat kerja tue... Smiley
Logged
Latif B. Bakar
SK Sg. Rasau
Headmaster
Veteran Member
*

Fame: 224
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 550



« Reply #9 on: June 24, 2011, 08:20:33 AM »

Thanks Cg Amri atas cadangan tu...kita baru sahaja ditauliahkan dengan pangkat komanden KRS oleh Tuan Pengarah baru-baru ini,banyak perkara yang masih perlu dipelajari dengan Pegawai seperti ckgu... Wink
Logged

Guru Besar
Sk Sungai Rasau Batang Igan Sibu,
d/a:Pejabat Pelajaran Daerah Dalat.
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #10 on: June 25, 2011, 11:58:34 AM »

Thanks Cg Amri atas cadangan tu...kita baru sahaja ditauliahkan dengan pangkat komanden KRS oleh Tuan Pengarah baru-baru ini,banyak perkara yang masih perlu dipelajari dengan Pegawai seperti ckgu... Wink

Tahniah tuan atas pentauliahan tersebut.... sy pun masih blajar lagi dlm selok belok krs nie Smiley
tp dgn adnya kerjasama semua, perkara yg susah akan jd senang....
Logged
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #11 on: July 03, 2011, 09:21:06 PM »

Mesyuarat Sekretariat KRS Daerah Miri akan diadakan pada 11 Julai 2011 ini. Surat panggilan akan meny6usul kemudian...
Logged
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #12 on: July 11, 2011, 06:58:32 PM »

Selesai sudah Mesyuarat pertama Sekretariat KRS Daerah Miri... Smiley


Antara pegawai yg dilantik adalah seperti berikut:

PEGAWAI TADBIR: Pn. Hjh Norlia Bt. Hj Bujang (SMK Lopeng Tengah)
PEGAWAI TEKNIKAL : En. Amri Bin Hj Azmi (SMK Chung Hua Miri)
PEGAWAI ISTIADAT : Mej (KRS) Mariyasnie Bt Abdullah (SK Sayed Othman)
PEGAWAI HEWA: Cik Hallimaton Sa'adiah Binti Sa'adi (SMK Pujut)
PEGAWAI KEROHANIAN: En. Mohd Husni @ Hasni Bin Mohd Noor (SMK Agama Miri)
PEGAWAI DATA : En. Goh Mia Ser  (SK Anchi)
KETUA JURULATIH: Mej (KRS) Jaxz Aingie Laing (SK Riam Batu Dua)
PEN. KETUA JURULATIH: En. Robin Muan (SK St. Columba Miri)

*Kesemua akan menyandang pangkat KAPTEN (KRS). Cheesy

Tahniah atas lantikan tersebut....
Logged
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #13 on: July 23, 2011, 05:41:14 PM »

Mesyuarat Pegawai Tadbir KRS kebangsaan 1/2011 akan diadakan pada 04 Ogos 2011 di Bhg. Kokurikulum dan Kesenian.....
Logged
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #14 on: October 08, 2011, 11:33:11 PM »

Kedudukan kekananan pegawai dalam sekretariat KRS
1.pegawai tadbir
2.ketua jurulatih
3. pegawai istiadat
4.pegawai teknikal
5. pegawai helwa
6.pegawai data

kalau boleh perjawatan ni pun diwujudkan disetiap sekolah agar lebih mantap pengurusan di peringkat sekolah sekolah....
Logged
Amri Bin Azmi
SMK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 94



« Reply #15 on: December 07, 2011, 07:19:39 PM »

Makluman utk semua pegawai KRS/TKRS yg bertugas sbg SEKRETARIAT DAERAH, bagi setiap pegawai yang bertugas sebagai sekretariat daerah, akan kekal pada pangkat sedia ada. sebagai contoh, jika seorang LEFTENAN dilantik menjadi Ketua Jurulatih daerah, maka pangkatnya tetap LEFTENAN dan pegawai tersebut perlu mengikuti semua kursus bagi melayakkan mereka ditauliahkan sebagai Kapten dan seterusnya. Harap maklum
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.109 seconds with 27 queries.