Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
Fame: 4
Offline
Gender: 
Posts: 236
org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!
|
 |
« on: April 06, 2011, 10:06:51 PM » |
|
Cerpen Idola ( Zaen Kasturi) a. kisah seorang lelaki penjaga panggung yang menyimpan angan-angan dan minat menjadi hero bangsawan idolanya;
b. amanah dan bertanggungjawab terhadap tugasnya;
c. suatu hari, mendapat peluang bersemuka dengan hero pujaannya itu, lalu bertukar-tukar luahan perasaan; d. hero bangsawan menasihati penjaga panggung supaya berpijak di bumi nyata (hidup tidak seindah lakonan);
e. penjaga panggung berasa sedar (dalam kecewa) bahawa dia patut menjadi dirinya sendiri; f. Penulis cerpen, Zaen Kasturi, berjaya menggarap rasa hati orang yang dekat dengan pelakon (penjaga panggung), berbeza dengan kelaziman masyarakat yang cenderung memperkatakan pelakon dan bintang filem. Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) Sinopsis Sinopsis (muka surat 147 - 154)
Si penjaga panggung setia dengan tugasnya menyusun kerusi hingga ke tengah malam usai pementasan bangsawan. Dia berangan-angan menjadi hero, sambil bermonolog dengan kerusi yang kaku. Ketika isterinya mempersoalkan angan-angannya itu suatu pagi, penjaga panggung masih cuba memberi justifikasi (alasan). Suatu petang penjaga panggung sengaja datang awal untuk menonton sesi latihan dan bertemu hero pujaannya. Tanpa disangka olehnya, hero pujaannya mengatakan dunia lakonan tidak sama dengan dunia sebenar, dan menyifatkan pujian penonton (khalayak) sebagai racun paling berbisa yang menjerumuskan kepada penyakit lupa diri. Dia mahu penjaga panggung berhenti memuji kerana sesuatu pekerjaan itu tidak semestinya dilakukan disebabkan minat. Malah, si hero mengatakan tidak perlulah terkesima (kagum) dengan dunia lakonan (penglihatan zahir), sebaliknya perlu kembali ke dunia nyata. Akhirnya si hero berjaya meneka hasrat sebenar si penjaga panggung, lalu menasihatinya supaya menjadi dirinya sendiri. Pada sebelah malamnya, selesai persembahan, penjaga panggung tidak bernafsu menjalankan tugasnya, sebaliknya dia melemparkan satu demi satu kerusi ke dinding panggung seolah-olah letusan gunung berapi yang terpendam dalam dirinya.
Tema Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar. Persoalan 1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil . 2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranggan-anggan menjadi hero. 3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya. 4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya. Plot Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam. (ii) Perkembangan Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja. (iii) Konflik Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero. (iv) Klimaks Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri. (v) Peleraian Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya. Teknik Plot 1. Pemerian Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung membelingas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu… 2. Monolog “aku…aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri, antara dengan tidak. 3. Dialog “Err… tidak,” “Bercakap benarlah saudara.” Err… ya…ya…” 4 Suspens Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding. Watak Utama Si Penjaga Panggung Bekerja sebagai penjaga panggung.• Mempunyai seorang• isteri dan sepuluh orang anak. Keliru dengan pendirian diri terhadap idola.• Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero. Watak Sampingan 1. Si Hero Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung• berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri. Seoran•g pelakon yang memegang watak utama (hero) Berterus terang tentang realiti kehidupan• yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung. 2. Isteri Penjaga Panggung Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga• panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya. Mempunyai 10• orang anak. Latar Masa 1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja. 2. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam. Latar Tempat 1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung. 2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas. 2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung. 3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan. 4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero. Gaya Bahasa 1. Kata ganda Contoh: putera-puteri 2. Metafora Contoh: kawah lupa diri 3. Simpulan Bahasa Contoh: merendah diri 4. Hiperbola Contoh: suaranya bak halilintar 5. Personifikasi Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku 6. Falsafah Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak Nilai 1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya. 2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil. 3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan. Pengajaran 1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan. 2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero. 3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah. Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan dengan menggunakan ayat sendiri.
"Misalkan saja saudara minat memancing atau menangkap ikan. Apakah kerana minat itu saudara harus menjadi nelayan? Bukankah saudara tetap sebagai penjaga panggung? Begitulah juga saya yang minat menjadi hero. Apakah kerana minat itu saya mesti menjadi hero? Tentu tidak, bukan? Saya akan tetap bernama pelakon." "Kenyataan saudara itu memeningkan saya." "Tidak, saudara. Sebenarnya terlalu mudah untuk saudara memahami kata-kata saya itu." "Bagaimana?" "Saudara berhentilah memuji saya. Sau ... saudara pujilah diri saudara sendiri," sambut si hero sambil menancapkan sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga panggung. Si penjaga panggung melongo, terkelip-kelip matanya menatap renungan si hero yang tidak terdaya ditafsirkannya itu. "Saudara, kita selalu lupa pada kenyataan yang membeliti hidup kita sebenarnya. Kita lebih terkesima akan sesuatu yang pada lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya, walhal di sebaliknya tidak lebih daripada seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak, saudara." Si penjaga panggung terus melongo. "Saudara, bukankah hidup ini bagai sandiwara?" Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu. (Dipetik daripada "Idola" dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010: Kuala Lumpur, muka surat 151)
i. Apakah maksud terkesima? (1 markah)
ii. Mengapakah si hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji dirinya? (3 markah)
iii. Jelaskan punca masyarakat terlalu mengagumi golongan pelakon dan penyanyi mengikut pandangan anda (4 markah)
iv. Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan di atas. (4 markah)
Perancangan Jawapan
Soalan i:
Aras soalan: Petikan
Tugasan: Maksud petikan
Cadangan jawapan: Maksudnya ialah tercengang / termangu-mangu / hilang akal (lihat glosari Dirgahayu Bahasaku, 350)
Soalan ii:
Aras soalan: Petikan
Tugasan soalan: Sebab yang diberi oleh hero
Fokus soalan: berhenti memuji hero
Cadangan jawapan: Sebab si hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji dirinya ialah dia menjadi hero atas tuntutan lakonan, bukannya kerana minat. Selain itu, hero juga mengatakan supaya penjaga panggung tidak terkesima akan sesuatu yang lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya.
Soalan iii:
Aras soalan: kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (kbkk)
Tugasan: punca
Fokus: masyarakat mengagumi pelakon, penyanyi
Cadangan jawapan: Masyarakat mengagumi pelakon dan penyanyi kerana penampilan mereka yang bergaya dari segi bakat dan persembahan yang ditampilkan semasa beraksi. Selain itu, masyarakat menganggap kehidupan pelakon dan penyanyi yang sentiasa mendapat liputan media untuk tatapan peminat yang mahu mengikuti perkembangan karier dan kisah hidup di luar bidang persembahan mereka.
Soalan iv:
Aras soalan: komsas
Tugasan: Pengajaran
Fokus: satu daripada petikan, satu luar petikan
Cadangan jawapan: Pengajaran daripada petikan ialah kita tidak sehajarnya memuji seseorang artis secara keterlaluan. Hero bangsawan telah menasihati penjaga panggung supaya memuji diri sendiri, iaitu memberi fokus terhadap kenyataan hidup diri sendiri. Pengajaran daripada cerpen ialah kita hendaklah sentiasa amanah dalam tugas. Si penjaga panggung seharusnya terus membuat kerja seperti biasa, dan tidak bertindak membalingkan kerusi ke dinding panggung semata-mata menurutkan kata hatinya yang ingin berubah.
|